Semakin banyak pekan-pekan koboi di Malaysia ini, macam cendawan. Macamana pun tahniahlah kepada pihak berkuasa yang mula mengambil tindakan menangkap koboi-koboi ni, terutama koboi yang belum baligh atau tak cukup umur lagi ni. Harap ianya dapat diperluaskan penangkapan koboi-koboi liar ini di pekan dan bandar seluruh Malaysia.
Artikel sebelum ini bertajuk Malaysia dah jadi negara KOBOI di
http://waghih.blogspot.com/2010/04/malaysia-dah-jadi-negara-koboi.html
************************
Pekan koboi diserbu polis
Harian Metro 17 Sep 2010
SUBANG JAYA: Enam pelajar berusia 14 hingga 17 tahun antara yang ditahan polis trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam operasi sekatan jalan raya di Puchong Prima, di sini, pagi semalam.
Operasi bermula kira-kira jam 10.30 pagi itu menyaksikan semua pelajar terbabit menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen. Selain itu, dalam operasi sama, sebanyak 64 saman dikeluarkan membabitkan 22 kes tidak memakai topi keledar dan 42 kes bagi kesalahan lain.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor turut turun padang memberikan 40 topi keledar percuma kepada penunggang diketuai Pengarahnya, Nor Laily Zakaria bersama tiga petugas.
Pegawai Penguat Kuasa Trafik IPK Selangor, Asisten Superintendan Hambazi Abdul Rahman berkata, sasaran utama operasi adalah untuk mengesan penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar di kawasan berkenaan.
Katanya, dakwaan orang ramai sebelum ini mengatakan kawasan terbabit seperti ‘pekan koboi’ berasas kerana kebanyakan penunggang di kawasan itu seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan mereka sehingga memaksa penguat kuasa melakukan tindakan terhadap pesalah jalan raya bagi menyedarkan mereka.
“Hasil sekatan yang dilakukan juga mendapati ibu bapa tidak mengenakan topi keledar kepada anak kecil, malah bilangan yang membonceng juga terlalu ramai.
“Satu tabiat yang tidak baik dilihat adalah ada yang membawa topi keledar, tetapi hanya meletakkannya di dalam raga motosikal saja,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pekankoboi__8217_diserbupolis/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan