KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100801

PORNOGRAFI tak perlu dikawal, Buang Duit dan MASA


Heboh sekarang ini kes buang bayi, seks bebas , rogol , lelaki gila seks. Ianya dikaitkan dengan bahan pornografi di internet. Tak perlulah nak buang masa dan duit nak lantik jururunding untuk kawal bahan pornografi ini. Ianya sebenarnya dah tak terkawal lagi dah. Remaja dan budak-budak sekarang termasuk yang sekolah rendah lagi cepat mengejar teknologi internet dan MMS ni.

Kerajaan terutama JAKIM buatlah pendekatan lain yang lebih praktikal dan mesra.

Antara pendekatan yang mudah dan praktikal ialah :

1. Buat laman web, laman sosial yang interaktif yang menarik golongan muda dan remaja untuk melayari, yang dikemaskini setiap hari. Bukan macam laman web Kementerian Pelajaran, JAKIM, Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam yang langsung tak mesra kepada remaja yang suka main game dan melayari bahan pornografi di internet.

2. Buat pertandingan mudah dan hadiah menarik dalam laman web ini. Nak tak nak mereka akan melayari laman web ini yang menyediakan hadiah setiap hari.

3. Dalam laman web ini berilah kata-kata nasihat yang pendek dan mudah.

4. Yang ini Paling PENTING. Sediakan seberapa banyak khidmat kaunseling secara on-line. Para remaja, terutama gadis perempuan dan wanita ini kesunyian, mereka perlukan bimbingan dan tempat untuk mengadu. Tapi pastikan kaunselor wanita untuk wanita sahaja. Tengok sahaja dalam akhbar , begitu banyak wanita yang mengadu nasib masalah teman lelaki, suami, bekas suami dan lain-lain.

5. YANG INI LAGI PENTING. PERANAN MEDIA. Media perlu hebohkan majlis perkahwinan yang ringkas dengan mas kahwin yang murah. Kalau boleh majlis perkahwinan yang tiada khemah, tiada karaoke, tiada hantaran berdulang-dulang. Barulah remaja Melayu sedar rupanya Islam itu mudah, adat Melayu je yang menyusahkan. Kalau mereka tahu, tak perlulah mereka berzina dan buang bayi. Pergi je pejabat Agama dan akad nikah. Yang wajib Akad Nikah, kenduri TAK WAJIB, HANTARAN TAK WAJIB.

6. Ulang banyak-banyak Cerekarama TV3 tarikh 31 Julai 2010 tajuk TAKDIR rasanya. Keluarga pengantin perempuan minta hantaran RM 50,000.00. Akhir sekali pengantin lelaki kahwin dengan perempuan lain yang beri lelaki RM 50,000.00 , tanpa hantaran dan tanpa Majlis Kenduri Kahwin.

7. YANG INI LAGIIII PENTING. Kesian saya tengok Bung Mukhtar dan Zizie Izette. Mereka ini nak tunjukkan contoh pada ahli politik dan ahli parlimen lain, kalau ada hati dengan artis, kahwin saja. Tapi media pula dah menghukum mereka KESALAHAN BESAR kahwin dua tanpa kebenaran Isteri PERTAMA. Sedangkan KESALAHAN TERLALU Besar kalau BERZINA. JAKIM dan Majlis Fatwa, kajilah balik kebenaran untuk poligami ni. Nak galakkan orang kahwin di THAILAND atau BERZINA ?

8. SEKOLAH IBU TERLANJUR/MENGANDUNG. Sesiapa yang menentang idea ini , tolong bagi pendekatan lain. Kalau remaja yang dah terlanjur ini nak buat apa ? Suruh DIA PONTENG SEKOLAH ? Suruh dia duduk RUMAH Teman Lelaki ? Suruh DIA gugurkan anak ?

Akhir sekali baca balik Khutbah Jumaat JAKIM ini yang banyak cerita mengenai SEKS di http://waghih.blogspot.com/2010/07/khutbah-jumaat-cerita-sex-banyak-syok.html

Tiada ulasan: