Masjid Kg Bongek terletak di Rembau, di tepi jalan utama Seremban-Tampin. Kalau kita lalu Masjid Bongek sekarang ini kita akan lihat dari pekan Chengkau hinggalah sebelum Masjid Bongek tanah di tepi jalan utama sudah diratakan, beberapa rumah sudah dirobohkan, ada antaranya yang baru dibina. Ini adalah sebahagian daripada projek landasan keretapi berkembar.
Setakat yang saya lalu semalam 23 Oktober 2010, pagar dan tembok Masjid Bongek masih utuh, tetapi tanah-tanah untuk pelebaran jalan sudah sampai ke sempadan Masjid Bongek.
Adakah Masjid Bongek akan dirobohkan ? Kalau benar, sedih juga rasanya, kerana banyak sejarah tercatat di masjid ini. Sedih juga, kerana banyak rumah ibadah lain di Negeri Sembilan ini , terutamanya di Seremban yang terlibat dalam projek pelebaran jalan Seremban-Tampin, projek linkaran tengah Seremban tidak jadi dirobohkan kerana mendapat bantahan dan tentangan hebat penganut agama rumah ibadah tersebut.
Mungkin umat Islam tidak ada rasa cinta pada masjid, masjid lama di N.Sembilan ini yang banyak seni bina unik pun tidak dipelihara, kuliah-kuliah pun yang datang boleh dibilang dengan jari, sebab itu mereka tidak ada perasaan untuk mempertahankan mana-mana masjid atau surau yang akan dirobohkan atas nama pembangunan.
Kita bukan menghalang pembangunan, kita minta hanya dialihkan pembangunan ini ke tepi sedikit jika ianya melibatkan rumah ibadah, apatah lagi masjid. Takkanlah kita nak penganut agama berbaring di jalan raya untuk menghalang perobohan masjid ?
Entahlah, bukan salah pembangunan, salah umat Islam sendiri yang tak kisah.

5 ulasan:
yg nk robohkn masjid tu kn kerajaan BN. jka krajaan BN perihatin, pasti benda sebegini tidak akan berlaku.tetapi ia tetap akn berlaku kerana ramai org islam kita, org melayu kuran pergi sembhyang.juga org ygkita sdiri lantik sbg ketua negara, pn kurang beragama.jadi, jiwa islam tu kureng.
eh bukan x jd roboh ke..rasanya da buat re-alignment...pelebaran tu divert ke laluan depan masjid...
sapo cakap roboh. mano ado
amar: tulah..org2 ni buat rumous je lebih...so far ALHAMDULILAH...masjid tersebut masih lg kukuh berdiri...dan masih lg menjadi tempat org2 kg sy menunaikan solat 5 waktu dan solat jumaat...termasuk urusan akad nikah dan kematian.
mane ada nak dirobohkan... pandai-pandai je buat fitnah... jalan raya je yang perlu dialihkan supaya masjid bongek lebih cantik dan lebih semarak lagi dgn kegiatan-kegiatan ilmu dunia akhirat... serta memudahkan semua untuk mengerjakan tuntutan kewajiban...
Catat Ulasan