Saban hari semakin menakutkan. Kisah orang sakit mental makin meningkat walaupun kerajaan dah buat Klinik 1Malaysia.
TV pula lagi menggila cerita hantu.
Mintalah pada ALLAH agar gejala pesakit mental ini berkurangan.
Meriahkanlah masjid dan surau di setiap taman dan kampung dengan solat jemaah.
TV banyakkanlah cerita dakwah , nasihat dan sebagainya. Cerita tahyul, hantu, hiburan melampau menambah lagi gila masyarakat kita.
Suratkhabar Melayu janganlah siar lagi iklan judi. Melayu ni terlalu ramai yang gila judi.
Masjid, surau, Jabatan Agama banyakkanlah papan iklan dakwah.
**********************
Amuk hayun pedang
Harian Metro 2010/03/12 MASJID TANAH: Akibat mengalami kemurungan berpanjangan, seorang lelaki bagai hilang pertimbangan apabila didakwa menghayun sebilah pedang samurai sepanjang satu meter secara tiba-tiba kepada sekumpulan remaja di Taman Datuk Setia, Kampung Ramuan Cina Besar, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, lelaki berusia lewat 40-an terbabit dikatakan keluar dari rumahnya sambil menyeret pedang samurai lalu berjalan menuju ke arah kumpulan remaja yang sedang berborak di rumah jirannya sebelum menghayun senjata berkenaan secara rambang.
Berikutan itu, kumpulan remaja lelaki berkenaan terkejut sebelum melarikan diri ke belakang kawasan perumahan berkenaan apabila melihat lelaki terbabit mengejar mereka dengan pedang samurai.
Seorang remaja terbabit, Mohd Fakaruddin Ghazali, 19, berkata dia nyaris tersungkur apabila tidak semena-mena lelaki dikenalinya itu secara tiba-tiba naik angin, menerjah ke kawasan rumahnya tanpa berkata apa-apa terus menghayun pedang samurai ke arahnya. Menurutnya, sebelum itu dia nampak lelaki berkenaan keluar dari rumah sambil menyeret pedang samurai berkilat, manakala sebelah tangan lagi memegang sarung sambil mata merenung tajam ke arah mereka bertiga yang sedang berbual.
“Mujur ketika itu, kami ternampak dia dan terus bangun dari kerusi untuk melihat apa yang berlaku. Kami redah apa yang berada di depan ketika lari menyelamatkan diri daripada hayunan pedang samurainya,” katanya.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang juga anak sulung daripada tujuh beradik dipercayai tidak bekerja, dan tinggal berseorangan di rumah peninggalan arwah kedua orang tuanya. Difahamkan, dia dipercayai mengalami kemurungan selepas kematian ibunya kira-kira setahun lalu menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa tujuan berikutan adik-adiknya sudah berkeluarga.
Penduduk, Yunan Ghani, 54, berkata lelaki terbabit sebelum ini tidak pernah mengganggu orang cuma dilihat kerap termenung di tembok hadapan rumahnya sambil mendengar pemain muzik mudah alih.
Menurutnya, secara kebetulan ketika kejadian dia berada di belakang rumah apabila terdengar riuh-rendah dan jeritan apabila anak lelakinya bersama rakannya dilihat bertempiaran lari.
“Saya terus menghubungi polis apabila melihat lelaki berkenaan berlegar-legar di depan rumah sambil memegang pedang samurai,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan sudah ditahan kira-kira jam 10.45 pagi semalam dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut ketika dia keluar dari rumahnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amukhayunpedang/Article

Tiada ulasan:
Catat Ulasan