KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100322

Coca Cola dan Ke Mana Hilangnya Air ?

Rakyat Malaysia mesti serius terhadap isu sumber air bersih yang semakin kritikal.

Apakah kesan sumber air bila kilang Coca Cola di Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan beroperasi kelak ?

Kenapa GST boleh tangguh tapi pembinaan kilang Coca Cola tidak boleh tangguh ?

Kenapa tidak minta pandangan suara rakyat sebelum membenarkan Coca Cola buka kilang di Malaysia ?

Baca artikel dibawah ini sepenuhnya di http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=484075

TADAHAN AIR KIAN DIMUSNAHKAN
KUALITI TURUN, HARGA NAIK
HUTAN KITA, SUMBER AIR KITA
JANGAN SALAHKAN PERUBAHAN IKLIM

Ke Mana Hilangnya Air ?

Sempena Hari Air Sedunia (22 Mac)

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bayangkan suatu hari nanti, anda terpaksa menggunakan air osmosis balikan (RO) untuk keperluan harian. RO berharga kira-kira 50 sen seliter dan kalau anda menggunakan 1,000 liter sebulan, bil anda boleh mencecah RM500.

Sanggupkah anda membayar sebegitu mahal untuk air yang digunakan bagi tujuan memasak, mandi atau membasuh baju?

Mungkin sukar membayangkan senario ekstrem sebegitu. Apa tidaknya, kita kini secara purata hanya membayar 70 sen bagi satu meter padu atau 1,000 liter air. Sumber air bersih dan dirawat dirasakan seperti tidak akan kehabisan.

Tapi hakikatnya, Malaysia semakin kekurangan sumber air bersih.

Masalah ini bukan saja membelenggu Malaysia, malah seluruh dunia. Ingat, hanya dua peratus daripada sumber air seluruh dunia boleh digunakan manusia.

Laporan penuh di http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=484075

Tiada ulasan: