"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20100917
Kegilaan Melayu main mercun malam Raya di Terengganu
Kalau main mercun malam merdeka ke, malam tahun baru ke, mungkin ianya bukan isu besar. Masalahnya Melayu gila main mercun dan bunga api sebaik sahaja masuk maghrib 1 Syawal, di Terengganu pula tu, negeri majoriti orang Melayu. Tak boleh tunggu ke habis takbir lepas maghrib dan lepas isya kalau dah kemaruk sangat naik main mercun ? Patutlah bala putus jari, putus kepala di kalangan orang Melayu main mercun semakin menjadi-jadi. Tiada teguran dan tindakan serius semua pihak, termasuk orang awam.
Orang yang melihat pun dua kali lima, kalau sambil tengok orang main mercun dia bertakbir raya OKlah juga.
Macamana orang bukan Islam nak hormat pada orang Islam, kalau kemaruk orang Islam sendiri main mercun dan bunga api mengalahkan orang bukan Islam.
Sila baca artikel saya sebelum ini Ajaran Sesat di Malaysia main mercun malam raya di http://waghih.blogspot.com/2010/09/ajaran-sesat-main-mercun-malam-raya-di.html
TAKBIR : LAMBANG KESYUKURAN DI HARI RAYA
Dari laman web Jabatan Mufti Negara Brunei Darussalam http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/bil296.pdf
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda
Setiap kali tibanya Hari Raya, seruan takbir akan berkumandang di masjid-masjid, rumah-rumah persendirian dan di kaca-kaca televisyen, begitu juga di corong-corong radio apabila diumumkan anak bulan Syawwal telah nampak dilihat. Dengan bergemanya takbir itu, semakin terasalah kemeriahan suasana Hari Raya.
MENYAMBUT KEDATANGAN HARI RAYA AIDILFITRI DENGAN BERMAIN MERCUN ATAU BERMAIN BUNGA API BUKANLAH CARA YANG DIANJURKAN OLEH AJARAN ISLAM DAN BUKAN CARA MEMULIAKAN KEDATANGAN HARI YANG MULIA ITU. APATAH LAGI PERBUATAN INI JUGA BOLEH MENJURUS KEPADA BAHAYA DAN PEMBAZIRAN YANG DICELA OLEH ISLAM. ISLAM MEMPUNYAI CARANYA YANG TERSENDIRI SEMASA MERAYAKAN HARI-HARI KEBESARANNYA.
Kita umat Islam seharusnya sedar bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah kurnia daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagai hadiah kemenangan kepada umat Islam, kerana kita telah berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan menahan diri daripada hawa nafsu dan perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa.
Pada hari kemenangan tersebut, kita disunatkan untuk meraikannya dengan melaungkan takbir. Ini kerana dengan bertakbir, kurniaan Hari Raya Aidilfitri akan dapat dirasai dan dihayati sehingga melahirkan rasa kesyukuran atas kebesaran serta keagungan Allah Ta‘ala, sesuai dengan maksud takbir iaitu mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan melafazkan kalimah ‘Allahu Akbar’.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam al-Qur’an:
Tafsirnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah
kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah: 185)
Lafaz Takbir Hari Raya
Lafaz takbir Hari Raya sebagaimana yang di sebut dalam kitab-
kitab fiqh ialah:
Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.”
Lafaz takbir tersebut disunatkan membaca sebanyak 3 kali.
Disunatkan selepas bertakbir tiga kali itu membaca:
Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”
Waktu Melaungkan Takbir
Takbir pada Hari Raya Aidilfitri dinamakan sebagai takbir mursal atau muthlaq iaitu takbir yang tidak terikat waktunya selepas sembahyang bahkan sunat dilaungkan pada bila-bila masa sahaja sehinggalah imam mengangkat takbiratulihram untuk menunaikan
sembahyang Hari Raya Aidilfitri.
Takbir Hari Raya Aidilfitri ini berbeza dengan takbir Hari Raya Aidiladhha. Takbir pada Hari Raya Aidiladha dinamakan takbir muqayyad, dan ia sunat dilaungkan setiap kali selepas menunaikan sembahyang fardhu atau sembahyang sunat dan berterusan sehingga selesai menunaikan sembahyang Ashar pada hari Tasyriq yang terakhir.
Imam Ibnu Hajar Rahimahullahu Ta‘ala, salah seorang daripada ulama ‘asy-Syafi‘ieyyah berkata: “Sunat melaungkan takbir (Hari Raya Aidilfitri) sama ada di rumah-rumah, di jalan-jalan, di masjid-masjid dan di pasar-pasar dengan suara jahr atau yang nyaring, bermula dari terbenam matahari pada malam Hari Raya dan berterusan sehingga imam mengangkat takbiratulihram pada sembahyang Hari Raya. Ini kerana takbir itu adalah sebagai syi‘ar bagi menandakan waktu Aidilfitri itu telah tiba maka adalah lebih awla dikerjakan atau disambut dengan takbir.”
Melaungkan takbir dengan suara jahr adalah disunatkan bagi kaum lelaki sahaja, dan bagi perempuan atau khuntsa, tidak disunatkan melaungkannya dengan suara jahr ketika ada orang lain yang bukan mahram hadir bersama mereka.
Manakala had waktu bertakbir bagi orang yang sembahyang sunat Hari Raya secara bersendirian pula, adalah dikira sehingga dia mengangkat takbir sembahyang Hari Raya Aidilfiri.
Menurut asy-Syabramallisiy Rahimahullah, Apabila bertepatan malam Hari Raya itu dengan malam Jumaat, maka hidupkanlah pada malam tersebut dengan bertakbir, membaca surah al-Kahfi dan bershalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dengan bertakbir itu sudah cukup membuktikan bahawa Hari Raya Fitri bukan Hari untuk kita berpesta bahkan untuk kita beribadat dengan melafazkan rasa syukur di atas anugerah Allah Ta‘ala melalui takbir dan ibadat-ibadat lain yang kita lakukan.
Dengan ini juga membuktikan bahawa Hari Raya orang Islam berbeza sekali konsepnya dengan Hari Raya orang bukan Islam, apatah lagi ia disambut sebaik sahaja selesai menunaikan ibadah puasa. Kalau orang bukan Islam berhari raya hanya sekadar untuk
berhibur dan bergembira, maka kita sebagai umat Islam bukan itu cara dan konsepnya.
Oleh itu, meriahkanlah suasana Aidilfitri itu dengan melaungkan takbir kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri beserta laungan takbir adalah satu ibadah dan syi‘ar bagi kita sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan