KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100815

Bencana Petir Kilat melanda Malaysia

Malaysia adalah salah satu negara tertinggi di dunia yang banyak mengalami kejadian petir dan kilat. Bencana alam, fenomena alam semulajadi, semuanya adalah ketentuan Allah. MALANGNYA rakyat Malaysia tidak peka akan betapa tingginya risiko dipanah petir. Kita lebih banyak leka dengan hiburan, juadah berbuka puasa, sambutan hari raya. Sila ke pautan berikut untuk mengetahui berapa banyak Malaysia dipanah petir dan berapa ramai yang mati akibat panahan petir http://kilatmalaysia.blogspot.com/

*******************************
Rumah posmen hangus dipanah petir
Utusan Malaysia 15 Ogos 2010



SAIPOLBAHARI Suib (kiri) mententeramkan Mohd. Zahri Abdul Kadir Jelani yang kesedihan apabila rumahnya musnah dalam kebakaran di Batu 18 Air Hitam, Muar, Johor, kelmarin.

-------------------------------------------------------------------

MUAR 14 Ogos - Ketika umat Islam yang lain ceria meraikan waktu berbuka puasa, sebuah keluarga di Batu 18 Air Hitam di sini menangis kehibaan apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada petir.

Dalam kejadian pada waktu hujan lebat kira-kira pukul 4.30 petang itu, rumah milik seorang posmen, Mohd. Zahri Abdul Kadir Jelani, 39, musnah sama sekali selain sebuah kereta Proton Iswara dan dua motosikal turut rentung.

Kejadian tersebut bagaimanapun menyaksikan tiada mangsa yang tercedera kerana Mohd. Zahri serta isterinya, Normaizah Ismail, 37, dan tiga orang anak mereka tiada di rumah ketika kebakaran tersebut berlaku.

Pegawai Bomba Kanan Dua, Shafie Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.47 petang dan mengejarkan tiga jentera bomba ke tempat kejadian.

"Sebaik sahaja kami tiba bersama kekuatan 15 anggota, rumah mangsa telah habis terbakar beserta dengan sebuah kereta dan dua motosikal.

"Siasatan awal mendapati kebakaran ini mungkin dicetuskan oleh petir yang mengakibatkan percikan api sebelum ia merebak membakar rumah ini," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini semalam.

Sementara itu, ayah mangsa, Abdul Kadir Jelani Mustakim, 65, berkata, walaupun sedih dia tetap bersyukur kerana anak menantu serta cucu-cucunya terselamat.

Katanya, semasa kejadian tersebut, anak serta menantunya berada di tempat kerja manakala dua cucunya berada di sekolah sementara seorang lagi cucunya yang berusia 4 tahun berada bersamanya.

"Sebelum itu, saya mendengar bunyi dentuman guruh yang kuat dan saya terkejut apabila mendengar orang menjerit mengatakan rumah terbakar. Rupa-rupanya rumah yang terbakar itu rumah anak saya sendiri," katanya yang tinggal bersebelahan rumah anaknya.

Hadir bagi mententeramkan Mohd. Zahri yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Batu 18 Air Hitam adalah Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahari Suib.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

Tiada ulasan: