KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101118

Kes pecah rumah makin meningkat di Malaysia, polis tolong dedahkan

Saya dimaklumkan terdapat sekurang-kurangnya 3 kes pecah rumah di Taman Desa Dahlia, Senawang semasa cuti Deepavali pada 5 ke 7 November 2010. Sebelum ini kenalan saya di Taman Kobena, Senawang juga berlaku kes pecah rumah. Di Taman Alamanda, Senawang juga berlaku kes pecah rumah pada 17 Nov 2010.

Saya minta sangatlah kepada Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Negeri agar sentiasa kemaskini laman web mereka , kalau boleh siarkan berapa banyak kes jenayah setempat, terutama kes pecah rumah, ragut dan sebagainya agar masyarakat boleh berhati-hati. Lagi elok keluarkan amaran dalam akhbar.

Saya nampak trend pecah rumah ini macam dilakukan oleh remaja sekolah menengah dan mungkin remaja sekolah rendah. Ini adalah kerana mereka mensasarkan hanya wang tunai yang mudah dibawa, barang kemas kadang-kadang mereka tak ambil kerana mungkin nak gadai barang kemas perlukan MyKad.

Tidak hairanlah dalam akhbar akhir-akhir ini semakin banyak laporan remaja bawah umur terlibat dengan jenayah. Ini musim cuti sekolah ni, mungkin mereka akan menambahkan kemahiran untuk pecah rumah siang hari, curi motosikal dan sebagainya.

Lagi satu kalau bolehlahkan Menteri Dalam Negeri beri arahan dan bajet kepada pihak polis supaya menaikkan seberapa banyak banner, bunting , kain rentang dan sebagainya di setiap taman dan kawasan perumahan yang ada kes pecah rumah dan jenayah seperti pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-serius-di-pahang.html

Kalau tak masyarakat buat tak kisah, kerana mereka menyangka Malaysia adalah kawasan paling selamat.

Dan masyarakat pula, kalau ada kes pecah rumah, tapi tidak melibatkan kerugian yang besar, TOLONG, TOLONG, TOLONG buat laporan polis, entah-entah kita mangsa yang ke 100 tapi polis tak tahu pun ada sampai 100 kes pecah rumah di tempat kita kerana kita ingat kita sorang saja yang kena.

Tiada ulasan: