KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101027

Piala Malaysia rancak kerana tiada pemain import, GO N9

Aku memang minat bola walaupun kaki bangku. Minat setakat sokong je. Dari bangku sekolah lagi kalau pasukan sekolah main sampai Pilah, sanggup bersama pasukan pergi sokong. Aku tak minat ke stadium, sebab tak suka bersesak. Kalau pergi stadium, masa game yang tak glamour. Jadi tengok TV jelah dengan anak-anak.

Of course kami anak beranak semua sokong Negeri Sembilan. Kalah Menang tetap sokong N.Sembilan.

Tahu tak sejak akhir-akhir ni semakin ramai penonton minat Piala Malaysia, sejak 2009. Dulu kalau perlawanan akhir banyak tiket tak terjual. Sekarang naik harga tiket pun orang tetap beli.

Nak tahu sebab apa sekarang ramai minat tengok bola ? Pada pandangan saya, ianya berpunca sejak FAM perkenalkan peraturan tiada lagi pemain import sejak 2009. Bila tiada pemain import, pemain tempatan semakin menyerlah di barisan serangan.

Jadi eloklah dikekalkan peraturan tiada pemain import. Player pun puas hati, mereka tak akan membanding-bandingkan gaji mereka dengan pemain import. Kalau tak player harap pemain import jelah untuk score sebab mereka dapat elaun lebih.

Kepada peminat Negeri Sembilan dan Kelantan, enjoy the game.

Ada juga jasa Khairy ni dalam bolasepak.

TIADA LAGI PEMAIN IMPORT
Oleh SAYED HESHAM IDRIS

KUALA LUMPUR – Dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan drastik apabila mengumumkan bahawa khidmat pemain import tidak lagi dibenarkan dalam saingan Liga Malaysia musim 2009.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu bertujuan untuk memberi lebih peluang kepada pemain tempatan beraksi dalam pasukan masing-masing.

Tambahnya, ketiadaan pemain import akan mempercepatkan lagi proses pembangunan bola sepak tempatan apabila lebih banyak peluang diberikan kepada pemain muda untuk beraksi.

‘‘Atas kepentingan pembangunan bola sepak untuk pemain muda, FAM memutuskan bahawa khidmat pemain import tidak lagi dibenarkan pada musim akan datang.

‘‘Kita berpendapat kehadiran pemain import tidak banyak memberi kesan positif kepada pembangunan bola sepak negara.

‘‘Bola sepak kita juga masih belum matang untuk kita menggunakan khidmat pemain import.

‘‘Untuk itu kita perlu kembali kepada asas bola sepak kita sendiri iaitu memberi peluang dan tumpuan hanya kepada pemain tempatan,’’ katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan FAM di sini, semalam.

Ini merupakan kali kedua FAM mengambil tindakan sedemikian selepas 1999 hingga 2001.

Namun pada 2002, FAM kembali membenarkan khidmat pemain import beraksi dalam saingan bola sepak tempatan.

Pemain import mula beraksi dalam liga bola sepak negara ini pada 1989 iaitu ketika era semi-pro, seterusnya liga profesional sepenuhnya pada 1994 sehinggalah Liga Super diperkenalkan pada 2004.

Berikutan keputusan tersebut, Khairy berkata, mana-mana pasukan yang mempunyai kontrak jangka panjang pemain import perlu menyelesaikan perjanjian supaya khidmat mereka ditamatkan sebelum bermula musim 2009.

‘‘Kita akan memantau kaedah penyelesaian yang akan digunakan untuk menangani isu berkaitan pemain import yang mempunyai kontrak jangka panjang,’’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy turut mengumumkan Liga Malaysia Musim 2009 akan bermula pada Januari hingga Oktober.

Beliau berkata, jumlah pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana juga akan ditambah daripada 13 kepada 14 pasukan.

‘‘Untuk musim depan, dua pasukan dari Liga Perdana iaitu Kuala Muda Naza dan KL PLUS akan beraksi dalam Liga Super manakala Sarawak turun ke Liga Perdana.

‘‘Kita juga memutuskan perlawanan Liga Super dilangsungkan pada setiap Rabu dan Ahad, manakala Liga Perdana pada Isnin dan Jumaat.

‘‘Ini bagi menarik kunjungan lebih ramai penonton kerana jika perlawanan diadakan pada Sabtu seperti sekarang, liga bola sepak kita bertembung dengan perlawanan Liga Perdana England atau aktiviti-aktiviti lain pada malam minggu,’’ katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan sebab tiada pemain import laa brader...

piala malaysia rancak dan meriah sebab kegilaan dan keghairahan penyokong kelantan yg melalui zaman transformasi gila bola di bawah pentadbiran tan sri annuar musa...

tak caya tengok lah kalau kelantan tak masuk final piala.. macam biasa je tiketnya. petang sebelum final pun tiket ada lagi.

contoh terdekat ialah final piala fa, N9 lawan Kedah Mac 2010...stadium penuh jugak tapi tak sesak. tiket masih boleh didapati di kaunter pada petang final...