Adakah hantu atau jin atau makhluk halus atau syaitan, juga adalah faktor penyebab kemalangan di Malaysia ? Mohonlah perlindungan daripada Allah, kerana semua makhluk yang disebut tadi tiada ada kuasa sedikit pun melainkan dengan izin Allah, dan sesungguhnya Allah ada Maha Berkuasa.
*******************************
Isteri dakwa nampak objek hitam sebelum kemalangan
Utusan Malaysia 14 Sep 2010
TAMPIN 13 Sept. - Isteri kepada anggota polis yang maut bersama anaknya dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pedas hari ini berkata, dia dan suaminya ternampak satu objek hitam berada di laluan kanan lebuh raya itu sebelum kereta dinaiki mereka merempuh objek tersebut.
Rashidah Abdul Samad, 37, memberitahu, dia juga sempat terdengar suaminya menjerit dan berkata, "apa tu?" sebelum kereta Proton Waja yang dinaiki mereka sekeluarga merempuh sebuah lori yang dipercayai rosak dan berhenti di lorong paling laju lebuh raya.
"Sebaik sahaja merempuh objek itu, kereta kami berpusing beberapa kali," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tampin di sini hari ini,
Dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 237.3 lebuh raya itu, suaminya, Koperal Rubaie Abdul Rahman, 41, dan anak sulung mereka, Nur Azira, 15 terbunuh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari rumah di Ijok, Kuala Selangor menghala ke Bukit Gambir di Muar, Johor untuk menghadiri majlis tahlil arwah bapa Rubaie.
Menceritakan kejadian itu, Rashidah berkata, mereka sekeluarga bertolak dari rumah kira-kira pukul 5.15 pagi untuk pulang ke kampung.
Tambahnya, sebaik sahaja ternampak objek itu, dia tidak dapat mengecam berikutan keadaan lebuh raya yang gelap.
"Beberapa saat selepas kemalangan, suami saya terkulai layu di bahu saya manakala anak-anak yang lain pula menangis meminta pertolongan,"
"Kami pulang ke kampung untuk menghadiri majlis tahlil sempena 100 hari kematian bapa Rubaie pada malam ini tetapi saya tidak sangka suami dan anak saya akan pergi meninggalkan kami," katanya dalam nada sayu.
Rashidah berkata, dia dan dua anaknya yang terselamat dalam kejadian dikeluarkan dari kereta yang remuk oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke hospital.
Menurutnya lagi, hatinya hancur luluh seperti mahu terhenti nafas sebaik sahaja dimaklumkan oleh orang ramai bahawa suami dan anak sulungnya meninggal dunia dalam kejadian itu.
Katanya, arwah suaminya yang bertugas di Pondok Polis Ijok itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini namun Nur Azira sejak beberapa minggu lalu rajin membantunya di dapur.
"Beberapa minggu sebelum hari raya, dia rajin mengemas rumah dan membantu saya membuat kuih raya untuk menyambut Syawal," jelasnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm
3 ulasan:
Salam
Saya sudah beberapa kali mengalami saat cemas begini kerana saya selau memlakukan perjalanan jarak jauh.
Petuanya satu saja sentiasa "Berzikir" semasa memandu!
Insya Allah kalau belum Allah tetapkan ajal, kita selamat.
Wasalam baca doa tu subhanallazi sakhoronalana haza wama kunna lahu mukrinin wa inna ila rabbina lamunqalibun.....
kena tahu juga maknanya
maha suci tuhan yang memudahkan perjalanan kami dgn kenderaan ini tidaklah kami terdaya untuk mengawalnya dan sesungguhnya kepada tuhan kami kembali
pastikan masuk waktu sembahyang teruskan sembahyang walaupun dalam musafir
banyakkan baca mathurat peningglan harta pusaka junjugan besar nabi kita Sayyidina Muhammad Sollahulaihi wassalam
Saya selalu mengamalkan bacaan "ayat qursi" sebaik sahaja apabila kami sekeluarga berada didalam kereta sebelum bertolak kemana mana destinasi,terutama perjalanan jauh.selepas itu kami berdoa agar Allah s.w.t melindungi perjalanan kami dan harta benda yang kami tinggalkan.
Perjalanan kami selepas itu menjadi lancar,mudah dan tiada apa2 masaalah.
Cubalah,insyaalah Allah itu Maha Berkuasa memberi kita pembantu.
Catat Ulasan