KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100807

SAMAN EKOR KETERLALUAN

Utusan Malaysia 7 Ogos 2010

SEBAGAI rakyat Malaysia, saya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai kenapa saman ekor tidak relevan untuk rakyat Malaysia. Ini kerana rakyat negara ini rata-ratanya berpendapatan rendah dan terpaksa membayar macam-macam perkara seperti sewa rumah dan sebagainya. Saya ingin menekankan bahawa saman ekor hanyalah dibuat untuk pemandu yang memandu melebihi had laju.

Tetapi ada pemandu yang teraniaya apabila orang depan yang memandu laju tetapi yang ‘ditembak’ kerana memandu laju adalah pemandu yang di belakang.

Adakah ini adil untuk rakyat yang rata-ratanya hanya memakai kereta yang berkuasa rendah? Mampukan mereka memandu sampai 180 km/j? Bagi saya, pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini perlulah memikirkan inisiatif lain yang boleh mengatasi masalah ini.

IZUDDIN
Air Panas Kuala Lumpur
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Kaji semula saman ekor
Berita Harian 7 Ogos 2010

SAYA menyokong cadangan penambahbaikan atau pemansuhan terus dibuat ke atas saman ekor. Sekiranya hendak diteruskan tanpa membabitkan kegagalan memperbaharui cukai jalan dan insuran sebaliknya dihadapkan ke mahkamah.

Saya fikir mereka lebih rela membayar saman ekor daripada membayar upah peguam. Pendekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jadikan pengajaran disokong bagi menggalakkan pemandu lebih patuh kepada undang-undang.

Bagaimanapun, menyenaraihitamkan kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan dan insuran adalah kurang bijak dan difahamkan ia menyalahi undang-undang. Bagi orang kampung seperti saya RM300 dapat menampung belanja selama sebulan. Saya berharap kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat ‘mendahulukan rakyat’ dalam menangani isu ini.

PENGUNDI BN,
Pekan, Pahang.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajisemulasamanekor/Article

Tiada ulasan: