Salah satu perkara untuk mempastikan keuntungan syarikat perkilangan untuk ialah mensasarkan Zero Defect atau tiada langsung kecacatan dalam produk yang dikeluarkan. Kadangkala ianya sukar dicapai, macamana pun saban tahun ianya ke arah Zero Defect. Saman Ekor katanya untuk mendidik pengguna jalanraya. Maka kerajaan harus mensasarkan Zero Saman Ekor.
Saban tahun kes saman ekor sepatutnya berkurangan untuk menggambarkan pengguna jalanraya di Malaysia ini berhemah dan membuktikan Saman Ekor memang memberi pengajaran kepada pengguna jalanraya.
Kalau saban tahun hasil saman ekor meningkat secara tidak langsung ianya membuktikan sendiri sistem saman ekor gagal mendidik pengguna, sebaliknya sekadar menambah pendapatan kerajaan melalui saman ekor.
Apakah sasaran saman ekor untuk tahun 2010, 2011, 2012 hingga ke arah negara maju tahun 2020 ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan