KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101114

11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, gila


Laporan terkini pada 14 Nov 2010 menyatakan 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental. Penduduk Malaysia kini mencecah 29 juta orang, bermakna hamper 3.3 juta rakyat Malaysia sakit mental, gila dan sewaktu dengannya. Tapi kita masih disibukkan dengan cerita politik, hiburan, mengejar kemewahan, sedangkan saban hari semakin banyak kes bunuh diri, dera isteri dan anak yang berlaku.

Semua perlu bertindak. Media perlu hidupkan semangat cintakan keluarga, jiran tetangga, sanak saudara tanpa batasan agama, kaum dan parti politik. Klinik Mental 1Malaysia perlu diwujudkan di setiap DUN dan Parlimen. JAKIM dan Majlis Agama dicadangkan menubuhkan Unit Kaunseling Online di setiap kariah, daerah dan negeri.

Artikel 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/11/orang-gila-makin-ramai-di-malaysia.html


11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL
BERITA HARIAN 14 NOV 2010

MCPF minta kementerian sebar maklumat sindrom, cara tangani penyakit

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental. Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa. Saya perhatikan trend jenayah dilakukan golongan itu (tertekan dan kemurungan) sering dilaporkan kebelakangan ini. Difahamkan, mereka akan bertindak ganas tanpa disedari sekiranya tidak makan ubat kerana mungkin tidak cukup wang atau lupa mengambilnya.

Ahli keluarga juga perlu lebih peka dengan tahap kesihatan saudara mereka yang mempunyai masalah kemurungan dan kelihatan suka bersendirian. Nasihatkan mereka mengambil ubat pada masa ditetapkan bagi mengelak pesakit bertindak di luar kawalan, katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun parah dengan ibu jari tangan kirinya hampir putus selepas ditetak dengan pedang samurai oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/11_3peratusrakyatsakitmental/Article

Server Clock
Sunday, 14 November 2010 07:14:15
Malaysia Population Clock
28,362,039
http://www.statistics.gov.my/portal/clockpopulation/index.php

Tiada ulasan: