Dalam perjalanan pulang ke Seremban dari Kuala Terengganu sempena Idil Fitri 1431H menggunakan jalan utama Kuala Terengganu – Kemaman , lalu pekan Paka. Sebelum masuk pekan Paka, betul-betul tepi jalan lepas jambatan tersergam bangunan 3 atau mungkin 4 tingkat seakan-akan pasar di tepi sungai. Bangunan bewarna biru muda, catnya macam dah pudar. Adakah ianya sudah beroperasi atau belum, tidak dapat dipastikan.
Nampaknya macam belum operasi, dari tepi jalan nampak kosong dari tingkat bawah sampai atas, kerana ianya konsep terbuka.
Ada baiknya pihak yang bertanggungjawab melakukan sesuatu, sebelum ianya menjadi sebutan orang ramai yang lalu pekan Paka , kerana ianya tepi jalan utama.
Terjumpa berita dibawah ini, mungkin berkaitan bangunan ini :
*************************
Pasar Paka kotor, busuk
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail – bhkt@bharian.com.my – 2010/05/06
‘hilang sabar’ tunggu premis baru siap
PAKA: Peniaga ikan dan sayur di Pasar Paka di sini meminta pihak yang berkaitan menyegerakan penyempurnaan pembinaan pasar baru yang sepatutnya siap September tahun lalu kerana sudah lama mereka bersabar dengan berniaga dalam keadaan serba kekurangan di pasar yang sangat daif itu.
Berikutan keadaan pasar yang serba kekurangan, jumlah pelanggan merosot setelah ramai mereka beralih mengunjungi pasar mini dan kedai runcit yang turut menjual ikan dan sayur dalam persekitaran lebih selesa walaupun harga jualan lebih mahal.
Penjual ikan, Abdullah Husin, 44, berkata berikutan ruang niaga yang sangat sempit, peniaga terpaksa meletak tong ikan hingga ke luar pasar walaupun sedar tindakan itu menyukarkan pengunjung untuk meletak kenderaan.
“Pelanggan sering merungut tiada ruang parkir dan mereka tiada pilihan, selain meletakkannya di bahu jalan untuk membeli bahan makanan segar di pasar ini,” katanya.
Rakannya, Ramli Salleh, 48, berkata semakin hari pendapatan peniaga merosot teruk apabila jumlah pelanggan ke kawasan itu semakin berkurangan.
“Jarak antara petak niaga yang terlalu dekat menyebabkan pelanggan enggan datang ke petak niaga di bahagian tengah kerana bimbang terkena percikan air ikan.
“Keadaan longkang yang tidak sempurna menyebabkan kawasan pasar busuk kerana air buangan tidak dapat mengalir dengan sempurna.
“Kami sendiri tidak selesa dengan bau busuk apatah lagi pelanggan,” katanya yang sudah berniaga ikan sejak 15 tahun yang lalu.
Peniaga sayur, Sulaiman Ariffin, 37, berkata ketiadaan penghadang dan saluran air di bumbung yang berlubang memaksa peniaga meninggalkan gerai ketika hujan.
“Kekurangan kemudahan dan prasarana yang terabai di pasar ini menyebabkan pengunjung berkurangan hinggakan sebahagian peniaga sayur terpaksa menutup perniagaan kerana pendapatan yang tidak menentu,” katanya.
Seorang pengunjung, Mastura Hamzah, 38, berkata penduduk di bandar ini sudah lama menantikan sebuah pasar awam yang lengkap dengan kemudahan asas yang selesa, seiring dengan kemajuan negara.
“Walaupun pihak berkuasa menyediakan tandas, ia tidak dapat digunakan kerana sudah tersumbat dengan sampah sarap dan satu dikunci,” katanya yang mengakui terpaksa datang ke pasar itu kerana tiada pilihan untuk membeli bahan makanan segar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata masalah ketiadaan ruang parkir, laluan antara ruang niaga yang sempit, longkang tersumbat dan pelbagai kekurangan lain yang terpaksa ditanggung orang ramai dan peniaga di pasar itu akan selesai tidak lama lagi.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, yang turut berkunjung ke tapak pasar baru dalam lawatan sehari beliau ke daerah ini baru-baru ini sudah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan daerah Dungun untuk memastikan bangunan pasar baru itu disiapkan menjelang hujung Jun ini.
Sumber : http://daruliman.wordpress.com/2010/05/06/pasar-paka-kotor-busuk/
1 ulasan:
Mengikut cerita ibu, pada satu malam
abang memandu kereta dari kl menuju ke jb ikut
jalan lama -bukan plus highway.
Di tengah jalan, ibu merasa tak sedap -nak mula
semput. Jadi abang pun berhentikanlah kereta di tepi jalan antara
Seremban dan Rembau. Jadi ibu pun keluar dari kereta -makan ubat
dan ambil angin untuk melepaskan semputnya. Di luar kereta dia
nampak di dalam kegelapan yang di sinari dari cahaya bulan yang malap dilindungi awan, satu lembaga sebesar bukit menyeberangi jalan raya. Bukan itu
saja ibu dengar lembaga berkata kata di dalam base melayu lama lebih kurang macam ini-
'......janganlah kau risau pasal penyakit anak sulung kamu, Anak kamu dibuat
orang.[ Rambut saya tegak menaip
kata kata ini.] Semuanya akan
kembali baik...' Pada masa itu abang menerima tekanan mental akibat
kononya buatan pompuan yang nakkan dia kawin dengan abang long.
Selepas semput ibu reda dan lembaga telah menyeberangi jalan, ibu teruskan
perjalanan ke jb. Kesudahannya abang long pulih , kawin dan beranak pinak.
sekian
Catat Ulasan