KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100824

Petai Makruh, Petai Haram, Cempedak Halal


Ayah saya ada sikitlah dusun berhampiran Gunung Datuk, Kg Batang Nyamor, Rembau. Adalah petai 1-2 pokok, cempedak 1-2 pokok, durian beberapa batang. Dusun ni memang ayah jaga, selalu ditebas dan tiada semak.

Hasil dusun dikongsi , tidak dijual. Makan sekeluarga dan dikongsi dengan kera, monyet, tupai dan PENCURI. Baru-baru ni PENCURI ambil semua petai dan cempedak. Sebenarnya banyak PETAI di Rembau ini , kalau pemilik dusun alpa sikit ianya akan dicuri. Yang curi ini orang MELAYU.

Jadi berhati-hatilah kepada mereka yang membeli PETAI di REMBAU, jangan bersubahat dengan PETAI CURI. Petai ni makruh, tapi kalau dah PETAI CURI, Entahlah.

Masalah orang Melayu REMBAU pemalas , hanya suka curi buah orang di dusun ni, rasanya berlaku di mana-mana. Orang MELAYU malas nak usaha kebun, hanya rajin curi hasil kerja titik peluh orang macam ayah saya yang dah berumur 73 tahun, sedangkan pencuri tadi sihat lagi , muda lagi.

PUNCA nak tak tahu kenapa ? SEBABNYA orang Melayu dah tak tahu apa itu Dosa dan Pahala , apa itu Syurga dan Neraka. Masjid-masjid di Rembau dan seluruh Negeri Sembilan ini banyak yang nak mati, yang ada imam tua yang bacaan pun susah nak dengar.

Pengerusi Majils Agama Islam Negeri Sembilan tak risau ke akan ditanya di akhirat nanti apa usaha tuan untuk mengimarahkan masjid di Negeri Sembilan ini. Macamana nak ajak orang kampung ke masjid ajar mengenal dosa dan pahala, syurga dan neraka supaya gejala BALA WABAK mencuri buah di Rembau dan seluruh Negeri Sembilan ini dapat dikurangkan dan agar orang ramai yang beli buah dan petai tepi jalan di Rembau tidak terlibat dalam membeli buah yang ada unsur syubahat ?

Bagi saya mudah, lagi banyak pencuri ini curi buah, lagi banyak boleh tuntut semula di akhirat dari pencuri buah tadi. Tapi kesian juga, pencuri tadi tak kenal dosa dan pahala kerana masjid di Negeri Sembilan makin mati. Kalau boleh nak tengok pencuri tadi insaf dan sama-sama masuk syurga.

Nak harapkan hukum hudud, entah bila akan terlaksana di Malaysia ini.

Kalau yang menentang hukum hudud itu bukan Islam , biasalah. Takkan kita nak suruh orang bukan Islam sokong hukum hudud, lebih baik kita ajak dia masuk Islam.

Apa guna kita bersorak gembira orang bukan Islam sokong hudud, tetapi mereka tidak mendapat hidayah Allah, yang menyebabkan mereka saudara sebapa dengan kita iaitu Nabi Adam tidak mendapat rahmat Allah di akhirat nanti.

Tapi yang peliknya orang Islam yang tak sokong hukum hudud.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam...

Kes yang tuan paparkan ini berlaku juga kepada ibu mertua saya. Seingat saya bermula tahun sudah kami tak merasa petai daripada pokok atas tanah kepunyaan ibu mertua saya tu.

Dulu ada orang yang petikkan petai tu dan ibu mertua saya bahagi dua dengannya...tapi sekarang tidak lagi...

Tiada lagi petai jeruk...kena beli pulak sedangkan ada pokok sendiri.

Yang menyedihkan saya...ahli keluarga mertua sendiri tak berapa kisah dengan hasil petai atas alasan mereka tidak makan petai...

Sebagai orang semenda saya rasa terkilan dengan attitude begitu...kalau dipetik, dijual kepada peraih...boleh juga dapat duit...tapi masing2 buat tak tau je...

Kalau saya yang sibuk2 nanti ada pulak yang pandang serong dengan saya...

So no wonder la kalau saya lalu sepanjang Sg Layang banyak petai dijual...saya juga mempunyai instict petai yang bebanyak tu bukan hak mereka...mesti dapat daripada sumber-sumber yang tak berapa baik kaedah ia diperolehi.

sedih jugak...orang kita yang suka buat macam tu. Jika tiada kesedaran mungkin penyakit tu akan berjangkit kepada generasi baru.

Kepada ahli keluarga tu...intai-intailah tanah omak tu...

Sodih den, orang yang bangga dengan status anak adat suka mencuri....