KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100504

Jab Agama Islam N.Sembilan jangan tidur

Mana boleh tak tidur.

Jabatan Agama bukannya manusia memanglah tak tidur.

Boss dan staf jabatan agama mestilah tidur malam. Gurau tak leh.

Bukan apa , masalah kutip derma. Pada saya mudah. Terpulang pada kita. Kalau kita rasa meragukan, tak payahlah beri.

Sebenarnya kita semua kena pro aktif promosi kutipan derma surau, masjid, rumah kebajikan sekeliling kita.

Jangan salahkan orang lain kalau mereka tiada surat kelulusan Jabatan Agama.

Salahkan diri kita sendiri, sikap masyarakat kita yang tidak mencari tempat untuk menderma, walhal terlalu terlalu banyak surau, masjid, sekolah agama, maahad tahfiz, rumah kebajikan yang memerlukan derma di Negeri Sembilan ini.

Dan saya minta tolonglah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan kemaskinikan laman web supaya dapat memasukkan senarai semua surau , masjid, maahad tahfiz, sekolah agama, rumah kebajikan, rumah anak yatim berserta dengan nombor akaun bank supaya orang Negeri Sembilan mudah untuk salurkan derma.

Kalau kita tak nak derma pada orang yang kita tidak kenali, jangan kita marah, kutuk atau hina orang tersebut. Diam sahaja dan minta maaf, jangan menipu. Kita tak tahu orang tadi samada memang benar-benar memerlukan bantuan atau mungkin malaikat.

Kalau orang tadi menipu pun, dia menipu hanya RM 5 atau RM 10. Disebabkan kita tak nak ditipu RM 10 , akhirnya kita ditipu RM 1,000 , RM 3,000 dalam pelaburan cacing, pelaburan lintah, alat jimat minyak kereta, gores dan menang , penipuan kad ATM dan sebagainya.

Ada seorang guru sufi kata, kalau kita ada duit dalam wallet, orang minta derma, jangan kata tak ada duit. Nanti betul-betul tak ada duit.

Lagi satu nak tanya, tahun ni berapa orang kena tahan beli nombor ekor di kedai nombor ekor berlesen haram ?

Laman web JHEAINS di http://www.ns.gov.my/jabatan/jheains/

******************************
Tiga ditahan kutip derma masjid tanpa kebenaran

SEREMBAN 3 Mei - Tiga lelaki yang menjalankan kegiatan mengutip derma tanpa kebenaran untuk membina surau dan masjid ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di negeri ini semalam.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan kerana mengutip derma tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Dua daripada mereka ditahan di bandar ini, manakala seorang lagi ditahan di Port Dickson ketika sedang mengutip derma daripada orang ramai.

"Hasil pemeriksaan, kesemua lelaki itu yang berusia lingkungan 30-an gagal menunjukkan surat kebenaran daripada MAINS yang membolehkan mereka mengutip derma di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Tambah Johani, ketiga-tiga lelaki terbabit bukan penduduk berasal dari negeri ini dan derma yang mereka kumpulkan bukan untuk tujuan membina surau mahupun masjid di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, JHEAINS akan menyiasat sama ada surau atau masjid yang dibina itu benar-benar wujud atau helah mereka untuk mendapatkan wang dengan mudah.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak yang boleh didenda RM3,000 atau setahun penjara jika sabit kesalahan.

Johani berkata, JHEAINS mengesan sindiket itu mengambil peluang mengutip derma di kaki-kaki lima bank pada awal bulan ketika orang ramai mengeluarkan gaji masing-masing.

Katanya lagi, individu yang menjalankan kutipan derma tersebut turut memberikan resit bagi menyakinkan orang ramai bahawa aktiviti mereka itu mendapat kebenaran.

"JHEAINS akan melakukan pemantauan berterusan kerana kita lihat semakin banyak pihak membuat kutipan derma dengan alasan untuk membina surau atau masjid.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya menyiasat terlebih dahulu sama ada kumpulan itu mempunyai kebenaran daripada MAINS atau tidak sebelum menghulurkan derma," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Tiada ulasan: