KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100810

Mandi wajib tak sah kalau berdiri saja

Maaf sekiranya artikel saya sebelum ini mengenai Mandi Wajib Tak Sah Kalau Berdiri mengelirukan banyak pihak. Apa yang Ustaz Dato Hj Arshad , Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan kata dalam Kuliah Feqah itulah apa yang saya katakan. Nak saya terangkan secara terperinci agak lucah bunyinya, tapi dalam kuliah agama bab feqah (Pendidikan Seks Islam) itulah yang diajar.

Artikel sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2010/08/islam-dah-lama-ajar-seks-mandi-wajib.html

Jadi saya cubalah cari dalam internet. Rupanya dalam internet tak banyak yang membicarakan perkara ini dengan terperinci.

Akhirnya saya jumpa artikel dari kerajaan Negeri Melaka (Melaka lagi yang ke depan dalam isu seks menurut Islam ni) jumpalah ayat Mencangkung.

Jadi bacalah sendiri pada Portal ini diselenggarakan di bawah Program e-Masjid Anjuran Kerajaan Negeri Melaka mengenai cara mandi wajib di http://www.al-azim.com/~sungairambai/niat.html

Kita membicarakan masalah politik Islam, ilmuwan Islam, saintis Islam, tapi lupa pasal isu mandi wajib. Sedangkan isu mandi wajib ni orang-orang tua di kampung lebih tahu.

Macamana doa nak makbul kalau mandi wajib tak kena caranya.

Tiada ulasan: