KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100822

Kalau nak buang bayi , hantar ke N.Sembilan


Isu pembuangan bayi banyak berpunca dari zina, sumbang mahram atau rogol. Melaka telah bertindak dengan tubuh sekolah untuk asingkan pelajar terhamil, kahwinkan remaja yang tak boleh kawal nafsu dan beri insentif perkahwinan. Kelantan menegaskan perlu dilaksanakan hukum hudud. Negeri lain macamana ? Kita perlukan tindakan, bukan setakat mengkritik apa yang negeri lain buat.

Negeri Sembilan pun dah mula bertindak, tapi bukan kerajaan. Hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang terhad sumber kewangan dan tenaga manusia dan diterajui oleh seorang saudara baru atau mualaf.

Pertubuhan tersebut ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) yang beribu pejabat di Kuala Pilah. Kepada mereka yang hendak buang bayi sila hubungi YKSNS dengan Motto mereka JANGAN BUANG BAYI ANDA, BERIKAN KEPADA KAMI

Untuk maklumat lanjut hubungi talian YKSNS di 06-4810092 Email: maayks@gmail.com

Atau pada pautan berikut http://yksn9.blogspot.com/2010/08/jangan-buang-bayi-anda-berikan-kepada.html

Friday, August 20, 2010
Jangan buang bayi anda, berikan kepada kami !

YKSNS memahami tekanan perasaan yang dialami oleh gadis-gadis remaja belasan tahun yang keterlanjuran disebabkan pergaulan bebas pada usia remaja lalu disebabkan kebuntuan dan untuk menutup malu mereka bertindak di luar batas kemanusiaan dengan cuba melakukan tindakan membuang anak ataupun bayi yang baru dilahirkan.

YKSNS boleh merasakan penderitaan dan tekanan yang dialami oleh remaja sehingga bertindak begitu. Kami boleh merasakan bagi tersiksa mereka menanggung malu sehingga sanggup dan tergamak melakukan perbuatan kejam membuang anak yang menurut pemikiran orang biasa sesuatu yang luar biasa dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi pada masa yang sama tiada pula membuka dan menyediakan ruang taubat dan kembali ke pangkal jalan.

YKSNS ingin menyeru kepada remaja yang terperangkap dalam situasi seumpama ini agar kembali tenangkan diri dan yakin pada Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Bagi Allah swt walau sebanyak lautan buih dosa kita pun, bagi Tuhan Yang Pemurah dan Lagi Penyayng tiada keberatan walau sebiji sawi untuk menerima taubat dan membersihkan dosa noda kita.

Remaja yang kebuntuan,

Kembali tenang, kuatkan semangat, rasakan cinta dan sayang Allah swt kepada makhluk manusia sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya hubungilah kami. Kami mempunyai kemudahan penginapan dan pengalaman menguruskan isu seperti ini daripada penjagaan sewaktu mengandung sehinggalah bersalin dan kami juga bersedia untuk memikul amanah untuk membesarkan anak-anak yang tidak bersalah dan tidak berdosa itu jika tidak diperlukan. Ingat anak tersebut tidak minta dilahirkan begitu dan dibiarkan mati dalam tong sampah - pilu rasa hati apa bila melihat martabat manusia dipersiakan sehingga ke tong sampah.

Hubungi kami...
Kami bersedia membantu...
Kembalilah ke pangkal jalan...
Jangan terus bergelumang dengan dosa dan noda
Ingatlah pada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tiada ulasan: