KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100617

Rembau bakal jadi daerah hantu


Semakin banyak rumah terbiar, tanah terbiar, kedai terbiar, kilang terbiar di Rembau dan mungkin beberapa daerah lain di Negeri Sembilan. Sesuatu harus dilakukan. Ketepikan kepentingan peribadi, kepentingan individu dan kepentingan politiik. Orang Melayu di Rembau harus memikirkan sesuatu sebelum Rembau bakal menjadi daerah hantu.

Isu tanah pesaka adat adalah antara salah satu punca banyak rumah dan tanah terbiar di Negeri Sembilan. Ianya diburukkan lagi dengan prosedur pembinaan rumah atas tanah milik persendirian. Banyak keluhan kedengaran untuk membina rumah kampung pun di Rembau ini memerlukan kelulusan pelan, CF dan macam-macam lagi yang kosnya mencecah hampir RM 10,000.00. Bayangkan nak buat rumah kampung dengan harga RM 50,000.00 pun perlu kelulusan macam-macam sampai hampir RM 10,000.00.

Makin ramailah orang akan lari dari Rembau, tidak berminat untuk menetap di Rembau.

Bandingkan dengan tempat isteri saya di Kuala Terengganu, di bawah Majlis Perbandaran sedangkan Rembau hanya Majlis Daerah. Cukup mudah untuk buat rumah kampung atau rumah banglo di Terengganu. Bersepah-sepah orang Kuala Terengganu buat rumah , prosedurnya cukup mudah.

Setiap inci tanah di Kuala Terengganu boleh didirikan rumah. Tanah seekar boleh buat rumah 7 orang adik beradik. Tapi di Rembau dan lain-lain daerah di Negeri Sembilan , tanah seekar dengan rumah banglo pun terbiar, waris-waris duduk rumah pangsa dan setinggan di bandar.

Sekali lagi ketepikan kepentingan peribadi, kepentingan individu dan kepentingan politiik. Mereka yang ada kuasa lakukanlah sesuatu. Permudahkanlah proses membina rumah jangan dibebankan rakyat dengan pelbagai masalah sekarang ini.

Kalau orang luar Rembau tak percaya, datanglah Rembau, tengok kawasan perindustrian Chembong cukup. Tengok banyak rumah banglo terbiar tepi jalan utama pun cukup.

Kita Melayu hanya Menang Sorak , Kampung Tergadai.

Artikel saya sebelum ini SELAMATKAN TANAH DAN RUMAH ADAT PERPATIH di http://waghih.blogspot.com/2010/02/selamatkan-tanah-dan-rumah-adat.html

Tiada ulasan: