KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100313

Siswa ikat perut, PLKN, Gereja bantu


Keputusan SPM keluar sudah. Anak saya juga ambil SPM tahun 2009. Tapi dia tidak dipanggil untuk PLKN. Lepas SPM dia kerja, dia sendiri yang hendak kerja. Alhamdulillah dapatlah sebulan dekat RM 1000, saya galakkan dia menabung sebab banyak nak pakai duit masuk IPT nanti.

Saya yakin ramai orang susah sekarang ini di Malaysia. Nak masuk IPT lagi banyak pakai duit. Sepatutnya PLKN ini kalau nak wajib, wajibkan semua lepasan SPM. Bukan dipilih-pilih secara rambang. Ramai di kalangan lepasan SPM ni nak kerja terutamanya kalau keluarga mereka susah.

Kalau tak mampu nak wajibkan semua lepasan SPM ke PLKN, buatkan kursus PLKN ini sebagai tidak wajib, siapa yang hendak hanya perlu mohon, jangan diwajibkan.

Kalau tak , inilah jadinya.

Ada siswa yang ikat perut bila belajar di IPT seperti laporan Bernama di bawah.

Ada wanita Islam yang dibantu pihak gereja untuk membantu anaknya di IPT.

Kalau dulu cuma ada 1 Natrah. Sekarang kita ada beribu-ribu Natrah, yang terjebak dengan seks bebas, dadah, Black Metal, GRO, sakit mental, penderaan rumah tangga, suami kaki judi, suami kaki arak dan ramai lagi.


Bila Gereja bantu wanita Islam. Salah siapa ? http://waghih.blogspot.com/2010/03/bila-gereja-bantu-wanita-islam-salah.html

Kalau dah seronok sangat PLKN kenapa perlu diwajibkan ? http://waghih.blogspot.com/2008/06/kalau-dah-seronok-sangat-plkn-kenapa.html
Perempuan tidak digalakkan sertai PLKN http://waghih.blogspot.com/2007/02/perempuan-tidak-digalakkan-sertai-plkn.html
Pelatih PLKN Tmn Tuanku Jaafar, N.S. mati misteri
http://waghih.blogspot.com/2007/01/pelatih-plkn-tmn-tuanku-jaafar-ns-mati.html

***********************************
Siasat Pelajar Terpaksa Ikat Perut - Saifuddin
12 Mac, 2010 18:26 PM

SEPANG, 12 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengarahkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya menyiasat keadaan di mana terdapat pelajar yang terpaksa mengikat perut berikutan kekurangan wang untuk berbelanja.

Beliau berkata beliau mahu laporan tentang sejauh mana kebenaran maklumat yang beliau terima itu, punca dan tindalan susulan yang boleh diambil bagi mengatasinya.

"Saya mendapat laporan bahawa terdapat segelintir mahasiswa yang terpaksa ikat perut, mencatu makanan malah ada yang terpaksa bekerja sambilan untuk menampung kehidupan mereka di kampus, sehingga menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar berkenaan.

"Walaupun jumlahnya tidak besar tetapi ia perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan wujudnya fenomena kemiskinan kampus di IPTA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bengkel latihan pelatih institut pengajian tinggi di sini pada Jumaat.

Saifuddin berkata kementeriannya memandang serius masalah tersebut kerana setiap mahasiswa berada di bawah tanggungjawab kementerian itu sehingga mereka menamatkan pengajian.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengubah dasar pengajian tinggi yang merupakan penyebab kepada masalah berkenaan.

"Saya sedar isu kemiskinan kampus ini bukan isu baru, tetapi ia jarang mendapat perhatian yang sewajarnya. Dalam suasana kita mengumumkan tentang usaha memperkasakan IPTA dan modal insannya, kita tidak mahu berdepan dengan masalah seperti ini," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=482061

Tiada ulasan: