KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100623

Restoran mesti dilawati di Batu Kikir



Kebiasaannya apabila kami sekeluarga kembali dari percutian di Teregganu pulang ke Negeri Sembilan kami akan berhenti rehat di Kuantan atau Bandar Muadzam. Tak terfikir pula nak berhenti rehat di Batu Kikir , Jempol , N.Sembilan mungkin dah nak sampai Seremban agaknya.

Percutian yang baru lalu kami ubah selera, cuba cari tempat lain. Lalu kami berhenti di bangunan baru dua tingkat iaitu Arked MARA pekan Batu Kikir. Ada satu kedai coner lot tingkat bawah yang menjual kek, bakeri, laksa, rojak, roti bakar, ABC dan macam-macam lagi.

Lupa dah nama kedainya. Kedai kecil sahaja, kerusi pun tak sampai 20, tetapi bersih, dan terpampang di dinding kedai tersebut mendapat anugerah penyewa terbaik MARA seluruh N.Sembilan pada tahun 2008.

Suasana santai, ada gerai goreng pisang di hadapan kedai, ada gerai penjaja di seberang jalan. Arked MARA ni kalau dari Seremban sebelah kanan jalan sebelum Balai Polis, kalau dari Kuantan sebelah kiri jalan. Banyak juga kedai-kedai menarik di pekan Batu Kikir ni.

Kami semua berpuas hati dengan makanan yang disediakan terutama laksa dan rojak, selera kampung.

Lepas makan, singgah solat Asar tidak jauh dari Arked MARA, tak sampai 100 meter rasanya, masjid baru di Taman Anggerik. Masjid juga selesa, banyak tempat parking, anak-anak sempat main bola dan badminton lagi hilang tension jalan jauh.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia ini. Kitalah kena hargai tempat kita sendiri. Media pun kenalah main peranan promosi tempat sendiri. Pemimpin pun kenalah menikmati keindahan tempat sendiri, ianya jauh lebih baik di negara luar.

Kalau kita tak hargai tempat kita sendiri yang dikurniakan Allah, siapa lagi ?

BATU KIKIR , JAMBATAN BOSI

Tiada ulasan: