KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100612

HARAMKAN Saman Ekor PDRM


Saya teramat bersetuju dengan artikel Utusan Malaysia 12 Jun 2010 yang meminta SAMAN EKOR PDRM DIHARAMKAN. Apa pandangan JAKIM ? Saya sendiri beberapa kali menerima saman ekor kerana kenderaan yang saya jual belum dipindah milik. Dan saya yakin ramai rakyat 1Malaysia diluar sana menjadi mangsa saman ekor.

Ramai yang menjadi mangsa saman ekor kerana :
1. Kenderaan yang dijual belum ditukar milik
2. Kenderaan dipinjam oleh sahabat handai dan saudara mara
3. Kereta syarikat yang dipandu oleh pekerja syarikat yang tidak bertanggungjawab
4. Plet kenderaan palsu, kerana plet kenderaan di Malaysia adalah paling mudah ditiru di dunia ini, hanya dengan modal RM 10.

Bukan setakat SAMAN EKOR DIHARAMKAN , saman letak kereta tanpa pemandu juga harus DIHARAMKAN.

Oleh itu disarankan kepada PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan agar mengenakan tindakan saman berikut :

1. Saman pemandu pada masa kejadian, terus saman pemandu yang memandu kenderaan tersebut.

2. Untuk saman tempat letak kereta, PBT terus Kunci atau Clamp kenderaan tersebut, supaya yang menandu kereta tersebut sendiri yang membayar saman atau pun terus tunda kenderaan tersebut sepertimana yang banyak dilakukan di negara barat.

Ayuh bangkit semua rakyat Malaysia, nyatakan bantahan anda terhadap saman ekor dan saman letak kereta yang semakin menindas rakyat.

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA , YANG MISKIN PAPA KEDANA
YANG PENJENAYAH BERTAMBAH JAHAT , YANG RAKYAT BERTAMBAH DERITA.

AHLI PARLIMEN KITA BAIK YANG BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT TAK MAHU BANGKITKAN KE MASALAH RAKYAT DI DI DEWAN RAKYAT ?

Atau orang Politik dan anak beranak mereka kebal saman, sebab itu mereka tak kisah nasib rakyat macam kita yang kena saman ekor ?

****************************
HARAMKAN SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 12 Jun 2010

SAYA ingin melahirkan pandangan berhubung saman ekor yang dikeluarkan oleh polis trafik. Sepatutnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan ketelusan, perbuatan saman ekor boleh dijalankan.

Saman ekor boleh dibuat dengan syarat anggota polis yang bertugas perlu menahan kenderaan terbabit di hadapan pada jarak 1 atau 2 kilometer dari tempat kenderaan tersebut ditembak dengan alat mengesan kelajuan (pada arifnya disebut saman ekor). Dari situ, pemandu yang melakukan kesalahan trafik dapat diambil butiran peribadinya. Jadi, tidak perlu pihak polis trafik bersusah payah mengesan pemandu kenderaan dengan menghubungi JPJ.

Kesan dari saman ekor ini menyusahkan rakyat terutama pemilik kenderaan.

Lebih malang lagi kesalahan-kesalahan ini dihubungkait oleh pihak polis trafik dengan JPJ negeri atau daerah. Sistem yang diwujudkan sejak April 2010 ini membolehkan JPJ menyenarai hitamkan mana-mana kenderaan lain yang didaftar atas nama yang sama untuk membayar cukai jalan. Di mana letak keadilan untuk rakyat.

TEROPONG RUSIA
Perlis
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

******************************
BERNAMA Sabtu Jun 12, 2010
Pesalah Trafik Tetap Disenaraihitamkan Walaupun Tidak Terima Notis Saman

KUALA LUMPUR: Pesalah trafik yang gagal membayar saman dalam tempoh dua bulan akan disenaraihitamkan walaupun mereka tidak menerima notis saman kerana telah bertukar alamat tempat tinggal.

Timbalan Ketua Trafik Persekutuan, ACP Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pemilik kenderaan perlu mengemaskini alamat terakhir mereka dalam kad pengenalan dan lesen memandu bagi mengelak daripada tidak menerima notis saman.

Katanya, kegagalan mengemaskini alamat akan menyukarkan proses penghantaran surat atau notis saman yang telah dikeluarkan kepada pesalah trafik.

"Dari sudut perundangan, selepas kamera merakam gambar nombor pendaftaran kenderaan yang dikenalpasti melanggar had laju, misalnya, surat akan dihantar kepada pemilik kenderaan berdasarkan alamat terakhir mereka," katanya kepada Bernama di sini semalam.

"Sama ada pengguna terima atau tidak (notis saman), kita sudah menjalankan tugas dan dalam tempoh dua bulan, jika gagal memberikan respons, nama mereka akan disenaraihitam," katanya.

Beliau berkata, saman yang dikeluarkan itu atau 'saman ekor' perlu dijelaskansebelum dapat memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan.

Bagi kesalahan pada beberapa tahun lepas, kompaun atau diskaun masih lagi dalam perbincangan bersama pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), katanya.

Mengenai cadangan JPJ untuk mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, beliau berkata itu bukan hukuman sebaliknya cara bagi menyedarkan masyarakat supaya menjelaskan saman.

Mohd Fuad berkata, ketika ini belum ada kesedaran atau peningkatan jumlah bayaran saman bagi kesalahan trafik walaupun cadangan yang dikemukakan JPJ itu telah bermula bulan lepas.

"Saman dikeluarkan apabila mereka telah melanggar undang-undang..samada dapat diskaun atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pengguna jalan raya untukmembayar saman."

Pengguna jalan raya boleh memeriksa sama ada mereka mempunyai saman trafik atau disenaraihitamkan dengan melayari laman web http://www.rilek.com.my/ , http://www.myeg.com.my/ atau http://www.eservices.com.my/ - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/12/mstar_berita/20100611193707&sec=mstar_berita

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Bagus jugak PDRM saman ekor...rakyat akan marah dlm hati...nanti PRU13 baru depa tau. Petrol naikkan tinggi-tinggi lagi. PRU13 nanti baru padan muka depa. Rakyat skang suka simpan dlm hati...kalau dedahkan kena ISA...