KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100309

Tawaran saham Masjid Al Quds, SDAR Seremban


Khusus untuk Ex-Sdarian. Once a Sdarian, always a Sdarian.

Umat Islam umumnya pun dialu-alukan untuk menyumbang untuk Masjid Al Quds di Seremban ini.

Dari laman web BADAR SDAR http://badarsdar.wordpress.com/2010/03/09/projek-wakaf-karpet-masjid-al-quds-sdar/

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Ybhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Memohon Sumbangan Derma/Wakaf Untuk Menukar Karpet Masjid Al-Quds Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban .

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Dato’ Abdul Razak amat memerlukan dana untuk menukarkan karpet masjid bagi kemudahan para pelajar sekolah ini untuk mengerjakan ibadah solat berjemaah, mendirikan solat Jumaat serta menjalankan pelbagai aktiviti kerohanian dan keagamaan.

Penukaran ini sangat perlu kerana :

Karpet sedia ada sekarang ini telah diguna sejak tahun 2002, mengalami kerosakan dan kesan koyak.
Telah menjadi keras.
Baunya yang tidak memberi keselesaan kepada para jamaah khususnya pelajar-pelajar / anak tuan-tuan dan puan-puan.
Sehubungan itu, saya bagi pihak sekolah SDAR ingin memohon jasa baik Ybhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk memberi sumbangan ikhlas/wakaf bagi menampung kos menukarkan karpet masjid tersebut yang dianggarkan berhargaRM 30 000.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Ribu Sahaja ).

Sumbangan dan pertanyaan boleh disampaikan kepada:

a. S/U Masjid – Us. Zaidi Husin (0133265461) / Imam 1 – Us. Mohd Azizee Bin Hasan (0134284235)
b. atau melalui AKAUN BERSAMA Bank Simpanan Nasional ( Zaidi Bin Husin Dan Mohamad Mahros Bin Haji Mahfot) – NO AKAUN – 05115-41-00000155-0

KEPRIHATINAN DAN SUMBANGAN YBHG DATO’/ DATIN/ TUAN/ PUAN, KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Tiada ulasan: