Nampaknya Bala Gila dan Sakit Mental di Malaysia ini kurang mendapat perhatian. Sebelum ini saya ada menulis artikel betapa serius ini penyakit ini dan ianya boleh menjadi wabak bala baru umpama bom jangka. Kes sembelih anak di Kelantan bukan kes baru dan mungkin bukan yang terakhir.
Artikel saya sebelum ini ada 3 juta pesakit mental dan betapa seriusnya kes sakit mental, gila dan bunuh diri di Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html
Semua pihak harus memainkan peranan terutama media. Media sekarang ini terlalu melalaikan, membuat provokasi penyokong parti untuk membenci antara parti yang lain.
Media terutama TV dan akhbar perlu menyeru orang ramai terutama umat Islam kembali kepada Al Quran sepenuhnya, bukan kembali ke Bazar Ramadan sepenuhnya.
Semarakkan masjid, penuhkan masjid, solat jemaah di masjid sepanjang bulan, bukan bulan Ramadan sahaja.
Sebelum ini Ustaz Zakaria Talib dari Rembau berkata , sekarang in terlalu banyak kekacauan, antara puncanya ialah terlalu banyak sihir dan ilmu hitam. Justeru dia menyeru kepada semua umat Islam banyakkan beramal, banyakkan baca Al Quran, di rumah, di masjid, di surau, di stesen bas ketika menunggu bas dan sebagainya.
Malam tadi pun di Surau Alamanda , Senawang didatangi oleh seorang pemuda Melayu yang tampan dan diri terurus yang belum pernah nampak sebelum ini tapi seperti seorang pesakit mental. Keliling surau, tapi tak sembahyang, kejap petik buah kelapa, bawa keliling surau. Jemaah suruh semua budak-budak masuk surau untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
Saya menghubungi polis. Tidak lama kemudian datang 2 anggota polis menaiki kapcai. Polis tanya pemuda tadi mana IC, ditunjuknya kertas berlipat itu Icnya. Tanya tinggal kejap kata Rahang, kejap kata entah mana. Tanya nama, diberi nama perempuan.
Polis tadi kata susah kes ini, sebab dia tak kacau orang, nak bawa balai pun atas kes apa, nak panggil hospital pun tak boleh sebab dia tak kacau orang. Itu ialah prosedur mereka. Akhirnya polis tadi atas inisiatif dia sendiri bawa pemuda tadi pergi makan.
Nampaknya prosedur polis, kementerian kesihatan dan hospital pun tak jelas dalam kes orang sakit mental ni. Tunggu orang sakit mental tadi bunuh atau sembelih atau hentak kepala budak dan sebagainya baru boleh bawa ke hospital dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan