KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101114

Hidup melarat kerana Adat Perpatih di N.Sembilan ?


Tanah adat hanya boleh diturunkan kepada anak perempuan. Selain daripada tanah adat segala harta dan tanah boleh diturunkan menurut syariat Islam. Tanah adat sepatutnya adalah milik suku, bukan milik peribadi. Saya tak pasti samada ibu tunggal yang melarat di bawah ini orang luar N.Sembilan dan suaminya orang N.Sembilan. Tapi itulah hakikatnya jika suami tidak bertanah, isteri dan anak-anak mereka akan melarat jika sanak saudara tidak mengambil berat.

Jangan salahkan Adat Perpatih dalam isu ini, salahkan pengamal adat yang tidak mahu berkompromi yang akhirnya anak-anak buah memandang serong pada Adat Perpatih, apatah lagi orang luar.

Tepuk Dada, Tanya Iman.

Sila buat search di Google dan sebagainya untuk ADAT PERPATIH, TANAH TERBIAR, RUMAH TERBIAR, KEMISKINAN

Juga boleh baca artikel Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/10/rembau-boleh-jadi-daerah-hantu-perlu.html

SERAH ANAK KERANA MISKIN
Sinar Harian 14 Nov 2010

REMBAU - Kesempitan hidup selepas kematian suami tercinta tiga tahun lalu akibat penyakit jantung menyebabkan seorang daripada empat anaknya terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana tidak mampu.

Ibu tunggal, Marzita Mazni, 46, berkata, dia kini menyewa di tingkat atas rumah kedai di pekan Kota sejak tiga tahun lalu. Dia yang tidak bekerja kerana menga-lami masalah kesihatan terpaksa bergantung kepada bantuan disalurkan pihak kerajaan untuk meneruskan hidup bersama anaknya.

Menurutnya, anak sulungnya berusia 20 tahun kini bekerja di Pulau Pinang selepas mengambil keputu-san berhenti sekolah ketika berada di tingkatan dua kerana hilang minat belajar.

“Walaupun tindakannya tidak disenangi ahli keluarga lain, tetapi kami terpaksa akur kerana dia tetap berdegil tidak mahu meneruskan pelajaran. Tetapi saya lega kerana setiap bulan dia tidak lupa mengirimkan wang. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, tetapi sudah memadai,” katanya ketika ditemui pada Program Pembasmian Kemiskinan Bandar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota oleh Majlis Daerah Rembau (MDR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Rembau.

Menurutnya, dia bergantung sepenuhnya wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal utnuk menyara kehidupan mereka anak be-ranak termasuk membayar bil air dan elektrik.

“Saya bersyukur kerana selama tiga tahun berturut-turut terpilih dalam program ini kerana saya tidak mampu membayar sewa rumah. Sekurang-kurangnya melalui program ini dapat mengurangkan beban ditanggung,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dr Awaludin Said; ADUN Chembong, Zaifulbahri Idris dan Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau (MDR) juga Pegawai Daerah Rembau, Mohd Rawi Baharom.

Difahamkan, melalui peruntukan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar disalurkan kepada MDR diagihkan kepada penerima iaitu atas nama tuan rumah berikutan kegagalan penyewa membayar sewa rumah.

Pemberian RM1,488 berbentuk cek untuk satu tahun iaitu RM124 sebulan diharapkan mampu mengurangkan bebanan penyewa yang layak menerima bantuan terbabit.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8403029.asp

Tiada ulasan: