Semua pihak sekarang ini kena tumpukan pembangunan mental, bukan pembangunan fizikal semata-mata. Rakyat makin parah dengan pelbagai masalah sosial, keluarga bermasalah, masyarakat bermasalah, negara bermasalah. Tandas pun kita tak boleh bersama menjaga kebersihannya. Pembangunan apa yang kita nak capai, kalau masalah mental semakin bertambah saban hari.
Untuk membentuk mental orang Melayu, rujuklah Al Quran dan Sunnah Nabi.
********************
Mentaliti Rakyat Punca Tandas Awam Kotor
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sikap rakyat sendiri yang menyebabkan keadaan tandas awam di Terengganu kotor.
"Sama dengan tandas di masjid yang masih lagi kotor, sehingga lampin pakai buang bayi dan tuala wanita pun mereka sumbat dalam mangkuk tandas.
"Tin minuman, puntung rokok dibaling keluar dari kereta, begitu juga rambutan, bila makan dalam kereta, biji dengan kulitnya di baling keluar ikut tingkap," katanya
Menteri Besar melahirkan rasa kesal dan sedih dengan mentaliti rakyat terutama orang Islam masih rendah kerana gemar mengotorkan tandas awam dan juga tandas di masjid.
Beliau turut mengambil contoh apa yang pernah diperkatakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana banyak kejayaan sudah dicapai dalam pembangunan, tetapi pada masa yang sama masih juga gagal
“Sebab itu Tun Dr Mahathir pernah menyebut, dia boleh mengubah negara kita dari segi fizikal sebagai sebuah negara setaraf dengan negara maju..kita ada Twin Tower, hebat-hebat pembangunnanya, cerdik pandai..tetapi dari segi mentaliti oang kita masih lagi di tahap dunia ketiga,” katanya.
Sumber : http://teganuku.blogspot.com/2010/04/mentaliti-rakyat-punca-tandas-awam.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan