KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100820

Haramkan mercun, remaja kita lagi kreatif

Tak tahulah apa nak jadi generasi kita ni. Kecik kecik sekolah rendah dah hisap rokok, pergi kafe siber tengok laman web lucah, melepak, merempit, wheelie. Sekarang ni nak raya sibuk dengan mercun. Mercun ni bukan budaya Islam, tapi Melayu je yang lebih-lebih. Diharamkan mercun, polis dan kastam buat operasi, remaja kita selamba je senyum.

Mereka lagi kreatif , lagi inovatif. Remaja sekarang tak main lagi dah meriam buluh, tak main lagi dah carbide-carbide ni. MEREKA GUNA TIN CAT SEMBUR (SPRAY CAN) yang mudah didapati di kedai-kedai.

Bunyinya kalah mercun padi, bunyinya macam meriam buluh, lagi mudah untuk dibakar, sambil jalan kaki boleh bakar.

Entah daripada mana mereka belajar tak tahulah. Mungkin dari internet agaknya.

2-3 malam lepas saya perhatikan budak-budak main di kawasan taman perumahan. Mereka macam seronok je. Tapi kalau api dari tin cat tadi menyembur atau meletup tin cat tadi , mungkin mendatangkan kecederaan yang parah.

Jadi perhati-perhatikan kalau remaja beli tin cat ni jenis spray can ini. Kalau tak dengar nasihat remaja kita , elakkan anak-anak kita berada dalam kumpulan yang bermain mercun menggunakan spray can.

Polis dan kastam takkan nak buat rampasan tin cat, ianya bukannya bahan larangan.

Macam-macam benda pelik berlaku di Malaysia sekarang.

Tiada ulasan: