Teringat kisah masa di US lebih 20 tahun lalu, di sebuah pekan universiti di bahagian Midwest. Umat Islam di sana pada mulanya tiada masjid apatah lagi surau untuk mengadakan solat jemaah apatah lagi solat Jumaat. Mulanya pihak universiti benarkan guna bilik kuliah untuk dijadikan tempat solat Jumaat sahaja.
Pernah saya kena turn jadi khatib untuk khutbah Jumaat di bilik kuliah universiti.
Sembahyang raya pula buat di padang permainan atau padang rekreasi awam di pekan tersebut.
Lepas tu umat Islam di sana menyewa rumah untuk dijadikan surau/masjid juga pusat Islam. Pernah sekali kami menyewa sebuah bilik dalam bangunan gereja untuk dijadikan masjid dan tempat solat Jumaat selama beberapa bulan. Bilik dalam bangunan gereja ini boleh masuk melalui pintu lain tanpa lalu ruang dalam gereja.
Tapi ada kalanya pada musim sejuk, sebab sejuk sangat, kami lalu saja ruang dalam gereja. Tak ada apa-apa masalah antara pihak gereja dan umat Islam ketika itu.
Akhir sekali umat Islam di sana berjaya membeli sebuah rumah untuk dijadikan masjid.
Kini saya diberitahu rumah tersebut dijadikan Pusat Islam manakala terdapat sebuah masjid baru di pekan tersebut.
Tak ada pula prasangka agama ketika itu, elok saja pergaulan antara Islam dan bukan Islam.
Antara aktiviti yang menarik ketika itu ialah mengajar ilmu Islam dan Al Quran kepada banduan-banduan di penjara di sana yang kebanyakannya Afro American. Mereka begitu berminat untuk mendalami ilmu Islam , tetapi tidak ramai sukarelawan yang istikamah untuk ziarah dan mengajar mereka.
Islam itu indah, indahnya Islam.
Rugilah mereka yang tidak menyebarkan risalah Islam apatah lagi mengamalkannya.
Rugilah mereka yang Islam hanya pada nama.
Mungkin sahabat saya Mohd Nasir Awang di Terengganu ingat lagi kisah nostalgia di atas.
1 ulasan:
All pizza places of USA http://pizza-us.com/alabama/Birmingham/Rookies%20Pizzeria/35235/
Find your best pizza.
Catat Ulasan