KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100623

Buaya Serang Manusia Kerana Kehabisan Makanan


Akhir-akhir ini beberapa buaya kelihatan di pantai Melaka dan Negeri Sembilan. Adakah habitat mereka di Sungai Linggi diceroboh atas nama pembangunan, kerja penambakan atau perlombongan pasir ? Tidak mustahil buaya-buaya di Sungai Linggi ini akan mengganas dan menyerang manusia. Satu kajian harus dilakukan di sepanjang Sungai Linggi dan beberapa sungai lain di Melaka dan Negeri Sembilan untuk menilai kemusnahan dan pencerobohan habitat buaya.

Kisah kemunculan buaya-buaya di pantai Melaka dan Negeri Sembilan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html

************************

Buaya Serang Manusia Kerana Kehabisan Makanan

KOTA KINABALU, 23 Jun 2010 (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata pembangunan yang tidak mengambil kira kepentingan habitat hidupan liar menyebabkan berlakunya kejadian buaya menyerang manusia.

Beliau berkata walaupun jumlah buaya meningkat, terutama di Sabah, sumber makanan mereka telah habis, menyebabkan berlaku serangan terhadap manusia.

"Habitat mereka telah diganggu. Sungai telah dimusnah. Apabila haiwan yang menjadi makanan buaya tiada lagi di kawasan mereka mencari makan, buaya akan menyerang apa sahaja yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Antarabangsa Konflik Manusia-Buaya di sini pada Rabu.

Masidi berkata pemaju mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar dan perlu mengambil kira kesan projek mereka terhadap hidupan liar.

Sementara itu, Pengaran Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Sabah Dr Laurentius Nayan Ambu berkata terdapat antara 12,000 hingga 15,000 buaya di Sabah, semuanya spesis buaya tembaga.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=508070

Tiada ulasan: