Sekarang ini semua pihak dilihat ingin menjadi Juara Rakyat untuk membela nasib rakyat yang tertindas dalam isu Saman Ekor. Mula-mula PAS , lepas tu UMNO. Sebenarnya PAS dan UMNO bukanlah Hero Saman Ekor. Rakyat ialah Hero isu Saman Ekor. Dan rakyat yang mula mengutarakan isu saman ekor ini ialah yang bernama Teropong Rusia dari Perlis yang menulis dalam Utusan Malaysia pada 12 Jun 2010
Luahan hati Teropong Rusia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/06/haramkan-saman-ekor-pdrm.html
Isu Saman Ekor ini telah mendedahkan kelemahan semua pihak dari parti politik termasuk PAS dan UMNO, Polis dan JPJ. Kenderaan yang tidak membayar saman ekor disenaraihitamkan sejak April 2010.
Cik Abang hoi, sekarang dah Ogos 2010. Dah 5 bulan. Dah berapa bulan rakyat yang disenaraihitam terpaksa korek tabung, keluar wang simpanan, pinjam sana sini, untuk bayar saman ekor. Hidup road tax Kancil baru RM 10 untuk 6 bulan, bayar insuran RM 400, saman ekor sampai RM 2000 , RM 3000 apa cerita.
Dah lebih 5 bulan mereka ini merana, bukan 5 hari. Baru sekarang PAS, UMNO, Polis, JPJ, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri terhegeh-hegeh nak mesyuarat, nak bawa ke mahkamah, nak bela rakyat ?
Tolonglah, perhatikan di jalanraya, berapa ramai remaja bawah umur termasuk yang sekolah rendah bawa motosikal dan kereta tanpa lesen. Berapa banyak motosikal yang tak ada lampu depan dan belakang waktu malam pun. Berapa ramai yang tak pakai topi keledar, pakai pun tak ikat.
Tak pelik ke, ambil lesen kereta dan motosikal bukan main susah dan mahal, Tapi rakyat nak negara maju ini, budaya masih tak maju. Buang sampah dari kereta dan motosikal perkara biasa , termasuk yang pakai kereta mewah.
Janganlah sesiapa nak jadi Juara kerana isu Saman Ekor telah mendedahkan kelemahan bangsa kita di Malaysia tak kira Melayu ke , Cina ke , India ke, kurang budaya cemerlang di jalanraya.
Hero sebenar saman ekor ialah orang seperti Teropong Rusia dari Perlis yang mula-mula mengutarakan masalah rakyat ini, tapi tiada siapa yang ambil peduli ketika itu.
1 ulasan:
Salam...
Awak pun, apa awak buat ketika isu dsaman ekor bermaharajalela.
Walaupun terlambat sekurang kurangnya ada juga tindakan yang akhirnya kerajaan akur dan menangguhkan keputusan.
Inilah manusia... tak bangkit lawan pun salah... bila dah bangkit lawan pun salah..
Kenapa sejak lima bulan lalu awak tak mengetuai penubuhan jawatankuasa menangani isu ni.
Takkan hanya harapkan juadual kuliah je kat tempat awak tu..
Hargailah perjuangan dan penat lelah orang lain. Jangan jadi macam dua tiga ekor budak budak JIM/IKRAM kat tempat aku ni.
Kita orang orang PAS bertungkus lumus membantu dia untuk tubuh sekolah. Alih alih bila dah tubuh sekolah dan berjaya dengan kerja keras ahli pas, tiba tiba dia hentam PAS balik, kononnya tak mampu nak buat sekolah macam mana nak memerintah. Apa nii??? Patutnya kita bantu membantu dan saling lengkap melengkapi...
Belajarlah hargai orang..
Catat Ulasan