20100930

Kisah Ketua Menteri Melaka , rumahnya, pembangkang sifar

Malam tadi 29 September 2010 saya menonton rancangan Dialog di TV1. Tetamunya ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam , Ketua Menteri Melaka membincangkan mengenai pengisytiharan Melaka Negeri Maju pada jam 20.10 tarikh 20.10.2010.

Antara yang menarik perhatian saya ialah mengenai isu kelulusan pelan rumah. Datuk Seri mengatakan antara beberapa langkah yang diambil untuk memperkemaskan pengurusan pentadbiran di Melaka ialah proses meluluskan pelan rumah.

Semasa beliau mejadi Exco Perumahan di Melaka, rumah beliau sendiri memerlukan masa 2 tahun untuk diluluskan pelan. Kemudian apabila beliau menjadi Ketua Menteri Melaka beliau menyatakan proses meluluskan pelan hanya perlu satu hari sahaja.

Sepatutnya proses pembinaan rumah milik sendiri dipermudahkan sebegini untuk semua negeri , bukan sahaja di Melaka. Secara tidak langsung ianya akan merancakkan ekonomi sektor pembinaan di sesebuah negeri dan memberi kemudahan kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

Satu lagi yang menarik ialah ada penonton yang menghantar komen dalam Facebook mengatakan beliau mudah untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka pada bila-bila masa, tetapi susah untuk berjumpa dengan Menteri Besar di negeri beliau sendiri. Menteri Besar negeri mana , tak pula dinyatakan. Sendiri makan cili, sendirilah rasa pedaslah Menteri Besar tersebut.

Dengan sikap seperti Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang ditunjukkan dalam rancangan Dialog tersebut , maka tidak hairanlah Melaka adalah satu-satunya negeri yang pembangkang Melayu Sifar dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

0 ulasan: