Tahun ni saya bersama keluarga menyambut Idil Fitri 1431H/2010M di Kuala Terengganu berhampiran pekan Batu 6. Sebaik saja masuk waktu maghrib Khamis 9 September 2010 kedengaran bunyi mercun dan bunga api berdentum dentam, sampailah ke waktu isya, lepas tu sampai ke tengah malam. Dengar cerita tengah malam sampai ke awal pagi lagi hebat, saya tak sedar sebab dah lena tidur.
Ajaran sesat mana yang semakin hebat di Malaysia ni yang menggalakkan golongan anak-anak, tua muda memeriahkan malam raya dengan main mercun ? Siapa yang menaja semua mercin dan bunga api ini ? Atau adakah ianya mercun dan bunga api yang dirampas oleh pihak berkuasa, lalu dilupuskan dengan cara ini ?
Tak tahukah umat Islam di Malaysia ini , terutamanya orang Melayu, Idil Fitri bermula takbir selepas maghrib 1 Syawal hingga solat sunat Idil Fitri ? Kalau Idil Adha boleh bertakbir 4 hari , 4 malam.
Kalau nak sangat main mercun, tak boleh ke berhenti sekejap ke antara maghrib dan isya ? Sayang , seribu kali saya, gelaran Terengganu Darul Iman, tetapi rakyatnya membesarkan mercun dan bunga api di malam raya, bukannya bertakbir membesarkan Allah di malam raya.
Malah permainan mercun dan bunga api ini dimain secara terbuka di Bulatan Pekan Batu 6 yang merupakan jalan utama Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Dengar cerita sampai sesak jalan di pekan Batu 6.
Bukan sahaja ajaran sesat yang baru di Malaysia ini, malahan ianya amat membahayakan pengguna jalanraya dan penduduk sekitar.
Mana pergi penduduk tempatan yang prihatin, mana pergi pihak berkuasa terutamanya pihak polis, adakah mereka hanya diarahkan duduk sahaja di khemah-khemah Ops Sikap di sepanjang jalan seluruh Malaysia.
Malam kedua saya pergi di Dara Inn sebelah lapangan terbang Kuala Terengganu, terdapat kumpulan remaja yang bermain mercun bola, baling sesama sendiri, elak mengelak. Selagi tidak ada yang buta, yang putus jari, mereka akan terus bermain. Nak saya tegur, saya pula akan jadi sasaran nanti, baik biarkan saja.
Tanya ayah macam mana malam raya di Rembau ? Ayah kata sama saja, hebat juga main mercun.
Tolonglah semua pihak terutama Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Polis, Mufti, Imam, wakil rakyat dan sebagainya. Tolonglah jangan jadikan Malaysia negara mercun dan bunga api, macam-macam jenayah dan gejala sosial dah ada di Malaysia ini.
Nampaknya kisah kematian kanak-kanak di Chabang Tiga, Kuala Terengganu akibat mercun buatan sendiri ayahnya , tidak menjadi pengajaran oleh sesiapa pun.
Juga boleh baca kehebatan Pesta Mercun di Pekan Batu 6 , Kuala Terengganu pada pautan berikut
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=29599
Tiada ulasan:
Catat Ulasan