KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070626

Ceramah Us Akhil Hayy Masjid Jelebu 15 Julai

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput mengimarahkan program Ceramah Perdana di Masjid Jamek Kuala Klawang

Hari : Ahad
Tarikh : 15 Julai 2007 bersamaan 1 Rejab 1428H
Masa : Selepas solat Isya'
Tempat: Masjid Jamek Kuala Klawang , Jelebu, Negeri Sembilan
Penceramah : Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa
(bekas vokalis Rokcers d'Riyadh,ahli panel program Hijrah Remaja Astro)
Anjuran : Masjid Jamek Kuala Klawang

Sebarang bantuan atau sumbangan untuk menjayakan majlis ini adalah amat-amat dialukan.

Sila hubungi Ustaz Mohd Azmi bin Ismail (Pegawai Hal Ehwal Islam- Imam 1 Masjid Jamek Kuala Klawang)
Tel : 013-3031703 , 017-3793731 atau
E-mel : m_azmi_ajie@hotmail.com

Pusat Pengajian Al Quran Al Qudwah , Senawang

Melahirkan Insan Cintakan Al Quran

P150-2, Jalan Komersil Senawang 1, Taman Komersial Senawang, 70450 Senawang, NS
(Di Taipan, Dataran Senawang, Tingkat Atas bersebelahan dengan Restoran Secret Recipe)

* Kelas Al Quran dan Tajwid - Dewasa
* Kelas Pra Tahfiz Al Quran dan Tajwid – Umum
* Kelas Al Quran, Qiraati, Tajwid dan Fardhu Ain – Kanak-kanak
* Kelas Qiraati dan Pra Fardhu Ain – Kanak-kanak 4-5 tahun

3 SESSI :
Pagi : 8:30 pagi – 10:30 pagi
Petang : 3:00 petang – 5:00 petang
Malam : 8:00 malam – 9:30 malam

Untuk pendaftaran atau pertanyaan sila hubungi :
Ustaz Muhd Anas Al Hafiz 012-6670927
Ustazah Maizatul 012-6417664 / 019-2675911
Ustazah Huzaifah Al Hafiz 012-6701603 / 019-2109737

Terapi Medan Elektrik Kini di Taman Kobena, Senawang

Mesin Kesihatan Pelbagai Penyakit - TERAPI MEDAN ELEKTRIK – BIOS 9000

Kadar Rawatan RM 3 setengah jam , RM 5 satu jam

Hubungi :
Raja Mafuzi Raja Mansor / Puan Rosiah Husin
Tel : 013-6726140 , 06-6776662
54, Jalan Ros Merah 1, Taman Kobena, Senawang, 70450 Senawang
(Rumah ke 2 dari hujung tapak pasar malam Taman Kobena, menghadap Taman Widuri)

http://itolator.co.jp/english/products/cat05.html
BIOS-9000 is a high-voltage electric field therapy unit that stimulates the entire body with a maximum voltage of 9000 V (peak value).
The unit is used primarily to treat headache, muscle pain, insomnia, chronic constipation, and lumbago.

- Therapy can be administered in any posture
Since a mattress electrode is used for the administraion of therapy, you can lie on a bed or sit in a chair and relax while receiving treatment.
- Easy to use
The output level, a timer, and whole-body/local treatment can be set using a simple, one-touch button.
- Three selectable output levels :
3000V, 6000V, and 9000V
- Three treatment programs
Three stimulation programs can be selected. The ooutput changes evey minute to prevent the body from accomodation to the stimulation, resulting in more effective treatment.
- Local treatment
The unit allows not only treatment of the entire body through the use of a mattress electrode, but also local treatment through the use of a point electrode.
- Extended timer
The treatment time can be selected from among 30 minutes, one hour, two hours, four hours, and eight hours. The remaining treatment time is displayed in minutes.

20070621

Motivasi Pelajar oleh Dato Dr Hassan Ali 1 Julai Seremban

KEM MOTIVASI KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN PEMUPUKAN AKHLAK MULIA DI KALANGAN PELAJAR

Tarikh : AHAD 1 Julai 2007
Masa : 8:30 pagi – 1:00 tengahari
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
Penceramah : Dato Dr Hassan Mohd Ali, Pakar Motivasi – Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB)

Peserta : Pelajar Tahun 5 hingga Tingkatan 6
Yuran : RM 20 seorang (minum pagi dan bahan rujukan disediakan)
Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Hassan Hj Md Taha 013-3426346 , 06-7636346

********************************
KURSUS KESEDARAN WANITA ISLAM

Tarikh : SABTU 7 Julai 2007
Masa : 8:00 pagi – 5:00 ptg
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
Penceramah : Dato Abu Hasan Din Al Hafiz , Ustaz Yazid Jaafar , Dato Dr Hassan Mohd Ali
Yuran : RM 20 seorang (minum pagi, makan tengahari, kertas kerja disediakan)
Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Hassan Hj Md Taha 013-3426346 , 06-7636346

Tentatif Aturcara
7:30 pagi – Pendaftaran bermula
8:30 pagi – Ceramah : Dato Abu Hassan Din Al Hafiz – “Isteri Yang Solehah”
10:30 pagi – Jamuan ringan
11:00 pagi – Ceramah : Ustaz Yazid Jaafar (Pak Yazid) – “Ciri-ciri Wanita Solehah”
1:30 tgh – Solat zuhur dan makan tengahari
2:30 ptg – Ceramah : Dato Dr Hassan Mohd Ali – “Akhlak Wanita Sejati”
4:30 ptg – Solat Asr dan bersurai

################################
TEKNIK SMART LEARNING DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tarikh : AHAD 8 Julai 2007
Masa : 8:30 pagi – 4:30 ptg
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban
Penceramah : Dato Dr Hassan Mohd Ali, Pakar Motivasi – Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB)

Peserta : Pelajar Tahun 5 hingga Tingkatan 6
Yuran : RM 25 seorang (minum pagi, makan tengahari, kertas kerja disediakan)
Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Hassan Hj Md Taha 013-3426346 , 06-7636346

20070616

Ceramah JamadilAkhir 7 Julai Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Ceramah Perdana bulan Jamadil Akhir

Oleh : Ustaz Zulkifli Ismail, Tok Guru Pondok Baitul Qurra, Melaka
SABTU 7 Julai 2007 , 23 Jamadil Akhir 1428
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang, Negeri Sembilan

Konvensyen Falak NS 22-24 Jun, Seremban

Konvensyen Falak Negeri Sembilan 2007
Pada: 22 - 24 Jun 2007, JUMAAT-AHAD ( 9 pagi hingga 11 malam )
Tempat : Perkarangan Masjid Sikamat, Seremban.
PERCUMA : Sesuai untuk semua lapisan umur terutama pelajar sekolah, kolej, universiti dan persendirian.

Anjuran : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Dengan Kerjasama Jabatan Fizik , Universiti Malaya.

Aktiviti Menarik :
- Persembahan Kumpulan Nasyid Rabbani
- Pameran Teleskop / Falak
- Bengkel Waktu Solat / Arah Kiblat
- Pameran Kenderaan Di Marikh

Maklumat Lanjut Hubungi Jabatan Mufti Negeri Sembilan :
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Bangunan SUK Lama, Jalan Dato' Hamzah
70990 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427

Emel : (muftins@sukns.gov) / (psmmufti@sukns.gov)
http://www.sukns.gov.my/mufti

Bersama Rakyat Palestin 23-24 Jun Shah Alam

BERSAMA MU PALESTIN
Sabtu- Ahad, 23 - 24 Jun, 2007
Surau Al Islah
Jln Paladium Tiga 7/33C, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tetamu Khas :
Dr. Zainurrashid Zainudin - (Sukarelawan Aman Palestin)
Hjh. Hashimah Salleh
Mejar Nazri Musman

Surau Al Islah Seksyen 7 Shah Alam, Selangor dan beberapa NGO muslim akan mengadakan selama 2 hari Program Bersama Al Quds dengan multimedia presentations, pamiran, jualan, nasyid dan jamuan.

Dana Kompleks Pendidikan Titiwangsa

Cadangan Kompleks Pendidikan Titiwangsa adalah cetusan murni bagi mewujudkan sebuah pusat pendidikan dan aktiviti sosial bersepadu bagi melahirkan individu berilmu dan berakhlak. Jawatankuasa Pembangunan yang terdiri dari pelbagai latarbelakang adalah merupakan tunggak bagi melaksanakan proses pembangunan bersepadu ini. Sumbangan anda amat dialu-alukan bagi mengisi dana tabung pembangunan samada secara tunai, cek atau skim wakaf yang akan dilancarkan pada masa akan datang.

Penaung Jawatankuasa Pembangunan : Dato’ Dr Harun Din

Lokasi kompleks : Terletak di Jalan Gurney, Datuk Keramat, Kuala Lumpur kedudukannya yang strategik di pusat bandar Kuala Lumpur dan berdekatan dengan KLCC, Universiti Teknologi Malaysia dan Stesen Putra LRT.
Fasiliti : Sekolah, Tadika Islam, Dewan Komuniti, Perpustakaan, Pusat Riadah, Pusat Tahfiz, Kafetaria, Pusat Khidmat Sosial, Pusat Rawatan Islam

Anggaran Kos : Kos Pembangunan RM 5 juta , Kos Kelengkapan Prasarana RM 2.5 juta

Sumbangan atas nama : KOMPLEKS PENDIDIKAN TITIWANGSA , Akaun Bank Islam Malaysia Berhad No : 14-032-01-003770-6

Dana sebanyak RM 7.5 juta diperlukan bagi menjayakan pembangunan Kompleks Pendidikan Titiwangsa ini. Segala usaha ke arah mengumpul dana tersebut sedang giat diusahakan agar pembinaan tersebut berjalan lancar seperti direncanakan.

Hubungi Kami
Sekretariat
Kompleks Pendidikan Titiwangsa , 24-1 Tingkat 1, Jalan 1/76C
Desa Pandan , 55100 Kuala Lumpur
Tel :+603-92848884 , +603-92811884
E-mel : sekretariat@komttwangsa.net
www.komttwangsa.net

Tn Hj Murad 017-3485343
Cikgu Yusoop 019-2736473
Mejar (B) Raja Lope Ahmad 012-6031765

VISI
Menjadikan pusat kecemerlangan dan menerajui pendidikan yang berasaskan rabbani.

MISI
Melahirkan generasi yang bermoral dan mempunyai modal insan yang tinggi

Matlamat
Melahirkan warga kota yang celik agama dan berpengetahuan
Mewujudkan masyarakat yang berilmu dan bertaqwa
Melahirkan masyarakat madani
Membangunkan modal insan melalui aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan bersepadu
Mewujudkan pusat komuniti masyarakat

Latar Belakang
Mac 2005
Pemilik telah mewakafkan sebidang tanah yang berkeluasan 8500 kaki persegi di Datok Keramat, Kuala Lumpur untuk dijadikan sebagai Pusat pendidikan dan sosial di Kuala Lumpur.

Mei 2005
Jawatankuasa Pembangunan “Kompleks Pendidikan Titiwangsa” ditubuhkan.

September 2006
Pelan konsep pembangunan Kompleks Pendidikan Titiwangsa dipersetujui.

Mac 2007
Pelancaran Dana Kompleks Pendidikan Titiwangsa

Perkhidmatan
Biografi Sekolah
SRA Sri Al Ummah di tubuhkan pada akhir tahun 1991. Pada awal tahun 1992 SRA Sri Al-Ummah mula beroperasi di sebuah bangunan di Taman Dagang,Kuala Lumpur setelah dirasmikan oleh Encik Abu Hassan Bin Othman. Hanya terdapat tiga kelas di awal penubuhan iaitu tahun satu hingga tahun tiga.

Profile SRI
MOTO SRA SRI AL-UMMAH
“BERIMAN ,BERILMU,BERTAQWA”

VISI SRA SRI AL-UMMAH
Kami beriltizam dan beristiqamah bersama masyarakat untuk membangunkan SRA SRI AL-UMMAH sebagai sebuah institusi pendidikan bestari yang terunggul bagi melahirkan generasi pelajar-pelajar muslim yang berketrampilan.

MISI SRA SRI AL-UMMAH
Memberi Pendidikan Islam secara konsisten kepada anak-anak dalam menghadapi masalah semasa
Meningkatkan kecekapan pengurusan dalam semua bidang.
Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran & pembelajaran.
Memantapkan sahsiah pelajar supaya seimbang antara keilmuan dan keimanan.
Menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak.

Ustaz Akhil Hayy , Otai , Nazrey , Utusan

Nazrey antara album dan motivasi
Utusan Malaysia 15 Jun 2007. SEJAK menganggotai kumpulan Raihan pada tahun 1997, Nazrey Johani hanya menumpukan perhatiannya terhadap bidang nyanyian semata-mata.

Bagaimanapun selepas keluar daripada Raihan pada tahun lalu, penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah ini mula berjinak-jinak dalam bidang motivasi.

Selain bergelar penyanyi solo, Nazrey juga kini dikenali sebagai motivator bebas dan banyak berceramah di merata-rata tempat.

Menurut penyanyi berusia 36 tahun ini, dia mengambil peluang mempromosikan album solo pertamanya berjudul Syahadah semasa mengadakan program tersebut.

“Cara ini amat bagus kerana saya dapat bertemu terus dengan para peminat saya. Walaupun cara ini dianggap promosi untuk traditional market (pasaran tradisional) tetapi ia berkesan.

“Melalui cara itu, saya dapat menjual terus album saya kepada mereka (peminat),” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program Sembang-Sembang Bersama 2 Otai di kilang Shin Etsu, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pada program motivasi untuk para pekerja kilang elektronik tersebut, Nazrey bersama bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh iaitu Akhil Hayy turut sama menjayakannya.

Syahadah yang diterbitkan oleh Inteam Records itu memuatkan 10 lagu ciptaan Nazrey dan sudah berada di pasaran sejak 7 Jun lalu menampilkan konsep irama nasyid universal.

“Konsep irama yang saya ketengahkan ini berbeza dengan konsep muzik Raihan yang lebih ke arah nasyid kontemporari.

“Selain itu, saya turut berduet dengan Akhil menerusi lagu Suara Hidayah. Ini sebagai satu tarikan untuk menarik lebih ramai pendengar.

“Apatah lagi saya dan Akhil masing-masing mempunyai peminat yang tersendiri,” ujarnya yang memeluk Islam pada tahun 1983 .

Akhil Hayy yang ditemui selepas mengadakan program motivasi tersebut berbangga apabila diberi peluang berduet dengan penyanyi nasyid tersohor itu.

Jelasnya melalui peluang itu, dia dapat menambah bilangan peminatnya selain berganding bahu menjayakan program-program motivasi pada masa depan.

“Kebetulan saya juga salah seorang peminat Nazrey. Apabila Nazrey menjemput saya berduet saya menerimanya dengan gembira.

“Ini kerana, kini saya bersama Nazrey menjayakan program-program motivasi seperti ini sambil mempromosikan album masing-masing,” katanya yang baru muncul dengan album solo pada hujung tahun lalu.

Selepas memberi motivasi yang dipengerusikan oleh Pegawai Keselamatan Kanan Shin Etsu, Mohd. Sani Hassan, Nazrey dan Akhil turut berduet menyanyikan lagu Suara Hidayah.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

20070530

Kursus Kekeluargaan 14 Julai di Senawang

Kursus Kekeluargaan Projek Khalifah
SABTU 14hb JULAI 2007
JAM 8:30 pagi – 12:30 tghari
Di PUSAT PENDIDIKAN IMTIYAZ
No 122-1,Jln Komersal Senawang 5. Tmn Komersal Senawang, Seremban. ( Berhadapan dengan Proton Edar Senawang )
- Yuran penyertaan hanya RM 20 seorang atau RM 35 suami & isteri
- Terhad kepada 70 orang peserta sahaja
- Tarikh tutup penyertaan 30hb Jun 2007

Maklumat lanjut sila hubungi : Norhatina bt Abdul Rauf : 019-2610535/ 019-2793051
Anjuran : Fikrea Management Solution dengan kerjasama Seri Umairah http://www.littlekhalifahshop.com

BAGAIMANA HENDAK MENDIDIK ANAK-ANAK DENGAN ADAB-ADAB MURNI ISLAM

Jadikan aktiviti mendidik anak-anak sesuatu yang menggembirakan seisi keluarga

Pembinaan keluarga yang cemerlang berlandaskan syariat adalah penyelesaian kepada pelbagai permasalahan dan konflik dalam masyarakat. Projek Khalifah diketengahkan untuk memberikan penyelesaian kepada segala permasalahan dalam institusi keluarga dengan memberikan penekanan pendidikan anak-anak di awal usia lagi.

Ianya memberi pemahaman kepada anak-anak akan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi

Mewujudkan persekitaran yang boleh menanamkan rasa cinta anak-anak kepada Allah, cintakan kebaikan dan memberikan sebab mengapa sesuatu yang tidak baik itu harus dijauhi.

*************************************
BORANG PENDAFTARAN Kursus Kekeluargaan Projek Khalifah

Nama :
Nama isteri/suami :
No tel :
Alamat :
e-mel

Pembayaran
Seorang RM 20
Suami & isteri RM 35
JUMLAH

Pembayaran boleh dibuat melalui:
Akaun Maybank 155126909330( atas nama Norhatina Abdul Rauf )
(sila simpan slip on-line banking) atau melalui wakil seperti tertera di bawah.
Sila serahkan borang serta pembayaran sebelum 30hb Jun 2007 kepada

Norhatina / Haime ( 019-2610535 / 019-2793051) ( Tmn Cempaka / Seri Pagi / Rosemewah)
Amiruddin / Akmal ( 013-3530356 ) ( Tadika Cilik Cerdik TTJ )
Zaharah Mohamed ( 012-6076965 ) ( Tadika Nursari Margosa-Mthr Height-Sbn 2 )
Hamir Sameon ( 019-6533660 ) ( Rembau )

20070526

Kem Generasi Baru Islam 2 Jun Seremban

Assalamuakaikum,

Jemputan Menyertai KEM GENERASI BARU ISLAM (GEN-I)
Tarikh : 2 Jun 2007 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Surau An-Na'im (Fasa 3B), Bandar Seremban Selatan
Anjuran : Pusat Pendidikan Islam Al-Tibyan & Surau An-Naim
Peserta : 7 tahun - 12 tahun
Yuran : RM 15.00 (kit program dan makan)
Tetamu : Ustaz Nor Azman bin Mohamad & Ustaz Mohd. Fuad bin Othman
Hubungi : Zarul Izham (0133910979)

Mohon disebarkan maklumat ini. Terima kasih. Wassalam

Kem Motivasi Anak Soleh 4 Jun Jempol

KEM MOTIVASI ANAK SOLEH
Bersama AKHWAN AFFANDI
Isnin 4 Jun 2007
Masa : 8 pagi – 6 petang
Di Muassasah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir – Bahau, Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan
Terbuka kepada remaja 8 tahun ke 17 tahun
Yuran penyertaan cuma RM 15
Hubungi Ustaz Nazri Zainuddin 019-6644320

20070522

Perkhemahan Bahasa Arab 25-27 Mei PD

PERKHEMAHAN BAHASA ARAB
Bersama; DR. ABD. RAZAK ABU CHIK (Belajar B.Arab di Radiao IKIM) ( Kolumnis Utusan Malaysia )

Terbuka kepada semua pelajar (lelaki&perempuan) berumur; 10 - 15 tahun

Tarikh : 25, 26 & 27hb Mei 2007 ( 3 HARI 2 MALAM )

Tempat:
IXORA PERMAI
PD SANCTUARY APARTMENT
KG. TANJUNG AGAS, PASIR PANJANG,
71250 PORT DICKSON, N.9.DK

AKTIVITI :
MENCARI HARTA KARUN
BERKAYAK
RENANG
PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS
MALAM PERSEMBAHAN BAHASA ARAB


ANJURAN BERSAMA :
PUSAT PENDIDIKAN AS-SA’DIYYAH & TALENT PARADISE SDN. BHD.
Tel : 06-679 6893/92, 012-2950276
Fax: 06-679 6894
Email : talent_paradise@yahoo.com

Bayaran; RM180/=,
Termasuk;
- Program
- Makanan
- Penginapan Twin-Sharing Apartment

Kemudahan;
- 2 Kolam renang (Berasingan lelaki & perempuan)
- Musolla
- Kolam berkayak
- DLL

(Diskaun utk warga As-Sa'idiyyah : 20 org yg pertama)

Maklumat lanjut sila lihat; Utusan Malaysia (Khamis, 17 Mei 2007)

20070520

KeM AnaK MITHALI 30 Mei Ulu Sepri , Rembau

HOLIDAY CAMP ANAK MITHALI - “Explore, Experiment, Experience”

TARIKH : 30 MEI-1 JUN 2007

TEMPAT : KEM BINA NEGARA, ULU SEPRI, REMBAU, NEGERI SEMBILAN

YURAN PENDAFTARAN : RM 185.00 SEORANG (Termasuk Makan, Minum,
Tempat Tinggal Dan Segala Peralatan, Sijil ) UNTUK 3 HARI 2 MALAM

UNTUK PERTANYAAN DAN KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
PN ROZITA 012 332 1552
PN ZAIMAH 012 380 3926
PN FARIDAH 017 245 9282
Email: murnichildcare@yahoo.com

OBJEKTIF HOLIDAY CAMP
1.Memberi Kesedaran Tentang Kebesaran ALLAH SWT
2.Meningkatkan Kebolehan Berinteraksi, Berdikari Dan Keyakinan Individu
3.Mempertingkatkan Nilai Jati Diri Dalam Individu
4.Memberi Peluang Pelajar Berekspresi Dan Mengembangkan Bakat Yang Ada
5.Melahirkan Pelajar Yang Berinisiatif, Kreatif Dan Inovatif
6.Mengukuhkan Semangat Kerjasama Dan Hormat Menghormati Rakan Sebaya Dan Kerja Sepasukan
7.Melatih Pelajar Membuat Keputusan Dan Pemilihan Yang Terbaik
8.Dapat Bertukar-Tukar Fikiran Di Antara Pelajar Pelbagai Peringkat Umur
9.Memberi Pelajar Peluang Berdikari Menjalankan Aktiviti Luar Tanpa Kehadiran Ahli Keluarga
10.Menambah Pengetahuan Melalui Pembelajaran Kurang Formal
11.Menghargai Pelajar Yang Dilahirkan Dengan Bakat, Pemikiran Dan Cita-Cita Yang Berbeza
12.Menanam Semangat Cintakan Budaya Melayu Jati Kepada Pelajar
13.Membolehkan Pelajar Mengenalpasti

SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA
1. 2 Pasang Baju Sukan (Baju T-Shirt Berkolar, Seluar Track)
2. Baju Melayu/Baju Kurung (Tudung)
3. 2 Pasang Baju Tidur/Baju Sejuk
4. Pakaian Dalam
5. Kasut Sukan & Stoking
6. Tuala Mandi, Sapu Tangan @ Tuala Kecil (Lap Peluh)
7. Toiletries (Berus Gigi, Sabun Mandi, Syampu, Ubat Gigi)
8. Sikat, Bedak
9. Cadar Tilam & Sarung Bantal
10. Selipar (Untuk Ke Tandas)
11. Lampu Suluh
12. Ubat-Ubatan Dari Doktor (Sekiranya Ada Yang Alah Dan Lain-Lain)
13. Alat Tulis (Pen, Maker, Pensil Warna, Crayon, Gunting Kecil, Gam Uhu, Pemadam, Dan Lain-Lain)
14. Pakaian Sembahyang (Telekung, Kain Pelekat, Baju Melayu, Songkok Dan Sejadah)
15. Beg Plastik (Untuk Pakaian Kotor)

• Pembayaran Melalui Cek Hendaklah Ditulis Atas Nama MURNI CHILDCARE &
DEVELOPMENT CENTRE SDN BHD
• Pembayaran Melalui TT atau Tunai Hendaklah Dimasukkan ke Akaun
EON BANK BHD No A/K 7014-11-000026-8
• Salinan slip pembayaran hendaklah difaxkan ke nombor 06 767 6939 atau datang sendiri ke Pejabat kami di alamat berikut :
MURNI CHILDCARE & DEVELOPMENT
CENTRE SDN BHD
NO 37, JLN GOLF 4,
TMN GOLF HEIGHT, AMPANGAN,
70400 SEREMBAN, NSDK
TEL : 06 762 2446

Kem Anak MUSLEH 25-27 Mei Senawang

“KEM JATI DIRI MUSLEH”
Tarikh : 25-27 Mei 2007 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Sek Agama Rakyat, Taman Desa Ixora, Senawang, N.Sembilan
Anjuran : SARA ABIM & Pelajar Lepasan Maahad Ahmadi Gemecheh/Universiti Al Azhar
Peserta : Terbuka kepada semua pelajar muslim lelaki dan perempuan berusia 10 hingga 12 tahun sahaja
Yuran : RM 70 (kos makanan, peralatan aktiviti, kit program, buku nota dan alat tulis)
Hubungi : Us Zaquwan 017-2336063, Us Adli 019-6851894, Ustazah Siti Khadijah 019-3997410

Penceramah dan fasilitator adalah lepasan di kalangan pelajar lepasan Maahad Ahmadi Gemencheh dan Universiti Al Azhar Mesir

AKTIVITI MENARIK
* Bual Bestari – Ceramah mengenai tajuk-tajuk agama yang sesuai dengan jati diri seorang muslim sejati.

* Bengkel Kongsi Minda – Bengkel yang dikendalikan oleh fasilitator dengan modul-modul yang menguji minda dan fizikal

* Bengkel Smart Solat – Bengkel untuk mendapat kesempurnaan dalam solat fardhu

* Malam Memuji Ilahi – Ibadah Qiamullail dengan mendirikan solat-solat sunat dan berzikir

* Zon Aktif – Bersenam dan melakukan aktiviti riadhah bermotif

* Slot Dari Hati Ke Hati – Mengenang segala pengorbanan ibu bapa dan balasan anak-anak terhadap mereka

* Sessi Ta’aruf – Mengeratkan silaturrahim di antara fasilitator dan para peserta

20070519

Pelaburan Akhirat Maahad Muhammadi Thailand

17 Rabiul Akhir 1428

Kepada : Sesiapa yang berkenaan (melalui Sdr Rozmal bin Malakan)

Assalamualaikum wrt wbt,
MOHON SUMBANGAN UNTUK TABUNG MAAHAD MUHAMMADI

Dengan penuh hormatnya merujuk perkara di atas, kami AJK Maahad Muhammadi Narathiwat Selatan Thailand. Mohon sumbangan dari Yang Berbahagia untuk Tabung Maahad bagi menyiapkan binaan sekolah dan asrama lelaki sedang dibina. Kami sangat memerlukan bantuan dari kaum muslimin mudah-mudahan kerja-kerja pembinaan dapat dibina mengikut jadual, insyaAllah.

Diatas pertimbangan dan perhatian Yang Berbahagia adalah amat kami menghargai dan kami dengan penuh ikhlas mengucapkan terima kasih, didoakan semoga dirahmati Allah dan mendapat sebaik-baik balasan di akhirat.
Jazakumullah Khairankasira.

Yang benar,
Ustaz Daud Nawawee
Pengetua Maahad Muhammadi, Narathiwat, Selatan Thailand
Tel : 006689-9783427
PO BOX 50 YINGO NARATHIWAT S. THAILAND 96180
Fax : 006673-590140
*********************

PENDAHULUAN
MAAHAD MUHAMMADI merupakan sebuah institusi pendidikan Islam swasta (pondok) mengikut pendaftaran No. 22/2522 di atas sebidang tanah wakaf seluas 10 ekar.

Bertempat di Kg Bukit Bakong, Yingo, Narathiwat Selatan Thailand. Iaitu kira-kira 80 km dari pekan Rantau Panjang, Kelantan.

Kami telah memikirkan begitu ramai anak-anak yatim, fakir miskin terbiar, khususnya anak-anak bangsa Melayu (Patani, Yala dan Narathiwat) yang mana kehidupannya boleh dikatakan terbiar dan tiada bimbingan. Yang menyedihkan lagi apabila memikirkan pendidikan agama untuk masa hadapan mereka. Lebih mendukacitakan lagi ialah keadaan semasa. Oleh disebabkan masalah ini kami tidak mahu mereka terlepas peluang dalam pelajaran mereka dan kami sanggup mengubahkan nasib mereka , insyaAllah.

Kami yakin dan percaya, sudah tentu di kalangan kita semua menyedari keadaan ini. Mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu seperti kesibukan dengan tugas harian, tanggungjawab-tanggungjawab lain secara tidak langsung menjadi begitu terhad untuk membantu anak-anak yatim, miskin.

Oleh kerana itu, kami berasa prihatin dengan keadaan anak-anak yang malang itu. Kami secara peribadi bertanggungjawab untuk membela mereka sekadar yang termampu. Itulah antara sebab, kenapa kami menubuhkan TABUNG MAAHAD MUHAMMADI.

OBJEKTIF
Maahad Muhammadi ditubuhkan atas kesedaran untuk membela terutama daripada segi pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin dan yang terbiar. Kemiskinan dari segi ekonomi tidak seharusnya menafikan anak-anak tersebut untuk mendapat pendidikan dan peluang menjalani kehidupan yang murni yakni kehidupan yang berlandaskan Al Islam.

Kami juga bakal dijadikan pusat aktiviti dan pusat giat kehidupan anak-anak yatim miskin dan yang terbiar, secara tidak langsung sebagai tempat untuk mengasuh bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan mereka.

SISTEM PEMBELAJARAN
1. Ilmu Agama mengikut sistem persekolahan dari Satu Ibtida’I hingga akhir Sanawi.
2. Bahagian Akademik dari tingkatan menengah ( MT 1-3 )
3. Ilmu kemahiran hidup

BILANGAN PELAJAR
Kini pelajar seramai 320 orang, terdiri dari 70 peratus dari anak-anak yatim miskin berasrama penuh dan disediakan buku-buku khas untuknya serta dikecualikan setiap jenis bayaran

AKTIVITI SEMASA
Antara aktiviti semasa Maahad Muhammadi seperti berikut :

Khidmat Pengurusan Qurban/Aqiqah:
Kami menyediakan khidmat pengurusan kepada sesiapa saja yang berhajat untuk melakukan ibadat qurban dan aqiqah. Pada setiap tahun kami menyediakan qurban dan aqiqah untuk masyarakat setempat. Daging qurban/aqiqah kemudiannya diagihkan kepada masyarakat Islam yang berhak dan lebih perlu di ketiga wilayah (Patani, Yala dan Narathiwat). Kami juga menerima qurban/aqiqah daripada masyarakat Islam di luar negara termasuk Malaysia dari masa ke semasa. Pada tahun (1427/2006) kami menerima sumbangan qurban/aqiqah dari Jamaah Islah Malaysia JIM sebanyak 14 ekor lembu dan 10 ekor kambing.

Penerbitan Khutbah Untuk Diedarkan ke Masjid-Masjid:
Kami menghasilkan buku-buku khutbah untuk diedarkan ke masjid-masjid. Juga kami mengadakan aktiviti agama seperti ceramah agama, sambutan hari kebesaran dalam Islam bersama penduduk setempat.

KEWANGAN
Sumber kewangan Maahad Muhammadi ialah daripada sumbangan kaum muslimin setempat, zakat, derma jariah dan sedikit bantuan kerajaan negeri.

TABUNG PEMBINAAN
Tabung pembinaan ini ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan kutipan derma daripada kaum muslimin untuk projek pembangunan sekolah Maahad Muhammadi peruntukan diperlukan sebanyak RM 200,000.00

SOKONGAN DAN BANTUAN
Sebarang bentuk sumbangan boleh dibuat atas nama :
MAAHAD MUHAMMADI
No Akaun : 03-081-02-003842-6 , Bank Islam Malaysia Berhad

HUBUNGI KAMI
Maahad Muhammadi
Yingo, Narathiwat, S. Thailand 96180
Tel : 006689-9783427
Fax : 006673-590140

Atau
Ustaz Hj Anuar bin Abd Moid
Kg Delek Kanan, Klang, Selangor
Tel 03-33717621 , 013-2758501

20070510

Pembetulan Fakta Kes Pelajar Disimbah Asid

Merujuk kepada laporan pelajar yang disimbah asid di asrama sekolah di Rembau pada 26 Mac 2007 yang lalu yang menyebut :
“Mangsa adalah seorang anak yatim, pelajar lelaki tingkatan 4 berasal dari Kg Astana Raja, Kota, NS. Sejak kematian ibunya dia dipelihara oleh emak saudaranya, sementara ayahnya telah berkahwin lain”

Terdapat kesilapan pada kenyataan tersebut. Berikut ialah pembetulan fakta :
“ Mangsa adalah seorang pelajar lelaki tingkatan 4 berasal dari Kg Astana Raja, Kota, NS Sejak ibu dan ayahnya berpisah semasa kecil, dia dipelihara oleh emak saudaranya”.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Sekian dimaklumkan.

20070505

Kelas Al Quran Khusus Utk Dewasa di Senawang

Kelas Bimbingan Al Quran
Khusus untuk Pesara, Dewasa dan Kanak-kanak

Tempat : KAFA Taman Alamanda , Senawang

Sessi Biasa :
Dewasa : Ahad hingga Jumaat – 9 mlm ke 10 mlm (Sessi Harian)
Dewasa : Sabtu dan Ahad – 9 pagi ke 11 pagi (Sessi Hujung Minggu)
Kanak-kanak : Ahad hingga Jumaat – selepas Maghrib (Sessi Harian)
Kanak-kanak : Sabtu dan Ahad – 9 pagi ke 11 pagi (Sessi Hujung Minggu)

Sessi Cuti Sekolah
Dewasa dan Kanak-Kanak : Isnin hingga Jumaat
9 pagi hingga 11 pagi & 3 ptg hingga 5 ptg

Untuk pendaftaran atau pertanyaan hubungi :
Ustaz Mustaza Mohamad 013-6011942
Ustazah Siti Fairuz 017-4336046

Anjuran KAFA Taman Alamanda dengan kerjasama Surau Taman Alamanda

Kediaman Anak Yatim Yayasan Sofa N.Sembilan

Program Anak Yatim dan Golongan Dua’fa’ Yayasan Sofa Negeri Sembilan telah menjalankan Program Pengambilan Anak Yatim dan Miskin yang di tempatkan di Kediaman Kg. Bukit Sembilan Chengkau Ulu, 71300 Kota, Negeri Sembilan bermula sejak sesi 2005 yang lalu.
YSNS merancang untuk mengumpulkan pelajar Anak-anak Yatim dan Miskin ini sehingga 200 orang pelajar. Segala kos bagi kelengkapan, pakaian sekolah dan penginapan serta makanan pelajar ini ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan secara percuma.

Mereka bersekolah di sekolah kerajaan yang berhampiran, iaitu di Sekolah Men. Keb. Astana Raja, 71300 Rembau Negeri Sembilan dan Sekolah Kebangsaan Chengkau, 71300 Rembau, N. Sembilan.

Berbagai Program Pendidikan Agama Islam disediakan di kediaman ini dan pelajar-pelajar berpeluang mempelajari lebih dekat Ilmu-Ilmu Agama serta pengajian kitab. Setiap pelajar tertakluk kepada peraturan dan disiplin Asrama yang disediakan bagi melicinkan setiap aktiviti harian pelajar. Kegagalan untuk mematuhi sebarang peraturan asrama ini akan dikenakan tindakan.

Sebarang bentuk bantuan , pertanyaan, sumbangan @ untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian : 019-663 7785 @ 019-227 9226
Sumbangan / Derma untuk tujuan ini atau sebarang bantuan, di atas nama Surau At Taufiqi Al Husaini , Akaun Bank Islam Nombor Akaun : 5012010058375 atau di atas nama Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Akaun Bank RHB Nombor Akaun : 25504700001867.

Yayasan Sofa Negeri Sembilan (0202-04-9) telah didaftarkan pada 17 Februari 2004, yang beralamat di Kampung Bukit Sembilan, 71350 Kota, Negeri Sembilan. Yayasan Sofa ditubuhkan dengan tujuan :

• Mewujudkan suatu dana atau tabung amanah bagi membiayai program-program Yayasan yang berbentuk keilmuan (dakwah) dan kebajikan.

• Memegang amanah dan menguruskan harta individu atau organisasi untuk manafaat kebajikan.

• Memberikan bantuan kepada pelajar miskin dan anak yatim untuk menuntut ilmu dan melanjutkan pelajaran.

• Memiliki harta dan aset-aset bagi melaksanakan program pendidikan untuk untuk kepentingan masyarakat.


PENGAMBILAN PELAJAR SESI PERSEKOLAHAN 2007

Alhamdulillah, lebih dari 70 permohonan yang diterima dan setelah dibuat tapisan tertentu , hanya 50 orang pelajar sahaja, terdiri daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 3, yang diterima masuk. Tahap umur di antara 10 hingga 15 tahun ini adalah sesuai kerana tahap pendidikan kanak-kanak seusia ini adalah paling cepat berkembang dan mereka mampu untuk berdikari. Adalah dijangkakan bahawa kanak-kanak itu akan berpeluang untuk mengikut pendidikan awalannya di sini selama tempoh 6 tahun ( Tahun 4 hingga Tingkatan 3 ).

Alhamdulillah, program ini telah berjalan lancer walaupun terdapat beberapa kekurangan dan masalah, khasnya dari segi kemudahan pengangkutan, peralatan dan kos perbelanjaan. Oleh itu dalam tempoh terdekat ini, Yayasan ini sedang berusaha untuk mendapat sebuah pengangkutan / bas / van bagi memenuhi keadaan dan keperluan penuntut ilmu dan ana-anak ini.

SUMBER KEWANGAN

Untuk mendapatkan dana dan sumber kewangan bagi menampung kos pembiayaan Anak-anak Yatim dan Miskin ini, yuran dan derma di kalangan ahli telah pun dilaksanakan disamping :

1. Ahli-ahli Yayasan Sofa bersetuju untuk menjadikan anak-anak yatim dan miskin ini sebagai anak-anak dan keluarga angkat mereka dengan membentuk kumpulan dan berkongsi untuk membantu segala kos pembiayaan bagi seseorang pelajar itu.

2. Sumbangan bantuan / derma dari orang perseorangan dan pihak kerajaan dan syarikat swasta yang diterima dari masa ke semasa dalam membantu meningkatkan dana Yayasan Sofa.

3. Mengadakan program atau kursus yang boleh mendatangkan dana seperti kursus amali dan praktikal solat, kursus pemahaman fardhu ain , tafaqquh fi al din, kelas tahsin Al-Quran, kem cuti sekolah dan motivasi, tiusyen dan sebagainya.

4. Berusaha mendapatkan berbagai tajaan dan sponsor dalam bentuk barangan dan alatan untuk melengkapkan keperluan perkara yang berkaitan dengan pelajar anak-anak yatim dan miskin ini.

Yayasan Sofa sentiasa mengharapkan bantuan, kerjasama dan sumbangan, idea dan pandangan, demi meningkatkan lagi pencapaian dakwah dan perkembangan pendidikan serta kebajikan terhadap Anak Yatim dan Miskin serta golongan Dua’fa’ ini.

Kami mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan atau sumbangan demi kebaikan dan kebajikan yang lebih menyeluruh terhadap penuntut-penuntut ilmu ini.


WAKAF / SUMBANGAN / DERMA : PEMBINAAN MADRASAH BARU

YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN ( 0202/04/9 ) adalah sebuah institusi yang menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan khusus bagi ahli masyarakat dan orangramai. Yayasan ini telah membangunkan sebuah kawasan seluas 15 ekar di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau Ulu, 71350 Kota, Negeri Sembilan, yang telah dibina sebuah bangunan untuk Kediaman dan Asrama Anak-anak Yatim dan Golongan Dua’fa’ , sebuah Dewan Pengajian dan beberapa bangunan yang lain.

Selaras kepada pertambahan ahli pengajian dan Pelajar Anak-anak Yatim dan Golongan Dua’fa’ ini, sebuah bangunan Madrasah yang lebih besar dan beberapa tambahan bangunan adalah sangat diperlukan. Bangunan baru ini adalah untuk keselesaan dan kegunaan ahli jemaah dan orangramai serta menampung bilangan pelajar anak yatim dam golongan dua’fa’ yang semakin meningkat.

Sehubungan dengan itu, di atas rasa tanggungjawab sosial dan keperihatinan kepada masyarakat, kami memohon kepada pihak tuan / puan agar sudi menghulurkan Wakaf / Sumbangan / Derma untuk tujuan ini atau sebarang bantuan, di atas nama Surau At Taufiqi Al Husaini , Akaun Bank Islam Nombor Akaun : 5012010058375 atau di atas nama Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Akaun Bank RHB Nombor Akaun : 25504700001867.

Kerjasama dan sumbangan pihak Datuk / Tuan / Puan bagi menjayakan hasrat hasanah dan kebajikan Yayasan ini, adalah didahului dengan ucapan ribuan terimakasih.


Sebarang bentuk bantuan , pertanyaan, sumbangan @ untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian :
019 663 7785 ( En. Hanif Abd. Hamid )
019 227 9226 ( En. Ainul Amriz Ismail )

URUSETIA :

Laman Web Yayasan Sofa Negeri Sembilan http://yayasansofa.blogsome.com/

E-mel : yayasansofa@gmail.com

Alamat surat menyurat:
YASASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Kampung Bukit Sembilan,
71350 Kota
Negeri Sembilan
Tel / Fax : 06 4450363

20070430

Program Mingguan Madrasah Tn Hj Abd Rahman

Assalamualaikum wrt wbt,

Program Mingguan Percuma di Madrasah Tuan Guru Hj Abdul Rahman , Kg Selemak, Rembau
Setiap Hari Ahad
Selepas Solat Maghrib

Ahad Minggu Pertama , Us Khairul Azhar – Kitab Hadith Riadus Solihin
Ahad Minggu Kedua , Us Abd Ghani Ahmad Zaigu – Aqidah Islamiah
Ahad Minggu Ketiga , Us Syuhada Mahmud – Kuliah Tafsir
Ahad Minggu Keempat , Us Jaafar – Kuliah Feqah
Ahad Minggu Kelima , Us Khusairi – Kuliah Sirah

Juga kuliah membaca Al Quran dewasa setiap Ahad selepas Asar.

Untuk maklumat lanjut hubungi Us Mohd Nazeri Yusof 019-3457690

Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ali ini telah didirikan pada tahun 2003 oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman untuk pengajian Islam penduduk setempat. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah meninggal dunia pada tahun 2006. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman telah dilahirkan pada tahun 1917 serta memulakan pengajian di Pondok Rasah dan kemudian menyambung pengajian di Mekah pada tahun 1938 hingga tahun 1942. Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman berkhidmat sebagai Imam di Masjid Jamek Tampin serta Guru Takmir sekitar tahun 1980an dan 1990an.

Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman ini terletak di Kg Selemak, Jalan Kg Batu – Inas, Rembau, Negeri Sembilan. Ianya terletak di kawasan kaki bukit, di kelilingi suasana kampung yang aman, tenang dan nyaman. Madrasah ini terletak di tepi jalan utama Rembau menuju ke Johol.

20070420

Tusyen BI PMR Percuma Masjid Senawang Sabtu

Assalamualaikum,
Adalah dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang telah memulakan Tusyen Bahasa Inggeris untuk calon-calon PMR secara percuma dan terbuka kepada umum pada Setiap hari Sabtu jam 10 pagi. Untuk maklumat lanjut hubungi Setiausaha Masjid Bandar Baru Senawang Tn Hj Jasmi 019-6612854

Kuliah Muslimat Masjid Senawang Setiap Sabtu

Assalamualaikum,
Dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang mengadakan Kuliah khusus untuk muslimat pada setiap hari Sabtu selepas Solat Asr. Semua muslimat adalah dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut hubungi Setiausaha Masjid Bandar Baru Senawang Tn Hj Jasmi 019-6612854

20070413

Guru Ganti BI & Math diperlukan di Seremban

GURU GANTI BHS INGGERIS, MATEMATIK DIPERLUKAN SEGERA

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA CALON – CALON BERMINAT UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI PUSAT PENDIDIKAN AS-SA’IDIYYAH BERHAD SEBAGAI:

1. GURU GANTI (Bahasa Inggeris dan Matematik )


CALON – CALON BERMINAT, SILA DAPATKAN BORANG JAWATAN KOSONG (J-1), DAN KEMBALIKAN BERSAMA SALINAN DOKUMEN SEPERTI KAD PENGENALAN, SIJIL TAMAT BELAJAR SERTA SIJIL – SIJIL YANG LAIN DAN DISAHKAN BERSERTA SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASPOT (TIDAK DIKEMBALIKAN) KE ALAMAT:

PUSAT PENDIDIKAN AS – AS’SAIDIYYAH BERHAD,
(Bahagian perjawatan)
72 ATAS,JALAN MELOR 2,
TAMAN RASA SAYANG,
70450 SEREMBAN
N.SEMBILAN
TEL / FAX : 06 6798660
Tarikh tutup : 23hb April 2007

BORANG PERMOHONAN JUGA BOLEH DIPEROLEHI DI SRIAS DAN MTAS

12 April 2007

20070411

Pengambilan Pelajar Tahfiz PD

Assalamualaikum wrt wbt,

Adalah dimaklumkan pengambilan pelajar ke Tahfiz At Tohiriah , Port Dickson, Negeri Sembilan adalah dibuka untuk pelajar lelaki berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun.

Untuk pendaftaran serta maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Hassan Alias 016-6166266

20070408

Hari Kesihatan dan Peraduan Mewarna YAMNS

Pada Ahad 8 April 2007 Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An Nuur telah mengadakan Hari Pemeriksaan Kesihatan dan Peraduan Mewarna di Pekarangan Surau An Nuur , Bandar Seremban Selatan Fasa 2. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan peserta yang mengambil bahagian.











20070405

Rakyat Mesti Ambil Peduli !

Hujung minggu sedang ku rehat di ruang tamu rumah ku, kedengaran bunyi orang beri salam di luar. Ketika itu hujan sedang turun agak lebat. Rupanya 2 orang jiran ku dari jalan 1.

Saya pun tanya apa halnya ni ? Abg Omar kata projek pembentungan berpusat belakang rumahnya yang mula hampir setahun sudah buat hal lagi. Kali ni katanya kontraktor telah melepaskan air kumbahan IWK dari Taman Satria terus ke anak sungai belakang rumahnya. Dia kata benda ni berlaku 2 minggu sudah sehingga ke hari ini. Setiap kali hujan pasti baunya menusuk kalbu dan rupanya jangan cakaplah.

Saya pun kata pada abg Omar dan jiran seorang lagi. Abang pergi Balai Polis Bandar Baru Senawang dan buat laporan polis. Supaya mudah kita nak ajukan masalah ini ke pihak berkaitan, kontraktor, Jabatan Alam Sekitar, Menteri Besar (yang baru-baru ini dipertanggungjawabkan oleh kerajaan pusat untuk menjaga kesucian sungai).

Selang beberapa hari Pengerusi Surau dan Taman pun membuatlah aduan bertulis difakskan kepada kontraktor, Jabatan Alam Sekitar, Menteri Besar, IWK, JPS dan MPS.

Keesokan harinya kontraktor dan IWK menalipon Pengerusi Surau (Ustaz Aimi) untuk bertanyakan lebih lanjut masalah berkenaan dan berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan.

Kesimpulannya rakyat mesti ambil peduli apa yang berlaku disekeliling mereka. Jangan jadi macam bangau atau jadi macam katak bawah tempurung. Ada masalah, dibincang bersama. Ajukan masalah tersebut kepada pihak yang berkenaan. Laporan media hanyalah langkah terakhir sekiranya semua pihak tidak melayan aduan kita.

Janganlah nak harapkan wakil rakyat, pengarah jabatan, EXCO untuk turun padang. Sebab terlalu banyak masalah rakyat yang perlu diambil peduli. Rakyatlah yang perlu ubah sikap, bersikap proaktif, bersatu hati untuk menyuarakan masalah mereka. Kita sudah ada pelbagai saluran untuk mengadukan masalah kita kepada pihak yang bertanggungjawab, samada melalui on-line, surat menyurat, fax dan sms.

Sebarang masalah disekitar tempat kita ada jalan penyelesaiannya jika kita ambil peduli. Tapi kalau kita berpeluk tubuh harapkan pengerusi surau atau taman , harapkan pengerusi JKKK, harapkan ketua cawangan, harapkan wakil rakyat dan sebagainya, alamatnya kena tunggu wakil rakyat kawasan kita meninggal dunia barulah kawasan kita akan menjadi tumpuan negara ataupun kena tunggu menjadi bahan berita utama dalam akhbar atau TV.

20070404

Antara Sekolah Agama Pusat dan Negeri Sembilan

Anak saya yang sulung mendapat 5 A dalam UPSR. Di Negeri Sembilan ini kalau sekolah agama ramai yang minta SMKA SHAMS , sekolah agama bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran iaitu kerajaan pusat. Setakat ni Alhamdulillah anak sulung saya ni, kira OK lah pencapaian akademiknya, macam ketika di sekolah rendah dulu.

Anak saya yang kedua pula, masa sekolah rendah periksa mesti nombor 20 ke bawah ( 20 – 30 ). Tak pernahlah dapat top 20, top 10 jauh sekali. Percubaan UPSR pula dapat 5B. Kemudian bila UPSR Alhamdulillah dapat 4A 1B. Keputusan 4A 1B ni kalau dai sekolah swasta tidak akan dilayan oleh Kementerian. Mereka wajibkan pelajar 5A saja dari sekolah swasta layak ke sekolah elit macam SHAMS ni.

Saya pun tak adalah nak merayu pada Jabatan Pelajaran untuk masuk SHAMS. Saya kata kat anak saya masuk sajalah Sekolah Menengah Agama kerajaan negeri punya. Belajar betul-betul, tunjukkan pada orang bahawa belajar mana-mana pun boleh pandai. Tak semestinya sekolah elit, sekolah cemerlang, sekolah kluster, sekolah plaster ke, sekolah wawasan ke , pelajarnya boleh cemerlang.

Jadi anak saya ni pun selepas ditemuduga dan ambil peperiksaan dapatlah dia masuk Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban (sekolah yang satu masa dahulu terkenal kerana kes …..)

Baru-baru ni selepas ujian bulanan/semester pertama Alhamdulillah anak saya ni mendapat nombor satu, nombor yang tak pernah dia dapat masa sekolah rendah dan mendapat 8 A

Tak tahulah apa formula Sekolah Agama Kerajaan Negeri Sembilan (bukan kerajaan pusat) sehinggakan pencapaian akademiknya melonjak begitu ketara sekali. Nak katakan sekolah ada kelas tambahan, tak ada pun. Nak katakan sekolah banyak buat program akademik hujung minggu tak ada pun.

Mungkin sebab tak banyak sangat program, gurunya banyak beri tumpuan untuk mengajar pelajar. Itu tanggapan saya saja.

Kesimpulannya Sekolah Agama yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan ini bukan calang-calang, dengan kekurangan dana, kekurangan itu dan ini, pelajarnya boleh cemerlang dengan adanya semangat muhibbah antara guru, pelajar dan ibu bapa.

Silap haribulan dengan sedikit sokongan dan dorongan sekolah agama milik kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus ini pelajarnya akan lebih cemerlang daripada sekolah dibawah pentadbiran kementerian pelajaran atau kerajaan pusat. Dan silap haribulan juga jika kerajaan pusat mengambil alih sekolah agama negeri, prestasi pelajar akan merudum, sebab pelajar sudah biasa dengan semangat muhibbah guru, pelajar dan ibu bapa.

20070403

Usul Untuk PIBG

Minggu ini akan diadakan mesyuarat agong PIBG di sekolah menengah anak saya. Sudah 3 tahun anak saya sekolah disana, tapi inilah kali pertama saya cuba hadir ke mesyuarat agong PIBG sekolah tersebut.

PIBG sekolah telah mengedarkan surat pemberitahuan mesyuarat dan borang usul untuk dikemukakan.

Lalu saya kemukakanlah beberapa usul untuk difikirkan bersama, bukan sahaja untuk PIBG sekolah tersebut, tetapi untuk mana-mana PIBG secara umumnya iaitu :

1. Mempromosikan ibu bapa dan guru agar meluangkan lebih masa bersama keluarga dan jiran tetangga ketika hujung minggu, selepas waktu kerja dan semasa cuti sekolah.

2. Tidak terikut-ikut budaya mengejar anugerah cemerlang dan sebagainya, akibatnya suami atau isteri serta anak-anak warga pendidik sendiri yang akan terabai atau terbiar.

3. Mengadakan program khas, taklimat, motivasi untuk pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam akademik terutama lepasan PMR, SPM dan STPM, kerana pencapaian cemerlang dalam peperiksaan tidak semestinya menjamin kerjaya yang cemerlang.

4. Mewujudkan direktori usahawan dari kalangan ahli PIBG dan Alumni sekolah dengan ini akan menggalakkan ekonomi dan peluang kerjaya dari kalangan PIBG dan Alumni.

Bila orang “gila” dengar kuliah agama

Assalamualaikum wrt wbt,

Malam tadi ada kuliah agama di Surau Alamanda. Sedang jemaah khusyuk dengar kuliah , pengerusi surau tanya saya, siapa orang duduk kat belakang tu ? Bila saya toleh perlahan-lahan, muka yang tak pernah nampak bukan saja di surau ini, malah di sekitar sini.

Anak muda lingkungan usia 20an, berkulit gelap, rambut pendek, t shirt hitam, seluar jean hitam lusuh, muka comot. Kami biarkanlah pemuda misteri tadi duduk. Dan dia duduk diam sampai habis kuliah.

Lepas kuliah pengerusi tanyalah pemuda tadi dari mana. Dia kata Timor Leste. Tak tahu betul ke tak. Lepas solat isya ada jamuan sikit. Pemuda tadi duduk di bangku luar surau.

Lalu diberikan semangkuk mi sup dan air teh. Kemudian dia makan sampai licin. Lalu ditanya, duduk mana. Dia kata Ma jid (mungkin masjid). Lalu pemuda tadi pun beredar tak tahu ke mana. Sungguh misteri.

Mungkin orang kurang siuman. Lalu para jemaah pun berseloroh, jangan hina orang gila, sekurang-kurangnya pemuda tak siuman tadi dengar juga kuliah agama. Dia mendapat rahmat Allah sepanjang dia berada dalam majlis ilmu. Lebih baik pemuda tidak siuman tadi dari orang yang waras tetapi susah hendak menjejakkan kaki ke surau atau masjid.

20070401

Tusyen UPSR B. Inggeris Percuma Masjid Senawang

Adalah dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang akan menganjurkan tusyen Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar yang mengambil UPSR pada setiap hari Sabtu jam 9 pagi di Masjid Bandar Baru Senawang bermula Sabtu 7 April 2007.

Pak Yazid vs Ravi 14 Apr Senawang

Assalamualaikum, berikut ialah program Sambutan MaulidurRasul sekitar Senawang yang dimaklumkan oleh sahabat. Sila sahkan dengan AJK Surau yang terlibat sekiranya ada perubahan program.

Ahad 8 April
Penceramah : Us Khairul Azhar Kamaruddin
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Seri Pagi, Senawang

Sabtu 14 April
Penceramah : Ustaz Yazid Jaafar (Pak Yazid)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Desa Melor, Senawang (Belakang Bomba Senawang)

Sabtu 14 April
Penceramah : Ustaz Farid Ravi Abdullah
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Kobena , Senawang

Sabtu 28 April
Penceramah : Ustaz Bakhtiar Yusof
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

20070324

Ceramah Maulid Nabi 31 Mac Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul 1428 Hijrah
Penceramah : Us Mohd Khazri Osman – UKM
Hari : Sabtu 31 Mac 2007
Masa : Selepas Solat Maghrib ( 8 mlm )
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Us Aimi Hamzah 019-6505285
Pengerusi Surau Alamanda
Pengerusi Taman Alamanda
Pengerusi KAFA Taman Alamanda

20070319

Adu sahaja sebarang masalah di N.Sembilan

Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan (UPANS) ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat di Negeri Sembilan Darul Khusus. Ia bertujuan menyelesaikan segala masalah yang timbul untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang disediakan sejajar dengan matlamat Negeri Sembilan untuk menjadi negeri maju.

Portal Pengaduan Awam Negeri Sembilan (SPANS) berfungsi untuk menerima pelbagai jenis maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pujian, pertanyaan dan teguran. Menerusi Portal SPANS pengurusan, penugasan, pengumpulan aduan dan maklumbalas secara sistematik dilakukan. Inisiatif mengadakan aplikasi ini adalah bertujuan meningkatkan kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti interaksi dengan pengadu bagi mencermin perkhidmatan mesra pelanggan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan Darul Khusus
447, Tingkat Bawah, Jalan Tun Dr. Ismail
70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Telefon : 06-7659028 / 06-7659029 / 06-7659031
Fax : 06-7674322
E-mel : upans@sukns.gov.my
Laman web : http://www.spans.gov.my/
Waktu Pejabat: 8:00 pagi - 5:00 petang, Isnin - Jumaat (kecuali cuti umum)

*********************
UPANS tidak saingi media. Harian Metro 19 Mac 2007
SEREMBAN: Kerajaan negeri menafikan tindakan mewujudkan Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan (Upans), di sini disebabkan bimbang dengan peranan media yang dilihat lebih berkesan dalam mengutarakan masalah orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebaliknya berkata Upans diadakan untuk mempelbagaikan saluran aduan sedia ada yang berfungsi menerima sebarang masalah berkait rapat dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, anggapan bahawa unit itu diwujudkan kerana mahu bersaing dengan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Terpulang kepada masyarakat sama ada mahu menyalurkan aduan mereka kepada media atau Upans. Kita sebenarnya mahu pastikan masyarakat mempunyai saluran rasmi untuk menyalurkan masalah mereka.

“Yang penting segala aduan mereka dapat diselesaikan dengan segara,” katanya.

Mohamad berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewujudkan satu saluran aduan yang lebih efektif bagi membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan masalah itu melalui maklumbalas diperolehi.

Walaupun beliau mengakui media mempunyai pengaruh yang kuat dalam mengutarakan masalah orang ramai, tetapi beliau tidak menganggap ia satu ancaman sebaliknya ia juga membantu kerajaan negeri mendapatkan maklumat mengenai masalah orang ramai.

“Kita bukan hendak lihat siapa yang bagus, tetapi kita mahu pastikan segala aduan disalurkan terus kepada kerajaan negeri supaya kita dapat ambil tindakan segara,” katanya, di sini.

Bagaimanapun, menurutnya, kebanyakan mereka yang membuat aduan di media adalah mereka yang mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan pihak berkaitan atau masalah yang berulang.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Upans yang membangunkan Sistem Pengaduan Awam Negeri Sembilan (Spans) untuk menerima segala aduan penduduk sekitar negeri ini yang dilihat sebagai cara untuk mengelak aduan berkenaan disalurkan melalui media.

Sementara itu, katanya, beliau akan memastikan supaya segala aduan yang disalurkan melalui Spans diambil perhatian sepenuhnya.

“Saya mahu pastikan peratusan setiap aduan yang diterima melalui Upans diselesaikan dengan segera. Masalah tetap ada, sebab itu kita mahu pastikan adakah aduan itu kita ambil perhatian atau tidak.

“Tidak kira sama ada aduan itu mempunyai maklumat lengkap atau melalui surat layang, kita akan mengambil perhatian,” katanya.

Katanya, beliau sendiri akan memantau segala aduan itu termasuk membentangkannya di dalam mesyuarat Exco pada setiap minggu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070319102952/Article/indexm_html

Servis Komputer, Elektrik, Elektronik di Seremban

Kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan servis, membaikpulih peralatan komputer, elektrik dan elektronik (TV, radio, mesin basuh, periuk nasi, oven dll) bolehlah menghubungi adik angkat saya ni iaitu :
Basri Tel 012-9608742
Alamat rumah : No 144, Jalan A7, Bandar Warisan Puteri, Seremban (rumah teres setingkat belakang Surau Bandar Warisan Puteri)

Juga menyediakan khidmat nasihat rekabentuk laman web dan penyiaran web TV/Radio.

20070315

Tahukah anda tanggungjawab seorang wakil rakyat ?

Sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi anda diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat di kawasan anda untuk menyuarakan permasalahan dan kehendak rakyat di Dewan Undangan Negeri Sembilan serta di Parlimen Malaysia. Anda menentukan siapa calon pilihan anda. Siapa sahaja yang anda pilih sebagai wakil rakyat, pastikan wakil rakyat ini bertanggungjawab untuk memelihara hak anda sebagai warganegara Malaysia yang merdeka. Wakil rakyat dipilih untuk bekerja untuk rakyat serta mewakili rakyat, baik di waktu senang apatah lagi di waktu susah. Anda sebenarnya yang berkuasa di Malaysia ini, kerana andalah yang menentukan siapa yang terpilih untuk menjadi wakil rakyat , yang bekerja untuk menjaga hak serta kepentingan anda sekeluarga. Selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.


TANGGUNGJAWAB SEORANG WAKIL RAKYAT

•Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.
•Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.
•Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.
•Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.
•Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.
•Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.
•Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.
•Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.
•Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.
•Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.
•Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

20070312

Kes Curi Rim Kereta/Motor Hebat di Senawang

Sabtu 10 Mac jam 5:50 pagi, sedang ku keluar rumah menuju ke Surau Alamanda, aku terperanjat, kereta kancil jiran ku yang diletak diluar rumah, keempat-empat tayarnya, bertayarkan batu-bata. Rupanya keempat-empat tayar rim sport telah dicuri sekitar jam 3 pagi. Saspek remaja-remaja Melayu menaiki kereta Kancil Merah ber”skirting”. Minggu sebelumnya juga di Taman Alamanda kehilangan dua rim tayar motosikal yang baru dibeli yang diletak didalam pagar rumah.

Nampaknya kejadian curi rim kereta dan motosikal semakin menjadi-jadi sekarang.

Lalu ditanyalah oleh sahabat saya selepas solat Subuh apa langkah pencegahan. Saya kata mudah sahaja, kalau semakin ramai penduduk lelaki berjemaah di surau atau masjid , maka gejala social, maksiat dan jenayah , insyaAllah akan berkurangan. Ini adalah kerana pencuri akan memerhatikan kekuatan ukhuwwah sesuatu kawasan perumahan itu bergantung kepada ramainya yang hadir berjemaah.

Yang lain hanya langkah pencegahan biasa, seperti rondaan, kawalan, memasang lampu diluar rumah dan sebagainya. Sekarang ini bukan rakyat biasa sahaja menjadi mangsa perompak dan pencuri, malah menteri dan pegawai paling kanan polis juga tidak terlepas menjadi mangsa.

Jadi sama-samalah kita berjemaah di surau atau masjid.

JOM SOLAT DI MASJID !!!

Orang Asli lebih faham Islam daripada “Mukhsin”

Nampaknya remaja dan masyarakat Orang Asli di Malaysia ini lebih faham Islam berbanding “Mukhsin” yang begitu hebat dipromosi sekarang ini. Hanya satu cara untuk mengelak gejala social yang semakin serius , iaitu Berkahwin seperti yang dianjurkan oleh Islam. SYABAS kepada remaja Orang Asli yang berkahwin secara sah dan halal pada usia 13 tahun kerana lebih berani mempraktikkan Islam berbanding Melayu professional yang suka hidup bebas, ber”couple” , serta menetapkan hantaran perkahwinan yang tinggi, mengadakan kenduri kahwin bermewah-mewahan sehingga menyusahkan para remaja Melayu untuk berkahwin.

*******************************
Pasangan 13 tahun Orang Asli antara 10 kahwin serentak

Berita Harian 9 Mac 2007. KUALA BERANG: Sepuluh pasangan pengantin Orang Asli, termasuk pasangan termuda masing-masing berusia 13 tahun dinikahkan serentak oleh 10 jurunikah di Perkampungan Sungai Berua, di sini, semalam.

Walaupun majlis yang julung kali itu diadakan secara besar-besaran dan disaksikan lebih 2,000 masyarakat tempatan, Syukri dan sembilan lagi pengantin lelaki melafaz nikah hanya sekali saja.

Majlis akad nikah 10 pasangan itu dianggap bersejarah apabila pengantin lelaki membaca lafaz taklik dalam tulisan jawi tanpa bantuan jurunikah.

Mereka kemudian diarak ke tempat persandingan dengan paluan kompang.

Majlis akad nikah itu diketuai Pegawai Agama Istana Negeri, Mohd Shukri Ali yang turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, Datuk Rosol Wahid serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, Rozi Mamat.

Hadir sama, Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Shaikh Harun Ismail; Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Rozali Salleh serta Tok Batin Sungai Berua, Rusli Desoh.

Rosol berkata, pasangan yang dinikahkan semalam hanya mengikuti kursus perkahwinan anjuran JHEAT selama seminggu dan dianggap antara majlis pernikahan terulung di negeri ini.

"Selepas ini, kita bercadang mengadakan majlis sama secara serentak di perkampungan Orang Asli Sungai Pergam, Kemaman dan Sungai Keruak, Besut," katanya.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20070308232438/Article/

*************************************
‘Mukhsin’ bukan budaya Melayu Islam oleh Khairul Anuar Musa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Berita Harian 12 Mac 2007. PENAYANGAN filem keluaran terbaru Yasmin Ahmad iaitu ‘Mukhsin’ baru-baru ini memaparkan kehidupan masyarakat kampung terutama Melayu Islam wajar dikaji semula kerana ia tidak membawakan ciri-ciri kehidupan sebenar masyarakat Melayu Islam di Malaysia, terutama masyarakat kampung.

Tindakan ibu bapa di dalam cerita berkenaan yang membenarkan anak gadis mereka keluar bersama-sama seorang budak lelaki dalam keadaan berdua-duaan menimbulkan persepsi dan kesan kepada ibu bapa dan golongan remaja khususnya.

Di dalam filem berkenaan, budak perempuan yang berusia 10 tahun dan budak lelaki berumur 12 tahun di mana kedua-duanya menghampiri waktu akli baligh boleh menjuruskan kepada masalah lebih besar iaitu masalah sosial.

Cerita itu juga memaparkan kisah percintaan pada usia remaja. Keadaan ini menyebabkan golongan remaja khususnya kanak-kanak merasakan percintaan pada usia muda ini dibolehkan. Ia sama sekali tidak selari dengan pendidikan akhlak masyarakat Timur. Islam turut menyebut di mana usia seawal satu hingga 12 tahun adalah usia untuk ibu bapa mendidik anak dengan akhlak terpuji bukan dengan membenarkan mereka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam keadaan sunyi dan terpencil.

Saban hari kita mendengar berita masalah sosial seperti seks luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya. Dalam kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pada 9 Mac lalu mengenai kepentingan golongan lelaki harus dihukum sama dalam isu pembuangan bayi, beliau mengatakan ‘kita amat menyokong saranan Ketua Polis Negara yang mahu undang-undang dikaji semula untuk memastikan golongan lelaki yang terbabit dalam kes itu turut dipenjara’.

Ini jelas membuktikan masalah sosial seperti buang bayi semakin meningkat di negara ini dan golongan terbabit adalah remaja.

Adakah filem ini menggambarkan ciri dan budaya sebenar masyarakat Timur? Wajarkah kita mengikut gaya hidup kebanyakan masyarakat Barat yang membenarkan anak mereka bergaul bebas lelaki dan perempuan?

Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terpanggil untuk menyuarakan pandangan disebabkan masalah sosial kini semakin kritikal dan mencadangkan supaya penayangan filem ‘Mukhsin’ dikaji semula.

KHAIRUL ANUAR MUSA,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Surat/20070311222905/Article/

20070307

Penerjunan Kutub Utara , Tahniah Putera UMNO

Tahniah diucapkan kepada Putera UMNO yang akan menghantar 10 orang ahlinya untuk menyertai misi penerjunan di Kutub Utara pada 18 April 2007 nanti.

Sehubungan dengan itu adalah diharapkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sebelum ini telah mengeluarkan panduan ibadah terutamanya panduan ibadah solah untuk bakal angkasawan negara, dapat juga mengeluarkan panduan ibadah solah untuk bakal-bakal penerjun negara di kutub utara nanti.

Ini adalah kerana suasana di kutub utara adalah jauh berbeza daripada suasana kita di Malaysia ini. Sebagaimana kita mahukan adik-adik Putera UMNO ini berjaya di dunia , kita mahukan mereka juga berjaya di akhirat nanti.

Bagaimanakah caranya untuk kita solat lima waktu di kutub utara, jika pada bulan April mungkin siangnya sepanjang masa, tiada waktu subuh, tiada waktu maghrib dan tiada waktu isya’ jika diikuti perkiraan naik turun matahari ? Adakah boleh ditinggalkan solat subuh, maghrib dan isya’ atau perlu mengikuti waktu solat negara berhampiran, waktu solat di Mekah atau waktu solat di Malaysia ?

Bagaimana pula caranya untuk mengambil wudhu, sekiranya sukar untuk membuka pakaian dan kasut disebabkan cuaca sejuk yang melampau ? Begitu juga bagaimana caranya untuk duduk antara dua sujud sekiranya sukar untuk menanggalkan kasut (boot) yang besar serta beberapa persoalan dan kemusykilan lain yang perlu diperjelaskan ?

Sekali lagi adalah diharapkan JAKIM serta bijak pandai bidang agama di negara ini dapat mengeluarkan panduan ibadah solah yang praktikal sesuai mengikut keadaan tempat dan masa.

20070306

Nak tahu skim pelaburan asli atau tipu ?

Baru-baru ini saya ditanya mengenai pelbagai skim pelaburan yang ditawarkan melalui internet, melalui panggilan talipon dan sebagainya. Menurut rakan saya ini mereka yang menggesa beliau melabur ini mengatakan pelaburan ini adalah untuk membantu orang Islam, ramai cikgu yang masuk, ustaz yang terkenal pun menyokong dan banyak lagi taktik untuk meyakinkan orang ramai supaya melabur.

Keuntungannya berlipat kali ganda. Melabur katakan RM 100 dalam beberapa bulan dapat ribuan ringgit. Saya kata mudah sahaja nak tahu pelaburan tadi asli atau tidak.

Contohlah kalau modal RM 100 dalam masa setahun dapat RM 20,000 katakan. Apa kata pada orang yang memberi tawaran tadi, kita pinjam duit dia RM 100, masukkan pelaburan atas nama kita. Lepas tu dalam masa setahun kalau untung RM 20,000, kita ambil RM 1000 sahaja, lepas tu beri semula RM 19,000 kepada orang tadi. Secara tidak langsung orang yang membuat tawaran tadi akan untung berlipat kali ganda. Kita untung RM 1000 atas angin (Ali Baba) jadilah.

Oleh itu kepada mereka yang ingin “cepat kaya” fikir-fikirlah. Kalau nak keuntungan berjuta kali ganda yang dijamin, melaburlah untuk pembinaan masjid, rumah anak yatim, sekolah agama dan sebagainya.

20070302

Jom Solat Gerhana Bulan Ahad 4 Mac 2007

Terbaca dalam akhbar Berita Harian 2 Mac 2007 menyatakan rakyat Malaysia akan menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada Ahd ini bermula jam 4.16 pagi hingga 7.23 pagi. Berikut kaedah solat sunat gerhana bulan dari laman web Mufti Perak

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN BULAN
http://mufti.perak.gov.my/falak/artikel/kaedahsolatgerhana.doc