Kerajaan member sumbangan kepada Berfrienders sebanyak RM50,000 untuk menangani gejala bunuh diri di Malaysia. Kajian pakar tahun 2007 purata 6 orang bunuh diri setiap hari diri di Malaysia dan 137 kes cuba bunuh diri setiap hari. Itu dulu, tahun 2010 berapa ? Berapa pula kes bunuh diri di kalangan umat Islam, bangsa Melayu ? Berapa pula peruntukan JAKIM dan Majlis Agama untuk cegah bunuh diri ?
Bunuh diri dah menjadi satu wabak dan bala di Malaysia ketika ini, namun ramai pihak masih ambil ringan. 3 juta rakyat Malaysia sakit mental , kisahnya di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html
Kerajaan serius tangani kes bunuh diri
Berita Harian 2010/10/10
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenal pasti beberapa program pencegahan yang bersesuaian dalam usaha menangani budaya bunuh diri di negara ini yang semakin membimbangkan.
Sebagai pendahuluan, sumbangan RM50,000 diberikan kepada Befrienders, badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan sokongan emosi menerusi panggilan telefon, pertemuan bersemuka dan emel kepada golongan berisiko melakukan tindakan itu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ketika mengumumkan sumbangan itu, berkata ia sebagai penghargaan kerajaan kepada usaha Befrienders membantu menangani gejala itu. “Isu bunuh diri adalah perkara penting dan ia boleh dihalang menerusi kaunseling dan khidmat nasihat,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaanseriustanganikesbunuhdiri/Article
Khidmat pakar kurangkan bunuh diri
Utusan Malaysia
Oleh ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my
PETALING JAYA 9 Okt. 2010 - Pencegahan awal melalui khidmat nasihat daripada pakar diperlukan bagi membantu mengurangkan kadar kes bunuh diri di negara ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, menurut perangkaan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia pada 2008, kira-kira tujuh kes bunuh diri berlaku setiap hari.
"Golongan muda merupakan golongan yang paling berisiko. Mereka menghadapi pelbagai tekanan dan memerlukan sokongan dan khidmat nasihat daripada pakar.
"Justeru, pencegahan awal cara terbaik membantu mereka yang berisiko selain menyebarkan maklumat bahawa terdapat pertubuhan seperti The Befrienders yang bersedia membantu apabila diperlukan," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan seminar bertajuk Berkongsi Ke Arah Menghalang Bunuh Diri Di Malaysia (Partnering Towards Suicide Prevention in Malaysia) anjuran The Befrienders Kuala Lumpur di sini hari ini.
The Befrienders Kuala Lumpur adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan khidmat kaunseling untuk mereka yang putus asa dan mahu membunuh diri.
Tambah Shahrizat, pihaknya bersedia bekerjasama dengan The Befrienders untuk melakukan pencegahan awal dengan mengenal pasti golongan yang berisiko kerana ia dilihat mampu menyelamatkan nyawa mereka.
"Untuk menjadi pendengar yang baik dan membantu pihak lain, ia memerlukan kepakaran dan teknik-teknik tertentu. Tidak semua orang ada kelebihan seperti ini.
"Oleh itu dengan adanya kepakaran yang dimiliki oleh The Befrienders, saya yakin kita mampu menyelamatkan mereka yang ingin membunuh diri," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan