KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100315

Restoran makan percuma untuk orang susah

Sudah ada restoran yang memberikan makanan percuma kepada golongan yang susah di Malaysia.

Semoga dapat dicontohi oleh Majlis Agama Islam Negeri, masjid-masjid dan NGO-NGO lain.

Dengan ini dapat merapatkan ukhuwwah sesama kita dan mengurangkan tekanan jiwa di kalangan golongan yang memerlukan di Malaysia yang makin ramai setiap hari dengan kos sara hidup makan tinggi saban hari.

******************************
Peluang makan percuma setiap hari

Kosmo 13 Mac 2010


SELEPAS menjamu selera, pengunjung Pusat Makan Percuma di Seksyen 16, Shah Alam ini digalakkan membasuh pinggan sendiri.

-------------------------------------------------

SHAH ALAM - Sebuah restoran di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, di sini semakin menjadi tarikan sejak dibuka pada 12 Februari lalu apabila ia menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status.

Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma itu beroperasi setiap hari melainkan Ahad dan cuti umum dari 10.30 pagi hingga 6 petang.

Ia dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohamad Sauffi Hamzah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Tiada ulasan: