KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100804

Rayuan baiki surau uzur dimakan anai anai


Di sini saya menyeru kepada semua yang prihatin untuk membantu membaiki surau yang teramat uzur di Negeri Sembilan ini agar bersama kita membantu mengikut kemampuan masing-masing. Terutama sekali mereka yang berada di sekitar Kg Semerbok atau Kota atau Rembau atau Negeri Sembilan, Malaysia dan seluruh dunia.

Saya ingatkan masalah surau daif uzur ni dah mendapat perhatian sebab sudah pun disiarkan dalam akhbar pada 1 Disember 2009, tapi nampaknya semua pihak termasuk diri saya sendiri terlepas pandang apabila sekali lagi disiarkan pada 4 Ogos 2010.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah berhubung terus dengan pihak Surau Kuala Merbok, Kota, Rembau, N.Sembilan.

InsyaAllah saya sendiri akan cuba mendapatkan beberapa rakan untuk membantu samada menghulurkan bantuan kewangan atau mendapatkan khidmat kontraktor untuk membaiki surau berkenaan.

Mereka yang ingin menyumbang melalui saya bolehlah dimasukkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : Rozmal bin Malakan
No akaun : 155126945930 Maybank

Sekiranya menyumbang melalui akaun saya , sila SMS ke no tel saya 012-2267406 atau e-mel rozmal@yahoo.com nyatakan seperti berikut Contoh : RM 30 SURAU MERBOK

Semoga sumbangan kita semua diterima Allah.

******************************
Surau usang perlu segera baik pulih
Sinar Harian 4 Ogos 2010

SEMERBOK - Penduduk di sini bimbang keadaan surau yang semakin usang dan perlu segera dibaik pulih bagi membolehkan aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih selesa.

Pengerusi Surau Kuala Merbok, Rosli Yasin, 54, berkata, surau terbabit sudah menjangkau lebih 30 tahun dan mengalami banyak kerosakan kerana dibuat daripada papan.

Tiada ulasan: