KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100822

Industri Nuklear, Toskik dan Bahaya di N.Sembilan



Apakah Negeri Sembilan akan memajukan sektor pelancongan dalam industri toksik dan berbahaya ? Pendedahan dalam Blog Ahli Parlimen Telok Kemang YB Dato Kamarul Baharin Abbas mengenai kemungkinan akan dibina loji tenaga nuklear pertama negara di Port Dickson harus diambil perhatian serius oleh semua pihak khususnya rakyat Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan sekarang ini menempatkan beberapa industri yang berisiko tinggi kepada nyawa, kesihatan rakyat dan pencemaran alam sekitar jika ianya tidak diuruskan dengan sempurna mengikut piawaian kesihatan, keselamatan dan alam sekitar yang ditetapkan.

Negeri Sembilan sebelum ini adalah merupakan pusat penternakan babi yang terbesar di rantau ini, namun disebabkan oleh nyamuk industri ini hampir lumpuh di Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan pula sekarang ini menempatkan Pusat Pembuangan Sisa Toksik Berbahaya dari seluruh negara di Bukit Nanas, juga tidak jauh dari Port Dickson yang diuruskan oleh Kualiti Alam.

Negeri Sembilan tidak lama lagi akan beroperasi kilang Coca Cola juga yang terbesar di rantau ini , yang didakwa mendatangkan kesan alam sekitar yang serius, pencemaran tanah oleh sisa buangan kilang terutama logam berat kadmium serta merosotnya sumber air di beberapa negara lain seperti di India.

Negeri Sembilan juga ada janakuasa tenaga elektrik menggunakan arang batu sebagai bahan bakar, dimana ianya juga memberi kesan kepada alam sekitar, juga di Port Dickson.

Dan sekarang heboh diperkatakan Tasik Bukit Kepong di Port Dickson empangannya telah dirobohkan, air tasiknya kering, habitat musnah kemungkinan akan didirikan loji tenaga nuklear.

Pihak berkaitan terutama pimpinan kerajaan negeri dan pusat harus memberi penerangan kepada umum apakah benar berita tersebut ?

Apakah nilai hartanah di Negeri Sembilan akan menurun akibat dari adanya industri-industri yang berbahaya, toksik dan berisiko tinggi ini ?

Apakah rakyat prihatin apa pelan kecemasan yang harus mereka ambil sekiranya berlaku malapetaka berkaitan dengan industri di atas ?

Semua industri di atas memberikan peluang pekerjaan, tapi apakah risikonya ?

****************************
Rakyat N.Sembilan Bakal Berdepan Bom Jangka ? (Dari Blog Ahli Parlimen Telok Kemang di
http://telokkemang.blogspot.com/2010/08/rakyat-negeri-sembilan-bakal-berdepan.html )

Kilang Coca Cola , apa akibatnya
http://waghih.blogspot.com/2010/04/kilang-coca-cola-apa-akibatnya.html

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa semuanya yang bahaya nak dilonggokkan di Negeri Sembilan?
Sebaiknya loji tenaga nuklear yang nak wujud tu dibina di Putrajaya.
Barulah adil.

Tanpa Nama berkata...

apalak merepek ni. kerajaan negeri pun tak tau ada logi nuklear nak di bina kat sini.macam mana si yb tu tau lak. dah lah tak buat keja kat p.d tu.belajarlah buat kenyataan yang benar. sesungguh allah tahu apa yang yang kamu buat.saya rasa saya lagi tau pada yb tu apa kerajaan negeri nak buat.saya bagitau sikit je ok. nanti ada highway akan dibuat antara kelang dan port dickson, pusat perdagangan antarabangsa, pelabuhan bebas cukai, p.d tu nak dibangunkan macam gold coast,nak di buat taman laut dan macam-macam lagi sebob den dah tengok plan dio.tak de rugi nye orang p.d.