KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101008

SUSUK dan SIHIR

Dibawah ini artikel-artikel dari beberapa laman web. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah Maha Mengetahui. Sesungguhnya hanya Allah yang lebih berkuasa daripada segala makhluk yang ada di alam nyata mahupun di alam ghaib.

*******************

Seorang rakan sekerja Mr X menemui saya pada awal 2006 dengan membawa hajat dengan bersungguh-sungguh. “Haji, minta tolong boleh tak”

Saya menjawab “insyaAllah, apa dia”

“Atok saya sakit teruk dah terlantar lebih sebulan. Macam orang koma. Badan dah macam papan sekeping. Nak minta haji tolong tengok dan tolong apa yang patut. Kesian dia.”, rayu Mr X.

“Insya-Allah saya tolong. Bila nak pergi?”

Menurut Mr X, atoknya adalah seorang yang warak dan mengubat orang sakit menggunakan kaedah yang diizinkan oleh Islam.

Setelah membincangkan masa yang sesuai, pergilah kami ke destinasi kediaman atok Mr X di daerah SSS di Johor. Kami pergi berdua menaiki kenderaan saya ke pekan SSS pada hari Sabtu. Kira-kira pukul 11.00 pagi tersebut tibalah kami di pekan SSS.

Rumah Atok Mr X sudah agak usang di diami oleh Atok dan nenek Mr X serta anak bongsu bersama suami dan anak-anak yang masih kecil. Setelah sampai kami disambut dan dipersilakan masuk ke rumah. Nenek Mr X masih sihat walau sudah berusia lebih dari 70 tahun. Nenek ini membawa saya menemui suaminya yang terbaring kaku di ruang tamu rumah beralaskan tilam bujang yang nipis.

Subhanallah, tubuh atok Mr X sudah begitu kurus tinggal tulang dan kulit dengan mata yang terjegil. Tidak berkata dan bernafas melalui mulut. Setelah meneliti keadaan atok ini buat seketika, saya memanggil nenek ke satu sudut untuk berbicara dan beliau tidak membantah.

Antara perbualan kami ialah: “dah lama atok terbaring macam ini? kata saya.

“Sudah lebih sebulan macam ini” jawab nenek.

“Ada tak atok mengubat orang ?” tambah saya

“Dia memang ada mengubat orang dan juga mengurut ?”

“Ada tak atok menyimpan barang-barang tertentu dan digunakan untuk mengubat?”, saya menambah.

“Atok ada 3 keris. Sewaktu mengubat atok gunakan keris kecil. Yang lain disimpan.”jawab nenek.

“Atok ada mengamalkan ilmu-ilmu lain tak untuk mengubat atau mengurut?” sambung saya.

“Sejak atok muda memang ada dia memakai susuk di lengan kiri supaya kuat mengurut. Tetapi sebelum sakit dulu atok dah suruh saya buat sesuatu supaya susuk ini keluar. Saya dah buat dan melihatkan pada tandanya, susuk ini memang sudah keluar.” jawab nenek.
Saya terus menyoal sama ada atok ini ada menyimpan pelbagai tangkal lain dan jawapannya adalah memang ada iaitu kelihatan seperti tangkal baju kebal warna merah.

Setelah mendapat input-input yang mencukupi dari nenek ini berkaitan suaminya, saya mula memberikan pandangan “Barang-barang keris dan tangkal simpanan atok perlu saya ambil semuanya untuk dilupuskan. Sekiranya tidak diambil, insya-Allah atok terus macam ini dan susah untuk mati”.

Nenek bersetuju untuk menyerahkan kesemua barangan “SYIRIK” kepunyaan atok kepada saya untuk dilupuskan.

Dimudahkan cerita, alhamdulillah pada sebelah petang tersebut saya telah dapat mengumpulkan 3 keris pusaka dan tangkal baju kebal berwarna merah. Sebelum saya beredar balik ke Johor Bahru, saya berkata kepada nenek “Menurut lazimnya, insya-Allah sebelum 40 hari kes seperti atok ini akan meninggal dunia”.

Seperti biasa barangan yang dikumpulkan dari pekan SSS ini saya ambil gambarnya terlebih dahulu sebelum memulakan proses melupuskan.

Dua hari selepas itu kira-kira pukul 7.45 pagi ketika saya sedang memandu kereta menuju ke tempat kerja, telefon saya berbunyi. Di hujung talian kedengaran suara Mr X “Haji, atok saya selamat meninggal dunia pukul 6.45 pagi tadi”. Jelas kedengaran nada lega suara Mr X kerana kerisauan selama ini sudah selesai.

Saya menyahut “Alhamdulillah”

Begitulah serba sedikit kisah seorang yang sengsara bila nak mati. Setengah orang kata sebenarnya atok ini telah meninggal dunia namun khadam dalam tubuhnya yang membantu seolah-olah atok ini masih hidup. Namun apa yang jelas ialah keadaan atok sewaktu saya melihatnya memanglah mengerikan rupanya.

Mr X sewaktu mula menemui saya untuk meminta bantuan menjelaskan kepada saya bahawa atoknya ini adalah seorang yang baik dan mengubatkan orang dengan cara yang diperkenankan Islam. Namun hakikatnya seorang yang menyimpan tangkal adalah jelas hukumnya iaitu syirik. Pengubat yang menggunakan keris dalam perubatan mereka adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat lagi menyesatkan.

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/59

SUSUK dan SIHIR

Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar. Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

Susuk, antara ilmu sihir untuk menampilkan wajah awet muda, cantik menawan dan kebal. Menurut pakar perbidanan tradisional, Oomi Jannah, susuk cukup terkenal di kalangan wanita yang enggan menerima hakikat kejadian manusia itu cukup indah di mata pencipta-Nya.

Susuk dikategorikan dalam amalan sihir berupa bahan-bahan logam seperti jarum, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan ke dalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi mantera tanpa mencederakan si pemakai.

"Selalunya untuk mencantikkan wajah, susuk ditanam dibahagian pipi, dagu ataupun bibir"."Ada juga yang dimasukkan ke bahagian payu dara dan alat sulit atas tujuan mengikat nafsu suami daripada `makan luar','' katanya.

Susuk menaikkan seri lazim diamalkan oleh golongan bangsawan dan artis wanita. Lelaki pula memilih susuk untuk kebal, berani, tahan dipukul atau mampu mengalahkan lawan dengan mudah.

"Susuk diikat pantang larang, andai melanggarnya si pemakai akan mendapat wajah yang lebih hodoh daripada asal.

Pantang larang susuk logam
Merahsiakan pemakaian susuk
Tidak boleh makan pisang emas dan buah kundur dalam tempoh dua hingga tiga bulan

Selepas aktiviti pasang
Tidak boleh lalu di bawah ampaian yang disidai kain basah
Tidak boleh mencucuk lidi sate pada tubuh dan sekitar wajah kerana lidi sate berbisa dan sifatnya berlawanan dengan bahan susuk

http://mal1805.multiply.com/journal/item/37


Susuk?

“SUSAH betul... macam ada benda sekat kat kerongkong ni! Tolonglah atuk!” Setiap kali sakit kuat, perkataan itu termuntah dari mulut atuk yang sudah geleber itu.
Nenek hanya menggelengkan kepala, sedangkan Azmi tergaru-garu dahinya yang tidak gatal. Memang pening dibuatnya melihat gelagat atuk melawan sakitnya.

“Tolonglah Mi... tanyakan orang, apa yang atuk kau cakap ni!” pernah nenek arahkan Azmi berikhtiar.

Memang sakit atuk pelik sikit. Kalau diikutkan logik, atuk yang berusia lebih 90 tahun itu tentu mudah perginya jika dipanggil Tuhan.

Namun, itu tidak berlaku pada atuk. Atuk sering memberi isyarat seperti ajal semakin hampir mendatanginya, cuma ada sesuatu yang menghalangnya sehingga dia berasa takut dan sakit bukan kepalang.

“Susah betul... macam ada benda menghalang!” selang seminggu atuk merungut lagi melawan sakitnya. Batuknya tersekat-sekat. Jemarinya pula asyik meraba di pangkal halkum.

“Macam ada benda sekat kat sini. Tolonglah atuk!” suara atuk sudah macam merepek, tetapi matanya yang separuh sepet tetap merenung Azmi, cucu kesayangannya.

Lebih lima tahun atuk melalui pengalaman sakit begitu. Keluar masuk hospital dan lebih 10 bomoh datang memberi pelbagai pandangan. Namun, atuk macam itu juga. Dia mengadu susah untuk pergi, walaupun mengakui ajalnya semakin dekat.

Nenek meminta Azmi berikhtiar juga. Tiada sudahnya membiarkan atuk susah begitu melawan sakit. Bagi nenek, jika atuk pergi, dia redha, cuma nenek tidak tergamak melihat atuk melawan sakit macam itu.

Azmi akhirnya patuh. Macam-macam orang ditanyanya; mengapa atuknya jadi begitu di saat-saat sakit begitu teruk.

Puas merata bertanya, akhirnya Azmi dicadangkan bertanyakan hal itu kepada seorang bekas mufti.

Azmi menceritakan hal itu pada suatu subuh selepas selesai solat berjemaah di sebuah masjid.

Banyak pandangan diterimanya, tapi dalam banyak-banyak hal itu, Azmi tertarik untuk mencuba satu cadangan yang diberikan bekas mufti itu kepadanya.

“Tengoklah kalau-kalau atuk kamu tu mungkin menyimpan sesuatu pada tubuhnya. Berusahalah, semuanya ada hikmah dalam hidup kita ini,” Azmi diberi kata perangsang.

Malam dirancangkan, Azmi memberitahu nenek sesuatu. Nenek menganggukkan kepala.

Tidak lama selepas itu, nenek tunjukkan sesuatu di bawah pelipat kaki atuk. Azmi macam tidak percaya.

Ditelitinya betul-betul pada urat di bawah pelipat kaki itu dan bila dia menyekat aliran darah, atuk tiba-tiba terbatuk dan menjerit sakit.

Azmi terpaku. Tangannya mengurut-ngurut urat yang timbul dan merasai satu jalur keras kira-kira 3 sentimeter pada urat itu. Atuk terus juga terbatuk-batuk.

Nenek berbisik ke telinga atuk sebaik batuk atuk mulai reda. Azmi melihat atuk menganggukkan kepala.

Orang pandai

“Minta orang yang pandai keluarkan benda tu, Mi!” akhirnya nenek mengarahkan sesuatu dan Azmi mulai faham.

Sebelum pergi mendapatkan bantuan orang, Azmi bertanya juga pada nenek mengenai rahsia yang nenek dan atuknya simpan berhubung barangan keras pada urat di bawah pelipat kaki itu.

“Susuk jarum kekuda!” bisikan nenek akhirnya membongkar sesuatu yang Azmi percaya ada kaitan dengan kesusahan atuk berdepan sakitnya yang berlarutan sejak sekian lama.

“Untuk apa?”

“Dulu atuk kau guru silat. Guru silat dulu-dulu kena kuat kekuda... sebab itu atuk kau pasang susuk!” Azmi bagaikan tidak percaya.

Namun, dia mesti berusaha juga kerana kasihankan atuknya yang terlalu susah berdepan sakitnya.

Lima orang kampung, termasuk bilal surau, datang menjenguk atuk malam itu. Azmi menceritakan segala-galanya.

Nenek pula pasrah. Dia rela suaminya pergi dalam keadaan aman daripada terus menjerit-jerit seperti ada sesuatu yang menghalang ajalnya.

Urat pelipat bawah kaki atuk diperiksa lagi. Memang sah. Susuk jarum kekuda rupa-rupanya masih tertanam di situ dan bilal surau yang ada sikit pengetahuan itu pun mencuba.

“Saya tak tahu pun sebelum ini, ada susuk bawah pelipat atuk kau!” beritahu bilal sewaktu memulakan tugasnya.

“Aduh... sakitnya!!” tiba-tiba saja suara atuk melaung dan melolong. Terkejut Azmi dan nenek.

Di tapak tangan bilal ada sesuatu berwarna kehitam-hitaman macam jarum dan keras sifatnya.

Masing-masing berlumba-lumba menjenguk benda asing yang ditanam dalam tubuh atuk selama ini.

Namun, mereka tidak sempat melihat lama benda asing itu kerana tidak lama kemudian nenek, Azmi dan bilal terdengar suara halus atuk seperti mengucapkan kalimah syahadah.

Suara itu perlahan, tapi tersekat-sekat. Akhirnya senyap dan nenek terus menerpa. Diciumnya kening atuk.

“Atuk kau dah tak ada, Mi!” nenek berhiba, tetapi dilawannya supaya tidak menangis di depan jenazah atuk yang baru pergi.

“Biarlah, nek. Sekurang-kurangnya atuk pergi dalam aman,” Azmi yang sedih terpaksa melawan perasaan sendiri. Bilal memujuk dan memberitahu, semua yang berlaku ada hikmahnya.

“Susuk dan benda asing tak patut dimasukkan ke dalam badan. Mungkin ia ada kaitan kenapa atuk kamu susah dan sakit begitu lama sebelum ini. Namun, semuanya kuasa Allah,” kata bilal.

Siang esoknya, jenazah atuk dikebumikan. Semua sanak saudara hadir. Namun bagi nenek dan Azmi, pemergian atuk sungguh melegakan.

Sekurang-kurangnya, atuk pergi dalam keadaan aman dan tiada lagi raung, rintih dan laung atuk melawan sakitnya lebih lima tahun berterusan.

http://cerihik.blogspot.com/2004/11/kerana-susuk.html

Atuk aku pun sakit juga, nak nenek aku je kat sebelah... Kitorang yang penat, tapi kitorang tetap sabar, sabar dan sabar. Dugaan...
Tapi atuk aku tak membela. Atuk aku cuma membela ayam je... Hehe

Dulu, kat kampung aku ada juga kes macam atuk kau. Sebab utama, nak pertahankan diri drpd serangan tentera Jepun. Kesian juga, nak meninggal susahnya... Derita atuk tu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Then, anak dia panggil orang yang bertauliah dalam hal-hal sebegini, rupa-rupanya atuk tu ada guna 'ilmu lain' juga. Dia guna susuk. Nak tahu susuk apa?

Ada MUTIARA dalam lengan kiri atuk tu... 3 biji pula tu... Dahsyat... Tapi, dah lusuhlah bila dikeluarkan.

Paling penting, kena banyak berdoalah untuk atuk kau. Everyday and after solat, mohon pada Allah agar dipermudahkan dan dipersenangkan derita yang atuk kau hadapi.

Boleh juga panggil orang yang arif akan hal-hal sebegini. Ikhtiar tu penting, tapi dalam masa yang sama, yakin dengan Allah, yang hanya dengan izin Dia saja, urusan atuk kau menjadi lebih mudah.

Aku punya family pun ada kena gak. Lepas atuk aku ninggal, nenek aku tengah sakit tenat, tapi makan sampai 5 pinggan! Pastu ari-ari cakap, "Panas, panas!"


**************

as;kum..

teman sblum ni ada mengepos satu topik tentang tok teman yang dikhuatiri membela sehingga terlantar sakit selama 5 tahun..igt tak? teman cuba brose archive, x jumpa pula untuk teman pastekan link nya..

so teman sambung je la, yaa

berita terbaru, oktoboer lepas, tok kesayangan teman selamat kembali ke rahmatullah..

masalahnya di sini, dah beberapa bulan ini, kedengaran berita x elok di kampung teman, di kualer tue..

lembaga menyerupai tok teman berkeliaran....


**************

kes kawan nie...sebijik macam kes nenek aku.
kat umah tue...masih berbaring.
adik-adiknyer yang lain..ramai yang dah 'pergi'.
aderlah seorang dua termasuk yang bongsunyer..lelaki.
umur pun dah lepas 80 tahun.

kalo umur adik bongsunyer dah lebih 80 tahun.
dia yang sulung..baper agaknyer??
adik-beradik...12 orang.
yang tinggal..pertama: nenek aku. ke9:nenek sedara aku. ke11: nenek sedara.
dan yang yg bongsu..lelaki nie..umur 84 tahun.

citer nenek aku...masa bah besar merah tahun 1926...umur yang bongsunyer baru 2 bulan.
dia kendong masa nak pindah ke tanah tinggi...sebab rumah moyang kami ditenggelami bah merah tue.
ikut perkiraan biasa...anak perempuan berusia 15 tahun ke atas baru boleh dukung budak kecil.
tp...dia sendiri pun tak ingat tarikh lahir dia sendiri.
aku rasa...nenek aku nie....paling tua pun...dlm usia 100 tahun lebih.

bukan benda nie yang aku nak kongsi.
cuma...'benda' yang dia dah pakai sejak puluhan tahun tue.
masih lagi saki-bakinyer ada.
sebelum nie dah buang.
macam-macam 'benda' nenek aku pakai.

tak tahuler aku sekarang nie.

**************

ok teman sambung..
atok teman dulu terkenal dengan ahli politik pembangkang, guru silat, dukun...kuat dan gagah perkasa..
yg lebih2 pasai perangai negative teman x mo citer la..biar teman dan kuaga teman ja tau...
ada bnayak benda negative sebenarnya, nk nyedapkan teman tpaksa cet bat pedoman, masa ia terlantar dia x nah smyang, diajar ngucap, ayat2 suci dia marah kat "aku belum nk mati lagi la!"..
memacam lg...sewaktu terlantarnya, tidak pernah muhasabah,asyik2 ceritakan kehebatannya wktu zmn jepun dulu...dn banyak lagi kegagahannya..

korg buat la analisa sendiri, teman nak gi iron baju sat..


**************

peristiwa yang sama pernah aku tengok zaman aku kanak2 dulu.. taim duduk kat kampung..

orang tua sorang nih nazak dekat seminggu jugak.... tak mau jugak bercerai nyawa... sampai kulit2 dah mula menggelupas...

sampai kena bukak bumbung apa semua... tak lama pastu baru dia betul2 meninggal...

innalillah...

orang cakap... orang2 tua kita dulu membela benda2 nih bukannya semua niat jahat... ada yang membela untuk jagakan rumah... untuk pelihara anak cucu.. untuk dapat kekuatan nak bercucuk tanam... beranikan diri masuk hutan....

wallahualam...

yang aku tau benda nih salah di sisi Islam...

http://bincang.net/forum/showthread.php?89387-datukku-dikhuatiri&p=2506100&viewfull=1


Saya ada sorang datuk sebelah ibu saya...mengamalkan susuk untuk badan kuat...kalau kita tgk dia wpun dah tua masih kuat bekerja...halaman rumahn dan kebunnya amat bersih sehingga tak der rumput dan lalang yang sempat tumbuh...tapi bila dia nak meninggal amat tersisksa...berlakulah kejadian seperti ramai dari kita pernah dengar dan baca...terbaring beberapa bulan tapi makan amat berselera hingga 2-3 pinggan...tapi badan kurus je...terpaksa bukak satu dari bumbung rumahnya...dan pelbagai lagi...amat sukar mengeluarkan susuk dibadannya kerana dia pakai sekali 3 susuk...lama jugak untuk cari org yang pandai membuang benda ni......

http://www.mk-portal.org/forum/archive/index.php/t-2303.html

Tiada ulasan: