KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100902

PAS selami masalah orang Asli di Rembau

Anak derita tiada lubang dubur
Sinar Harian 2 Sep 2010

MIKU - Sepasang suami isteri tidak menyangka kelahiran anak sulungnya yang baru berumur 10 hari, mengalami kecacatan iaitu ketiadaan lubang dubur.

Nor Khairi Osman, 30, berkata, bayinya mempunyai satu bukaan pada sebahagian usus atau saluran kencing di permukaan atas perut sebagai saluran keluar untuk bahan kumuh seperti najis dan air kencing.

Menurutnya, dia sedih melihat anaknya kerap menangis kerana sakit yang ditanggung terutama ketika isterinya mencuci najis.

Bagaimanapun, Nor Khairi melahirkan rasa syukur kerana anaknya dijangka dibedah November nanti.

“Saya harap anak selamat menjalani pembedahan dan dapat melalui kehidupan normal seperti bayi lain.

“Sebagai ayah sudah tentu saya mahu melakukan yang terbaik untuk anak dan tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggungnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada program bersama Pas Bahagian Rembau di Kampung Orang Asli Pabai, Miku.

Menurutnya, perkara paling membimbangkan mereka suami isteri adalah kos pengangkutan dan makan minum sepanjang berada di hospital kerana anaknya akan dibedah di hospital di Kuala Lumpur.

“Saya dia tidak mempunyai kerja tetap dan hanya melakukan kerja kampung bagi menampung kehidupan kami sekeluarga.

“Mujurlah kos pembedahan ditanggung sepenuhnya pihak hospital. Jika tidak makin bertambah buntu kami suami isteri,” katanya yang berasal dari Pahang dan berkahwin dengan wanita Orang Asli yang memeluk Islam sejak 2003.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, program kali ini fokus terhadap masyarakat Islam orang Asli dalam usaha menyampaikan bantuan dan sumbangan berupa barang keperluan dapur serta wang tunai.

“Saya harap melalui sumbangan ini dapat menceriakan penerima dan menunjukkan keprihatinan kami menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Masyarakat orang Asli memerlukan lebih banyak perhatian supaya tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek terutama pendidikan,” katanya.

Menurutnya, masalah yang dihadapi Nor Khairi akan dipanjangkan kepada pihak berkaitan seperti Baitulmal untuk memohon bantuan kos perubatan bagi mengurangkan beban ditanggung keluarga.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8131325.asp

Kepada orang ramai yang ingin membantu mereka yang memerlukan melalui PAS Kawasan Rembau sila hubungi Tn Hj Roni , Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau Tel : 012-2268230
Sumbangan boleh disalurkan melalui Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
Maklumat lanjut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html
Blog Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau http://kebajikanrembau.blogspot.com

1 ulasan:

WIRA DAMAI berkata...

saya dah bgtau pada Cikgu Bad perkara ini. kalau serius nak tarik perhatian Org Asli di Miku, mai jumpa Tok Simpan Bin Suda (Timbalan Presiden Persatuan Org. Asli Semenanjung Malaysia), bincang dengan dia. Rumah Tok Simpan di Kg. Org Asli Sunggala Telok kemang.. Pengaruh Tok Simpan dalam kalangan masyarakat Org Asli cukup besar, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Bertindak Tanah Org Asli Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya:

Facebook: WIRA DAMAI

KAPT. ANWAR
013-2514528