Orang Melayu semakin hilang arah tuju, hilang pedoman, hilang iman. 3 juta rakyat Malaysia hadapi masalah mental dengan 50,000 cubaan bunuh diri setiap tahun di Malaysia, sumber http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html . Apa ke tidaknya berita akhbar dan TV saban hari kurang memaparkan keinsafan dan semangat persaudaraan, hanya menanamkan rasa tamak, nafsu makan, nafsu berbelanja dan hiburan, rasa prasangka dan kebencian.
Pagi murung, malam mati
Harian Metro 1 Sep 2010.
PASIR PUTEH: “Ketika hampir waktu berbuka, semua ahli keluarga masih menunggunya balik namun sehingga selepas berbuka saya rasa tidak sedap hati lalu terus mencarinya dan menemuinya dalam keadaan tergantung di rumah bapa saudaranya,” kata xxxxx, 73, bapa kepada xxxxx, 31, yang ditemui tergantung dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Belah dekat Gaal, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pemuda terbabit ditemui bapanya dalam keadaan tergantung dengan tali pengikat lembu diikat pada alang rumah dalam sebuah bilik rumah bapa saudaranya terletak bersebelahan rumah keluarga di kampung terbabit.
Menurut xxxxx, sebelum kejadian, anaknya ceria dan sempat membantunya di ladang serai pada sebelah petang. Bagaimanapun katanya, pagi sebelum itu anaknya dilihat murung dan berbaring di beranda rumah bapa saudaranya itu.
“Pagi tadi (kelmarin) saya ada tanya dia kenapa tidak balik ke rumah, sebab kebiasaannya setiap pagi dan petang dia mesti balik untuk mandi dan kadang-kadang menolong ibunya di rumah.
“Arwah sangat ceria sebelum ini, tetapi saya pelik pagi tadi dia murung dan sebelah petangnya pula dia ke ladang membantu saya memunggah serai untuk dipasarkan di pasar tani,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
xxxxxx berkata, selepas menolong di ladang serai, dia sempat berpesan kepada anaknya supaya pulang awal membantu ibunya.
Katanya, anaknya itu tidak kelihatan apabila mereka sedang bersiap untuk berbuka puasa sehingga selepas itu dia mula berasa tidak sedap hati.
“Selalunya apabila tiba masa untuk berbuka puasa dia akan balik, namun semalam saya pelik kerana tidak balik sehinggalah dia dijumpai mati tergantung,” katanya.
xxxxx berkata, beberapa hari sebelum itu arwah sempat meminta duit dengannya untuk beli baju serta peralatan lain sebagai persiapan awal menyambut raya.
“Saya memintanya bersabar kerana masih belum mendapat kutipan hasil serai daripada peraih,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pagimurung_malammati/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan