KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101017

Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan


Cerita ini tiada kaitan dengan kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Rembau. Sebagai renungan anak Rembau dan beberapa daerah lain yang banyak tanah dan rumah terbiar yang lama-kelamaan boleh jadi rumah dan daerah hantu. Di Rembau dan beberapa daerah lain di N.Sembilan ini banyak rumah terbiar, terutama yang didirikan di atas tanah adat. Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai usaha agar rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

Namun apa pula peranan kerajaan negeri, ketua adat, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat ?

Dahlah di Rembau ni banyak rumah terbiar , bukan rumah setinggan, tapi rumah bangle dengan tanah yang luas. Nak buat rumah baru pula pelbagai syarat dan bayaran yang dikenakan.

Abang sepupu saya dalam proses untuk membina rumah di Rembau. Pelbagai syarat yang dikenakan, dari kelulusan pelan dan banyak juga bayaran diperlukan. Nak masuk paip air pun kena belanja deposit ribuan ringgit, atas alasan tanahnya ada tanah pertanian, justeru itu perlu bayar deposit yang tinggi.

Macam ni makin terbiarlah dan larilah anak Rembau untuk kembali ke Rembau. Kerajaan sedang memujuk rakyatnya yang berada di luar negara untuk kembali berkhidmat di Malaysia.

Melaka pun menjalankan usaha yang serupa untuk menarik kembali anak Melaka ke Melaka.

Tapi macam tak ada nampak usaha serius semua pihak untuk menarik anak Rembau balik Rembau, anak Pilah balik Pilah dan sebagainya.

Apakah kita semua menjadikan rumah dan daerah kita , daerah hantu. Sekarang pun kat Malaysia ni dah macam-macam cerita hantu dan pelik kita dengar.

Mungkin Menteri Besar Negeri Sembilan perlu menuntut dengan Ketua Menteri Melaka macamana proses membina rumah cukup mudah untuk orang Melaka, kisahnya pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/09/kisah-ketua-menteri-melaka-rumahnya.html . Kalau tak nak ikut cara Ketua Menteri Melaka mungkin boleh belajar dari Menter Besar Kelantan, atau Menteri Besar Terengganu. Isteri saya orang Terengganu, saya perhatikan saudara mara di Terengganu, adik beradiknya cukup mudah buat rumah di sana, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi kerajaan tak mengenakan pelbagai syarat di sana.

Kisah sebelum ini Rembau bakal jadi daerah hantu di http://waghih.blogspot.com/2010/06/rembau-bakal-jadi-daerah-hantu.html

Kisah Hantu Pocong Rembau di
http://waghih.blogspot.com/2010/09/hantu-pocong-rembau-pontianak-pilah-api.html

SERUAN SELAMATKAN TANAH DAN RUMAH ADAT PERPATIH di http://waghih.blogspot.com/2010/02/selamatkan-tanah-dan-rumah-adat.html

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu usaha holistik hendaklah dibuat. Kito ramai yg ado PHD dan pakar undang2. Yang boduit pun ramai. Kito perlu pikir kojap yo... kalau nak buek padang golf tu kojap boleh siap ...inikan nak bangunkan tanah2 adat. Perlukan kerjasama somo pihak - Datuk Lembaga, MB dan jugak anak2 buah yg bijak pandai dan yg banyak duit...

Ari berkata...

EDEN PUN TERINGIN NK BALIK DUK KMPG.MUNGKIN LEBIH SESUAI UNTUK DEN SEKELUARGA.HARAP2 ADA YG BOLEH BANTU.KITO MMG KDG2 PORLUKAN BANTUAN.SOBAB KITO BUKAN ORG SONANG.SAMO2LAH KITO MEMAJUKAN KAMPUNG KITO BERSAMO.MOH DOREH