Saya merasa agak sedih apabila menerima resume permohonan kerja dari lepasan IPT apatah lagi IPTA yang terkenal. Sedih sebab graduan tersebut pada fikiran saya membazirkan wang ringgit menyediakan resume setebal lebih 25 mukasurat siap gambar passport dan dijilidkan dengan plastik keras.
Pada saya ini menunjukkan IPTA tersebut gagal melahirkan graduan untuk memburu kerjaya mengikut kesesuaian tempat dan masa. Apatah lagi graduan tersebut mendapat ijazah kepujian.
Sekiranya graduan tadi memohon kerja di SPA, JPA atau Jabatan Kerajaan mungkin memerlukan resume dan dokumen tersebut. Tetapi pihak swasta tidak memerlukan kebanyakkan dokumen tersebut seperti sijil penghargaan peringkat sekolah, sijil berhenti sekolah rendah, sijil penyertaan, surat beranak dan sebagainya.
Malahan gambar cukup dengan dicetak sekali pada resume, melainkan syarikat tersebut memohon gambar passport.
Sedih tengok graduan peringkat sijil, diploma dan ijazah sekarang ini yang tercari-cari pekerjaan, tetapi gagal pada peringkat awal lagi. Memburu pekerjaan di peringkat swasta tidak sama dengan memburu pekerjaan di peringkat kerajaan dan tentera.
Media sekarang heboh dengan isu bukan bumiputera yang tidak minat menyertai tentera, tetapi lupa dengan bumiputera yang gagal untuk mendapat pekerjaan di syarikat swasta apatah lagi ianya bukan milik Melayu.
Untuk syarikat swasta, apa yang dicari ialah kemahiran , dan minat graduan terhadap syarikat tersebut dengan menjalankan kajian terhadap perkhidmatan dan produk syarikat sebelum hadir untuk temuduga atau menghantar surat permohonan kerja.
Harap semua IPTA, IPT, Kolej Kemahiran, ILP, IKBN, Politeknik mengambil serius pandangan saya ini demi untuk membantu anak bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan