KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100510

Kereta perisai atau kereta polis lagi penting ?


Kerajaan sanggup belanja RM 8 Billion untuk beli 257 buah kereta perisai. Ini bermakna harga satu kereta perisai ialah RM 32 Juta. Maklumat lanjut pembelian kereta perisai RM 8 Billion di http://waghih.blogspot.com/2010/05/kereta-perisai-rm8-b-dan-ahli-parlimen.html

Tapi kerajaan mempunyai masalah peruntukan kewangan untuk memasang kamera video pada kereta peronda polis. Sedangkan harga kamera video yang canggih hanya sekitar RM 12,786.12 satu set yang lengkap.

Dengan RM 8 Billion , sebanyak 625,684 buah kereta peronda polis boleh dipasang dengan kamera video. Ada kah kereta polis sebanyak tu ?

Mana lagi penting , kereta perisai atau kereta peronda polis ?

Mana lagi penting ? Nyawa anggota tentera, nyawa anggota polis atau nyawa orang awam ?

Semuanya penting.

Berbelanjalah dengan bijak RM 8 Billion tersebut.

******************
Peguam Negara arah siasatan lanjut

Utusan Malaysia 1 Mei 2010

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan, kertas siasatan kes membabitkan pelajar terbabit telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

KATANYA, BELIAU SEBELUM INI PERNAH MENCADANGKAN KEPADA KERAJAAN UNTUK MEMASANG KAMERA VIDEO PADA KERETA PERONDA SEJAK 2006 BAGI MEMUDAHKAN PIHAKNYA MEREKOD SERTA MENGENAL PASTI SEBARANG INSIDEN YANG BERLAKU MELIBATKAN ANGGOTA POLIS DAN ORANG AWAM.

BAGAIMANAPUN, UJAR BELIAU, CADANGAN ITU TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN EKORAN MASALAH PERUNTUKAN KEWANGAN KERAJAAN.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

*************************
The In-Car Camera: Value and Impact

In the late 1990s, lawsuits alleging race-based traffic stops were being filed against state police and highway patrol agencies throughout the United States. In some instances, the courts ruled that racial profiling was occurring. These court findings strengthened the public perception that racial profiling by police did occur and weakened the public's confidence in the police.

If it was occurring, state police executives sought proactive steps to stop biased policing and to restore the public confidence in the police. Many departments deployed the in-car video camera to record traffic stops and other encounters with the public. In the spirit of building public trust, the in-car camera recording provides an unbiased account of events that allow citizens and others to view what actually occurred during encounters that have been called into question. Agencies and others report that such evidence has been invaluable and that the benefits of the in-car video camera far exceeded the original goals.

COPS Office Funding
In an effort to aid state police agencies confronted with allegations of racial profiling and other complaints, the Department of Justice's Office of Community Oriented Policing Services (COPS) created the In-Car Camera Incentive Program. The program provided financial aid to state police and highway patrol agencies for the sole purpose of purchasing and installing in-car camera systems. The first federal awards were dispersed in 2000, and, by the end of 2003, 47 states and the District of Columbia had received a total of more than 21 million dollars in federal assistance for the purchase of in-car cameras.

http://policechiefmagazine.org/magazine/index.cfm?fuseaction=display&article_id=358&issue_id=82004

USD 3,900.00 complete system (RM 12,786.12)
http://www.marteldigital.com/

Undang undang bahan ketawa remaja kita


Nampaknya remaja kita menjadikan undang-undang sebagai bahan ketawa.

Nak salahkan siapa ? JPJ ? Polis ? Ibu bapa ? UMNO ? PAS ? PKR ? Kita semua ?

Sudah pasti yang terlibat ialah anak JPJ , anak Polis , anak UMNO , anak PAS , anak PKR , anak kita semua.

41% atau 1,200 kes kemalangan melibatkan remaja yang tiada lesen.

Inikah yang dinamakan pembangunan ? Malaysia negara maju 2020 ? Maju dari segi apa kalau undang-undang yang mudah pun jadi bahan ketawa dan mainan para remaja.

Kisah Malaysia dah jadi negara KOBOI pada pauan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/malaysia-dah-jadi-negara-koboi.html

**************************
High number of youths driving without licence and crashing
The Star Monday May 10, 2010


JOHOR BARU: The number of teens and youths who are driving and riding motorcycles without a licence and getting involved in fatal accidents is as high as 41% nationwide in 2008.

Road Safety Department director-general Datuk Suret Singh said that out of 6,500 fatal accident cases in 2008 involving those aged between 15 and 25, some 1,200 of them were found to be driving cars and riding motorcycles without licences.


“Such a trend is worrying as the teens are driving without proper training and safety precautions,” he told reporters after launching the Buckle-Up operations here yesterday.

Suret Singh said parents and school administrators must work with the relevant enforcement agencies such as the police and Road Transport Department (JPJ) to prevent those without licences from driving or riding motorcycles and endangering their own lives and other motorists.

He also reported that only 20% of Malaysians were complying with the regulation to wear rear seat-belts since it was implemented in January last year.

“This is not good enough; we hope to achieve a 50% target usage by year-end.

“We will not hesitate to impose the maximum fine of RM300 even on students caught not wearing the rear seat-belts,” he said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F5%2F10%2Fnation%2F6225854

20100509

Jangan jadi Boss punca orang bunuh diri

Bukan senang nak jadi boss , menteri , pengarah , ketua jabatan , guru besar , ketua keluarga dan sebagainya. 1 dari 10 orang rakyat Malaysia dikhuatiri mengalami masalah sakit mental. Bunuh diri pula akan menjadi penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung.

Apa ke tidaknya. Semua nak cemerlang, SPM nak skor 9A, ijazah nak dapat 4 flat , boss suruh buat itu, boss suruh buat ini, sekolah nak dapat cemerlang, ketua pengarah nak macam-macam, menteri nak macam-macam.

Pada Sabtu 8 Mei 2010 saya telah menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Permata Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said atau SHAMS di Seremban.

Ianya telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Salleh , Timbalan Pengarah (Pengurusan Institusi Pendidikan Agama), Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.



Malangnya ucapan perasmian beliau macam dengar tak dengar. Maklumlah kami datang lambat, duduk belakang dewan. PA system pula tak power macam konsert. Hadirin pula duk pot pet pot pet je.

Sayang , siapa tak dengar intipati Tuan Haji Abdullah memang teramatlah rugi.

Dia cakap slow sahaja, selamba, baca ayat Quran dan ulas.

Senang saja dia cakap. Mula mula yang dia cakap ialah , kita bukan sahaja meraikan pelajar cemerlang, kita juga perlu meraikan pelajar lain, juga yang kurang cemerlang. Mungkin mereka kurang cemerlang sekarang, mereka akan cemerlang kemudian hari.

Kalau semua pelajar cemerlang kata Tuan Haji Abdullah lagi , siapa pula yang akan bekerja melakukan pembersihan ?

Setiap ucapan beliau , beliau bacakan ayat al Quran dan kaitkan dengan kehidupan seharian.

Katanya kalau kita pergi haji ada dam. Dam ini bermaksud darah. Darah ini ialah dengan menyembelih kambing. Kambing yang ada di Mekah ni bukan diternak di Arab, juga bukan di Malaysia, tapi banyak dari Australia. Pelajar yang dapat skor SPM 9 A hari ni , nak ke bela kambing ?

Inilah boss yang sebenarnya mendatangkan keseronokan untuk bekerja dan belajar. Bukannya senang nak suruh anak buah atau pelajar seronok untuk belajar, seronok untuk bekerja, seronok untuk cemerlang, seronok untuk mencapai target NKRA.

Jadi kepada Ketua Jabatan, Ketua Pengarah, Menteri , Guru Besar dan sebagainya, contohilah orang yang macam ni. Orang yang mendatangkan keseronokan untuk bekerja dan belajar bukan dipaksa.

Orang yang sentiasa menanamkan sifat tawadhu. Orang yang menghargai mereka yang mengutip sampah, menyapu jalan dan sebagainya. Orang yang menyebarkan kasih sayang dan semangat bekerjasama.

Tahniah Tuan Haji, pertama kali saya dengar ucapan perasmian macam ni.

Rahsia sebenar polis tertembak orang awam


Tidak bolehkah kita berserah kepada Qada dan Qadar Allah. Pasti setiap peristiwa yang berlaku itu ada rahsia ketetapan Allah.

Dalam dua kes kejadian polis tertembak orang awam , di Shah Alam dan di Seremban, yang ditembak orang Islam , yang melepaskan tembakan adalah orang Islam.

Adakah ianya kebetulan, atau satu ketetapan Allah ?

Jangan kita terlalu cepat menghukum mana-mana pihak, kerana kita tidak berada di tempat kejadian. Jangan kita menghukum mangsa, jangan kita cepat juga menghukum polis.

Kerna kedua-dua pihak yang terlibat ialah orang Islam. Pandanglah kedua-dua pihak dengan perasaan kasih sayang, bukan dengan perasaan benci. Kedua-dua belah pihak ada keluarga, ada emak dan ayah, juga anak dan isteri.

Jadilah kita orang yang menyelesaikan masalah. Janganlah kita jadi syaitan atau jin ifrit yang menambahkan masalah dan menambahkan lagi perasaan benci sesama kita umat Islam.

Ketua kedua-dua belah pihak terutama ketua kaum, ketua polis, menteri, kalau dah hilang punca, mohon munajatlah pada Allah. Kalau tak tahu caranya, jumpalah alim ulama yang cintakan akhirat. Kerana peristiwa-peristiwa yang berlaku ini adalah rahsia ketetapan Allah.

Rozmal bin Malakan
Seremban http://waghih.blogspot.com/

Sebelum itu harap dapat baca artikel-artikel di bawah ini yang mungkin ada kaitan dengan apa yang berlaku sekarang ini :

Jangan marah kalau orang kata kita Bodoh
http://waghih.blogspot.com/2010/05/jangan-marah-kalau-orang-kata-kita.html

Masyarakat perlu bantu polis
http://waghih.blogspot.com/2010/03/masyarakat-perlu-bantu-polis.html

Malaysia dah jadi negara KOBOI
http://waghih.blogspot.com/2010/04/malaysia-dah-jadi-negara-koboi.html

Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah
http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

Krisis Buang Bayi, Adat, Kahwin dan Zina
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

Pernah tengok syaitan lari lintang pukang ?
http://waghih.blogspot.com/2010/05/pernah-tengok-syaitan-lari-lintang.html

20100508

Peranan Syaitan dalam kes tembak remaja

Nanti saya akan terangkan insyaALLAH peranan jin ifrit dalam mengkucar-kacirkan negara ini. (Sekarang tengah sibuk, nanti malam insyaALLAH).

Sementara itu harap semua pihak bersabar , bertenang dan mohon pertolongan ALLAH.

Lagi kes remaja Melayu ditembak polis. Kali ini di Ampangan , Seremban. Kejadian berlaku pada Sabtu 8 Mei 2010.

Kisah selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/05/lagi-kes-mangsa-tembak.html

Apakah aku seorang Munafik ?


Hanzalah adalah merupakan seorang sahabat dan juga setiausaha kerja (jurutulis) kepada Rasulullah SAW. Hanzalah ialah para sahabat yang teramat risau kerana merasakan dirinya seorang munafik.

Hanzalah seorang suami yang amat romantik. Hanzalah satu-satunya sahabat yang jenazahnya dimandikan oleh para malaikat dalam keadaan yang jika sesiapa yang melihatnya pasti rindu untuk ketemu Maha Pencipta.

Bagaimana kita ? Lebih-lebih kita yang menggelarkan diri sebagai pendakwah, pejuang Islam, pejuang hukum hudud, pejuang isu kalimah Allah, pejuang agama , pejuang bangsa dan pejuang negara, pejuang anti APCO, pejuang anti NED, pejuang isu murtad.

Munafik kah aku ini ? Apabila ada yang meminta bantuan , berkira-kira nak keluar duit. Apatah lagi yang meminta bantuan itu saudara-saudara baru , mereka yang baru kembali kepada agama Islam.

Kisah perjuangan tahun 2010 mereka yang membimbing saudara baru di bawah ini :

**************************
PENGISLAMAN SITI ZUBAIDAH BINTI ABDULLAH
Untuk makluman Siti Zubaidah Abdullah sudah berumur 70 tahun ketika memeluk agama Islam. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui akan akhir kehidupan seseorang itu.

Ini baru sedikit perkongsian mengenai manfaat adanya Rumah Kasih Sayang. Banyak lagi kisah dan sumbangan hasil wujudnya rumah perlindungan Yayasan Kasih Sayang.

KEBAJIKAN SAUDARA BARU OKU
Penghuni ini OKU dan tiada saudara mara. Dengan keprihatinan pihak-pihak tertentu, saudara baru ini dirujuk ke YKSNS dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Selangor dalam bidang kewartawanan.

Asrama YKSNS merupakan rumah dan kampungnya. Penghuni daripada pelbagai lapisan keturunan, umur dan rupa adalah saudaranya.

Apabila cuti, Muhammad Firdaus Toh bin Abdullah tetap akan balik ke YKSNS dan sekali-sekala mengunjungi orang-orang yang signifikan dalam hidup beliau.

PENGISLAMAN KS
Alhamdulillah KS lahir 6 09 1931 yang telah berpisah dengan keluarganya ketika berusia 14 tahun. Beliau nekad lari daripada rumah pada tahun 1955.

Semenjak lari daripada rumah, penama ini menjalani kehidupan agama bukan Islam dan akhirnya kini ketika berusia 80 tahun hatinya terbuka kembali ke Islam.

Cerita sepenuhnya penghuni Rumah Perlindungan Yayasan Kasih Sayang di http://yksn9.blogspot.com/2010/05/info.html


**************************
RAYUAN RUMAH PERLINDUNGAN DI N.SEMBILAN
YKSNS telah membeli sebuah rumah di Taman Cemerlang, Kuala Pilah yang telah dijadikan rumah perlindungan dan juga tempat menjalankan aktiviti-aktiviti YKSNS.

Sumbangan untuk 1 kaki persegi ialah RM 143.85

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN Akaun Bank Islam 05030010135487

Untuk pertanyaan hubungi Ustaz Bukhari Safian 019-2373541 dynamic_bukhari@yahoo.com

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2010/04/blog-post.html#links

**************************
KISAH HANZALAH DAN MUNAFIK

Hanzalah bin Ar Rabi' adalah seorang juru tulis Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, ia berkisah : "Aku bertemu dengan Abu Bakar",

Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, Hanzalah telah menjadi seorang munafik!

Rasulullah bersabda : "Kenapa?",

Hanzalah berkata : "Wahai Rasulullah, "Ketika berada disisimu, engkau mengingatkan tentang surga dan neraka seolah-olah kami melihatnya, lalu ketika kami keluar dari hadapanmu, kami disibukkan oleh istri, anak-anak dan mencari nafkah, sehingga kami menjadi lupa peringatanmu.

Rasulullah bersabda : "Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)". HR. Muslim.

http://www.islam-indo.org/renungan/tafakur/173-tetap-mengaji.html?lang=

**************************
KISAH HANZALAH : MATI SYAHID

Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali.Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun.

Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

http://ustazkelantan.blogspot.com/2009/11/kisah-hanzalah-mati-syahid_11.html

Program Wanita 22 Mei 2010 Senawang


PROGRAM UNTUKMU WANITA
SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU & HARI GURU
Tarikh : 22 Mei 2010 (SABTU)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi

Acara:
- Tayangan Multimedia Untukmu Ibu
- Nyayian lagu-lagu 'Ibu' oleh anak-anak PASTI
- Persembahan Sajak / puisi Nisa’ UNTUKMU IBU
- Sumbangan kepada ibu tunggal
- Anugerah Selendang Kasih
- Anugerah Ibu Pendidik
- Pertandingan slogan ”Ucapan Untukmu Ibu” kategori kanak-kanak dan dewasa
- Perasmian Pusat Khidmat Kaunseling Wanita oleh Cik Kumutha
- Cabutan Bertuah
- Jamuan petang
- Jualan Amal dari ibu untuk ibu

Sumbangan dalam bentuk hadiah atau hamper amat dialu-alukan terutamanya untuk meraikan dan membantu ibu tunggal yang kesusahan dan memerlukan pertolongan.

Untuk penyertaan pertandingan dan pertanyaan program, sila hubungi;
Pn Fauziah 013-7779328
Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Pn Masitah 019-2655059 masita9339@yahoo.com

Anjuran:
Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Muslimat MTD Paroi

20100506

Nak tahu punca banyak kereta terbakar sekarang ?


Semakin hari semakin banyak kereta yang terbakar. Terbaru kes kereta MPV di Ipoh pada 5 Mei 2010 , tiba-tiba terbakar ketika sedang dibaiki.

Nak tahu antara kemungkinan punca kebakaran kereta , sila ke pautan berikut

Agak-agaknya lah kan ada tak agensi kerajaan di Malaysia atau mana-mana universiti di Malaysia yang buat kajian kebakaran kereta yang banyak sekarang ini ?

Boring agaknya tajuk kereta terbakar ini. Cerita artis, politik, liwat, dadah, hiburan, lompat parti, APCO, John Wolfowitz, NED dan lain-lain lagi best agaknye.

Statistik di Amerika Syarikat ialah satu dari empat kes kebakaran ialah kebakaran kereta. Dan satu dari lapan kematian disebabkan oleh kebakaran kereta.

*******************
KERETA TERBAKAR SEMASA DIBAIKI
Rabu Mei 5, 2010

IPOH: Seorang wanita terpaksa berputih mata menyaksikan kereta Toyota Estima miliknya hangus di depan mata semasa ia sedang dibaiki oleh seorang mekanik hari ini.

Norlaila Zakaria, 34, bagaimanapun bersyukur kerana kenderaannya itu tidak terbakar semasa sedang dipandu.

"Kejadian berlaku begitu pantas namun mujurlah ia tidak terbakar semasa saya sedang memandu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Simpang Pulai-Ipoh kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, enjin kenderaannya tiba-tiba berhenti mengejut.

"Selepas lebih 10 minit, ada mekanik datang membantu untuk menghidupkan semula kereta tetapi percikan api keluar di bahagian depan dan tidak sampai beberapa saat kemudian, api mulai marak," katanya.

Norlaila berkata mekanik terbabit berusaha memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam apai tetapi tidak berjaya.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 20 minit sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba untuk memadamkan api. -

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/5/5/mstar_jenayah/20100505202927&sec=mstar_jenayah

APA YANG HARUS DILAKUKAN SEKIRANYA KERETA TERBAKAR :
- Jika sedang memandu, berhentikan kereta di sebelah kiri jalan atau di laluan kecemasan
- Matikan enjin kereta
- Segera keluar dari kereta
- Hubungi pihak bomba
- Jangan cuba pada api yang sedang marak dengan alat pemadam api kerana alat pemadam api pada kereta terlalu kecil untuk memadam api yang sedang marak

Sumber : http://www.toyoland.com/toyota/financials/fire-safety.html

APAKAH PUNCA KERETA TERBAKAR :
- Kebanyakan kebakaran kereta bermula dari ruangan enjin
- Kebanyakan kebakaran kereta bukan disebabkan oleh kecacatan kejuruteraan – tetapi disebabkan oleh penyenggaraan yang lemah
- Tapi punca sebenar kebanyakan kereta terbakar tidaklah diketahui
- Sebarang kebocoran pada hos dan pam boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem elektrik
- Bendasing yang terkumpul pada bahagian panas enjin dan sistem ekzos juga boleh menyebabkan kebakaran seperti daun dan rumput kering
- Puntung rokok juga boleh menyebabkan kebakaran kereta
- Bahan mudah terbakar yang diletak tempat simpanan belakang kereta juga boleh menyebabkan kebakaran
- Kecacatan rekabentuk tangki minyak Ford Pinto boleh menyebabkan ianya meletup jika dirempuh dari belakang
- Kecacatan sistem cruise control Ford juga boleh menyebabkan kebakaran walaupun setelah enjin dimatikan
- Tangki sisi trak GM juga mempunyai rekod kemalangan kebakaran yang tinggi
- Kereta Lexus pada tahun 2007 mempunyai kemungkinan keretakan pada paip minyak

Sumber : http://www.toyoland.com/toyota/financials/engine-fires.html

**********************

PUNCA KERETA TERBAKAR

Kes meningkat setiap tahun

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yahaya Madis, kes yang melibatkan kereta terbakar di negara ini meningkat setiap tahun.

“Untuk rekod, pada tahun 2008 terdapat 2,101 kes melibatkan kebakaran kereta di seluruh negara berbanding 2,052 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2006 pula sebanyak 1,811 kes dicatatkan.

“Jika melihat kepada bilangan kes, ia meningkat setiap tahun. Walaupun peningkatannya tidak mendadak, ia perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa,” katanya.

Ujarnya lagi, punca utama kebakaran kereta disebabkan oleh kemalangan iaitu pelanggaran kereta dengan kereta atau jentera berat lain. Selain itu, kebocoran minyak petrol juga menjadi punca.

Menyentuh mengenai lokasi kejadian, Tuan Yahaya tidak dapat memberi penjelasan yang spesifik kerana kemalangan yang melibatkan kebakaran kereta boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di lebuh raya, jalan persekutuan mahupun jalan kampung.

“Tetapi peratusan kes kemalangan kebakaran kereta yang menyebabkan kematian tidak tinggi. Namun saya menasihatkan setiap pemilik kereta persendirian supaya menyimpan alat pemadam api di dalam kenderaan masing-masing sebagai langkah keselamatan.

“Bukan mahal, beli alat pemadam api jenis natrium hidrogen karbonat/amonium sulfat seberat tiga kilogram pada harga antara RM60 hingga RM80.

“Situasi mungkin panik tetapi sekiranya kita bertindak pantas ia dapat menyelamatkan jiwa dan juga harta seseorang,” ujarnya.

Katanya lagi, walaupun sekadar perubahan paip enjin sebanyak 30 darjah daripada kedudukan asal, ia mampu memberi impak buruk kepada enjin.

Bahagian enjin boleh menjadi panas secara tiba-tiba kerana sistem pengaliran bendalir tidak sempurna selain masalah sistem elektrik dan hidraulik yang boleh menyebabkan kereta terbakar.

“Namun, penambahan aksesori seperti lampu, radio, pembesar suara dan pedingin hawa, risiko kereta terbakar tidak begitu besar berbanding pengubahsuaian melampau enjin dan faktor kemalangan sendiri,” kata Mohd. Nizam yang mengendalikan kira-kira empat kes kereta terbakar dalam setahun.

Pelajar 13 tahun tiada lesen maut kemalangan


Kerajaan, Polis, JPJ, ibu bapa dah hilang punca. Remaja, pelajar sekolah termasuk pelajar sekolah rendah bawa motosikal dah terkawal lagi dah. Malaysia dah jadi negara tanpa undang-undang. Baca kisah Malaysia dah jadi negara Koboi di http://waghih.blogspot.com/2010/04/malaysia-dah-jadi-negara-koboi.html

Pelajar Tingkatan 1 Maut Dalam Kemalangan Di Lanchang

KUANTAN, 6 Mei 2010 (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu maut selepas terbabit dalam satu kemalangan berhampiran Sekolah Kebangsaan Bolok, Lanchang, Rabu petang.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata ketika kejadian, mangsa, Muhammad Afiq Suhaimi, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang sedang menunggang motosikal dari arah Lanchang pada pukul 6.20 petang.

Katanya ketika tiba di tempat kejadian, mangsa cuba membelok ke simpang sebelah kiri jalan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa yang tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu meninggal dunia dalam perjalanan ke Poliklinik Lanchang akibat kecederaan teruk di kepala," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kenderaan pacuan empat roda berkenaan turut melanggar motosikal lain ketika cuba mengelak motosikal mangsa namun penunggang dan pemboncengnya hanya mengalami kecederaan ringan.

Pemandu pacuan empat roda tersebut juga tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=495935

Melayu bunuh diri di Terengganu sebab susah


Kisah semakin ramai rakyat Malaysia bunuh diri dan bunuh diri penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Lelaki mati tinggal nota untuk isteri
2010/05/06

KUALA TERENGGANU: Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi siasatan diteruskan. Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia diberhentikan kerja.

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun.

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini.

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di gerai makan berhampiran.

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakimatitinggalnotauntukisteri/Article

Blog menjual CD atau LAMPIN MODEN


Blog menjual CD cloth diapers atau bahasa mudahnye LAMPIN MODEN & Busha legging.Yang pasti CD ni terdapat berbagai warna yg menarik & corak yg sungguh comel2 untuk si manje anda!

JIKA BERMINAT / SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
012-6625655 /016-2263041 lia_ben4497@yahoo.com.my

Laman web http://sastradania.blogspot.com/

20100505

Quran teknik Bagdadi 15 Mei 2010 Seremban

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran
TEKNIK AL-BAGHDADI

Tempat : PASTIAl-Ikhwan Taman Paroi Jaya, Seremban.
Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 ~ 12.00 tengahari
Bayaran : RM150 seorang (termasuk buku, alatan mengajar serta sijil)
Bilangan Peserta : Terhad kepada 20 orang sahaja


Sila sahkan kehadiran melalui e-mel dengan menyatakan butir-butir penuh (nama, alamat, nombor ic serta nombor telefon) ke pasti.alikhwan@gmail.com sebelum 13 Mei 2010 atau berhubung Cikgu Suriyaton 016-3734077 untuk pertanyaan lanjut.

20100504

Pernah tengok syaitan lari lintang pukang ?


Pernah tengok syaitan lari lintang pukang bila azan berkemundang ?

Sebelum tu saya ada tulis mengenai anjing sahut seruan azan dan anjing yang membantu mencegah maksiat di http://waghih.blogspot.com/2009/08/anjing-pencegah-maksiat.html

Dah acap kali saya tengok syaitan lari lintang pukang bila azan dikumandangkan.

Surau kami berhampiran dengan padang bola di taman perumahan. Remaja dan kanak-kanak dari taman kami dan taman berhampiran sering bermain di sini sampai ke senja.

Selalunya saya perhatikan kalau belum azan di surau kami mereka akan terus bermain.

Sebaik sahaja azan maghrib dikumandangkan melalui corong pembesar suara, para remaja dan kanak-kanak yang bermain di padang terus berhenti dan beredar dari padang tersebut.

Maghrib tadi , terlambat azan di surau. Tengok para remaja masih bermain di padang walaupun hari dah nak gelap. Sebaik sahaja azan, terus para remaja tadi beredar.

Betullah hadith yang kata syaitan akan lari lintang pukang bila azan dikumandangkan. Dan betullah juga bahawa setiap manusia itu ada syaitan dalam diri mereka yang bernama Qarin.

Jadi , mudah sahaja formula untuk menangani gejala sosial sekarang ni, masalah dadah, buang bayi, buang ibu bapa dan lain-lain. Tak perlu upah konsultan jutaan ringgit cari penyelesaian. Penyelesaian yang paling mudah ada iaitu Solat, Azan, Puasa, Sabar, Baca Quran dan banyak lagi.

Tak caye tanya Radhi OAG.

Hadis Abu Hurairah r.a:


Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 582
http://hadith.al-islam.com/bayan/tree.asp?Lang=mal&ID=135

Jab Agama Islam N.Sembilan jangan tidur

Mana boleh tak tidur.

Jabatan Agama bukannya manusia memanglah tak tidur.

Boss dan staf jabatan agama mestilah tidur malam. Gurau tak leh.

Bukan apa , masalah kutip derma. Pada saya mudah. Terpulang pada kita. Kalau kita rasa meragukan, tak payahlah beri.

Sebenarnya kita semua kena pro aktif promosi kutipan derma surau, masjid, rumah kebajikan sekeliling kita.

Jangan salahkan orang lain kalau mereka tiada surat kelulusan Jabatan Agama.

Salahkan diri kita sendiri, sikap masyarakat kita yang tidak mencari tempat untuk menderma, walhal terlalu terlalu banyak surau, masjid, sekolah agama, maahad tahfiz, rumah kebajikan yang memerlukan derma di Negeri Sembilan ini.

Dan saya minta tolonglah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan kemaskinikan laman web supaya dapat memasukkan senarai semua surau , masjid, maahad tahfiz, sekolah agama, rumah kebajikan, rumah anak yatim berserta dengan nombor akaun bank supaya orang Negeri Sembilan mudah untuk salurkan derma.

Kalau kita tak nak derma pada orang yang kita tidak kenali, jangan kita marah, kutuk atau hina orang tersebut. Diam sahaja dan minta maaf, jangan menipu. Kita tak tahu orang tadi samada memang benar-benar memerlukan bantuan atau mungkin malaikat.

Kalau orang tadi menipu pun, dia menipu hanya RM 5 atau RM 10. Disebabkan kita tak nak ditipu RM 10 , akhirnya kita ditipu RM 1,000 , RM 3,000 dalam pelaburan cacing, pelaburan lintah, alat jimat minyak kereta, gores dan menang , penipuan kad ATM dan sebagainya.

Ada seorang guru sufi kata, kalau kita ada duit dalam wallet, orang minta derma, jangan kata tak ada duit. Nanti betul-betul tak ada duit.

Lagi satu nak tanya, tahun ni berapa orang kena tahan beli nombor ekor di kedai nombor ekor berlesen haram ?

Laman web JHEAINS di http://www.ns.gov.my/jabatan/jheains/

******************************
Tiga ditahan kutip derma masjid tanpa kebenaran

SEREMBAN 3 Mei - Tiga lelaki yang menjalankan kegiatan mengutip derma tanpa kebenaran untuk membina surau dan masjid ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di negeri ini semalam.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan kerana mengutip derma tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Dua daripada mereka ditahan di bandar ini, manakala seorang lagi ditahan di Port Dickson ketika sedang mengutip derma daripada orang ramai.

"Hasil pemeriksaan, kesemua lelaki itu yang berusia lingkungan 30-an gagal menunjukkan surat kebenaran daripada MAINS yang membolehkan mereka mengutip derma di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Tambah Johani, ketiga-tiga lelaki terbabit bukan penduduk berasal dari negeri ini dan derma yang mereka kumpulkan bukan untuk tujuan membina surau mahupun masjid di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, JHEAINS akan menyiasat sama ada surau atau masjid yang dibina itu benar-benar wujud atau helah mereka untuk mendapatkan wang dengan mudah.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak yang boleh didenda RM3,000 atau setahun penjara jika sabit kesalahan.

Johani berkata, JHEAINS mengesan sindiket itu mengambil peluang mengutip derma di kaki-kaki lima bank pada awal bulan ketika orang ramai mengeluarkan gaji masing-masing.

Katanya lagi, individu yang menjalankan kutipan derma tersebut turut memberikan resit bagi menyakinkan orang ramai bahawa aktiviti mereka itu mendapat kebenaran.

"JHEAINS akan melakukan pemantauan berterusan kerana kita lihat semakin banyak pihak membuat kutipan derma dengan alasan untuk membina surau atau masjid.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya menyiasat terlebih dahulu sama ada kumpulan itu mempunyai kebenaran daripada MAINS atau tidak sebelum menghulurkan derma," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

SAINS tak amalkan konsep 1Malaysia ?


Ni musim paneh ni. Tengahari cukup panas sekarang ni, berbahang macam kat padang pasir. Syarikat Air N.Sembilan SAINS yang bekal air sepatutnya menyejukkan keadaan.

Jangan marah, jangan marah, jangan marah. Sabar. Minum air dulu. Banyakkan istighfar.

Sekarang ni bil air yang tertunggak tak boleh bayar di pejabat pos, kena pergi ke kaunter SAINS.

Kalau pergi kaunter SAINS kena senyum-senyum. Makcik yang jaga kaunter SAINS kat Rembau pun tahu , ramai orang mengeluh mutu perkhidmatan SAINS di N.Sembilan ini merosot. Tapi makcik tu bukan boleh buat apa, dia ikut arahan je.

Jadi marahkah orang kaunter apa dapat. Kalau ada masalah , repot pada pihak pengurusan SAINS. Minta SAINS mudahkan urusan rakyat N.Sembilan supaya bil tertunggak boleh bayar di pejabat pos.

Tak kenal maka tak cinta. Jom kita berkenal-kenal dengan orang SAINS.

Terperasaan , semua lembaga pengarah dan pengurusan SAINS orang Melayu.

Apakah SAINS tidak mengamalkan konsep bangsa 1Malaysia ?

Laman web http://www.sainswater.com/

LEMBAGA PENGARAH
Pengerusi YAB. Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Bin.Hj Hasan
Yang Berhormat Dato' Mat Ali Bin Hassan
Yang Berhormat Dato' Ab Radzak Bin.Ab Rahman
Yang Berhormat Dato' Ishak Bin.Sahari
Yang Berhormat Dato' Ismail Bin.Lasim
Yang Berbahagia Dato' Mohamad Haslah Bin.Mohamad Amin

PENGURUSAN
Rosman Abdullah - Ketua Pegawai Eksekutif
Zulkifli Ibrahim - Pengurus Besar
Shamsuddin Che Jusoh - Pengawal Kewangan
Hj Razak Lajis - Pengurus Agihan
No'man Hj Harun - Pengurus Pengeluaran
Sharifah Rafidah Wan Mansor - Pengurus Perundangan & Kesetiausahaan Syarikat
Afiza Momit Cassim - Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran
Azly Azahari - Pengurus Teknologi Maklumat
Khairuddin Ibrahim - Pengurus Mekanikal dan Elektrikal
Azlan Abdul Aziz - Pengurus Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam

Pusat Khidmat Pengguna Daerah Seremban
Tel : 06-7624110
Email : aduan@sainswater.com
1-800-88-6982

Ibu Pejabat SAINS
Tingkat 2, Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban
Tel : 06-6033500 Fax : 06-6017513

Pengurus Wilayah Seremban
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban
Persiaran S 2/A2, 70300 Seremban
Tel: 06-6015524 Faks : 06-6015464

Pengurus Wilayah Port Dickson
Tingkat 4, Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson
71000 Port Dickson
Tel : 06-6472846 Faks : 06-6473742

Pengurus Wilayah Kuala Pilah
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Pilah
72000 Kuala Pilah
Tel: 06-4811418 Faks : 06-4817960

Pengurus Wilayah Jempol
Tingkat 1, Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol
Bandar Seri Jempol, 72109 Bahau
Tel : 06-4582005 Faks : 06-4583073

Pengurus Wilayah Tampin
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Tampin
73009 Tampin
Tel : 06-4411926 Faks : 06-4417151

Pengurus Wilayah Rembau
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau
71309 Rembau
Tel : 06-6851711 Faks : 06-6851516

Pengurus Air Daerah Jelebu
Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu
71600 Kuala Klawang
Tel : 06-6136214 Faks : 06-6138943

20100503

Orang tua jangan mimpi masuk syurga



Apa orang tua tak boleh masuk syurga ? Macam tu semua kena mati muda , jangan tunggu tua ?

**************************
Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi saw, lalu berkata : Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga.

Maka Rasulullah saw bersabda : Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.

Lalu menangislah si perempuan tua itu.

Dengan segera Rasulullah saw bersabda : Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.

Lalu dibacakan firman Allah SWT yang tafsirnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta yang sebaya umurnya.

Petikan Khutbah bertajuk Batasan Bergurau Senda dari laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=397

Jangan marah kalau orang kata kita Bodoh

Kalau orang kata kita (termasuk saya) ni Sengal, Bangang, Bodoh, Bengap jangan marah. Kerana Nabi SAW dah berpesan jangan marah, jangan marah, jangan marah.

Kerana memang kita ni bangang dan bodoh.

Ilmu yang ada pada kita ni samada kita gagal SPM, lulus SPM, ada ijazah ke , ada PhD ke , ada 10 PhD dan sebagainya, kita ni masih terlalu terlalu amat sedikit ilmu yang ada.

Semua ilmu yang ada di dunia ini sejak dari kejadian alam ini hinggalah ke hari kiamat, sejak dari kelahiran manusia pertama , hinggalah manusia terakhir hanya ibarat satu patukan burung pipit di laut.

Jadi, bila orang kata kita bangang, kita perlu belajar lagi , kerana memang terlalu banyak ilmu yang kita tidak tahu.

Dan orang yang mengatakan kita bangang, dia pun bangang, sebab semua manusia terlalu cetek ilmu mereka.

Oleh itu, orang yang bijak hanyalah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persiapan selepas mati.

Isipadu air di lautan ialah 1.3 Billion kilometer padu.
Isipadu setitik air ialah 0.05 ml
0.05 ml ialah 5.0E-17 kilomter padu

Kiralah sendiri berapa Trilion Trillion titik air dalam 1.3 Billion kilometer padu.

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kita insan sentiasa belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

****************************

Hadis riwayat Ubay bin Kaab ra.:

Beliau bersabda: Seekor burung terbang lalu hinggap pada tepi perahu itu dan mematuk ke laut. Khidhir lalu berkata kepadanya: Ilmu kita jika dibandingkan dengan ilmu Allah adalah seperti patukan seekor burung pipit tersebut pada laut itu

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4385

Dari laman web Kerajaan Arab Saudi,Kementerian Urusan Keislaman, Wakaf, Dakwah dan Penyuluhan

Hadith penuh di http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=ind&ID=1366


*******************************

The area of the World Ocean is 361×106 km2 (139×106 mi2). Its volume is approximately 1.3 billion cubic kilometres (310 million cu mi).

http://en.wikipedia.org/wiki/Ocean

Convert Online http://www.unitjuggler.com/volume-conversion.html

Sambutan Hari Ibu 30 Mei 2010 Seremban



SAMBUTAN HARI IBU
Tarikh : 30 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 10 pg – 2 ptg
Tempat : Ruang Legar , Seremban Centre Point

Penampilan Istimewa Adik Wajih Zakwan Hanif – JUARA Rancangan Realiti TV Adik Adikku

Acara Menarik Seisi Keluarga :
- Celoteh si Kecil
- Tayangan Multimedia
- Kuiz Keluarga
- Persembahan Nasyid
- Bicara ibu
- Pelbagai Pertandingan (Mewarna, Memasak, Mencipta Kad Hari Ibu, Mengarang Sajak, Menulis Esei)

Maklumat lanjut hubungi Pn Akhma Deena Khalid 019-6689630 akhmadeena@yahoo.com

Anjuran : Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban

Maklumat lanjut di http://isman9.wordpress.com/2010/05/03/hebahan-sambutan-hari-ibu-2010-isma-seremban/

20100502

Lebuhraya Kajang Seremban ada Hantu ?


Lebuhraya Kajang Seremban yang baru LEKAS ada hantu ?

Yalah, memanglah hantu ada di mana-mana. Tak semestinya di kubur saja ada hantu. Hantu juga makhluk ALLAH.

Tahu tak bilangan manusia ini hanya satu persepuluh bilangan jin. Tapi bilangan malaikat terlalu banyak mungkin bilangan manusia hanya satu persatu juta dari bilangan malaikat.

Yang pasti setiap manusia ada satu syaitan yang bernama Qarin dan 2 Malaikat yang bernama Raqib dan Atid yang sentiasa bersama dengan kita dari saat kita mula dilahirkan , hinggalah kita mati.

Saya baru mencuba buat pertama kalinya Lebuhraya Kajang Seremban LEKAS pada Ahad 2 Mei 2010, dari Senawang ke Nilai. Jalan memang cantik, tol cuma RM 2.

TERKEJUT. Tak sampai 15 minit dah sampai Nilai 3, bawa ikut speed limit.

Keseluruhannya , saya berpuashati dengan jalan baru ni.

CUMA SATU KELEMAHAN. Jalan susur masuk dan jalan susur keluar lebuhraya ini kurang papantanda untuk mengurangkan kelajuan dan had laju apabila hendak masuk jalan susur. Juga tiada garisan jalur kuning pada susur keluar masuk untuk mengingatkan pemandu untuk memperlahankan kenderaan.

Sangkaan saya tepat apabila terdapat kesan tayar yang melanggar guardrail pada susur keluar berhampiran Seremban.

Jadi harap pihak LEKAS dapat mempertingkatkan tahap keselamatan pada jalan susur keluar masuk. Kalau pemandu yang memandu laju , mengantuk atau letih , mungkin mereka tak perasaan selekoh bahaya pada susur keluar masuk ini.

**********************************
Jumlah Malaikat terlalu banyak. Menurut Sonhaji di dalam Kanzul Asrar adalah sekelian manusia satu persepuluh jin, sekelian jin dan manusia satu persepuluh binatang darat, sekelian binatang darat, jin dan manusia satu persepuluh burung-burung. Sekelian yang disebut itu baru satu persepuluh binatang-binatang yang berada di dalam lautan. Jumlah semua itu baru satu persepuluh malaikat-malaikat yang berada di bumi. Dihimpunkan semua sekali baru satu persepuluh malaikat yang ada pada langit yang pertama.
Sumber : http://syeikhulmaqari.blogspot.com/2009/07/ceramah-saya-perjalanan-kesah-isra-dan.html

Remaja rompak nenek sendiri, dah perkara biasa

Remaja rompak nenek sendiri di Muar. Saya rasa ianya bukan sahaja berlaku di Muar, malah berlaku di mana-mana di Malaysia sekarang ini.

Kisah Nak urus jenazah pun tak ada duit skarang ni di http://waghih.blogspot.com/2010/04/nak-urus-jenazah-pun-tak-ada-duit.html

*********************
Remaja rompak nenek sendiri
2010/05/01

Pelajar cerdik berubah perangai sejak kenali rakan wanita 40 tahun

MUAR: Seorang remaja perempuan berpakat bersama dua rakannya merompak neneknya sendiri dengan menyerkup kepala menggunakan anak tudung dan mengikat tangan dengan cebisan kain dipintal, sebelum melarikan barang kemas serta wang tunai bernilai RM1,000 di Kampung Jawa Panchor di sini, pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 14 tahun itu diamanahkan oleh ibu bapa yang tiada di rumah untuk menjaga mangsa berusia 75 tahun tetapi dia membuat perancangan dengan seorang wanita berusia 40 tahun dan remaja lelaki berumur 15 tahun menyamun neneknya pada jam 11 pagi. Mangsa yang trauma akibat kejadian itu menceritakan pada hari kejadian ketika beliau sedang berehat bersama cucunya kedua-dua suspek memberi salam sebelum dibenarkan masuk oleh cucunya.


“Saya kenal wanita itu kerana dia berkawan rapat dengan cucu saya selain sering berkunjung ke rumah. Saya ingatkan mereka datang untuk menemui cucu saya, namun tiba-tiba seorang daripada mereka menekup muka saya menggunakan sehelai kain. Saya terkejut dan cuba melawan tapi gagal.

“Mereka kemudian menyerkup kepala saya dengan anak tudung yang saya pakai selain mengikat kedua tangan menggunakan cebisan kain dipintal. Pada masa sama, saya cuba meminta pertolongan daripada cucu tetapi tidak berhasil. Sebaliknya, selepas itu saya sedari dia turut sama membantu mereka, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Mangsa berkata, mereka kemudian memaksanya baring sebelum seorang daripada suspek merampas perca kain diikat getah berisi wang tunai kira-kira RM300 miliknya dan selepas itu cucu beliau menyuruh dua rakannya masuk ke bilik menyelongkar dan melarikan cincin serta rantai.

Katanya, beliau kemudian ditinggalkan keseorangan dalam keadaan mata tertutup dan tangan berikat tetapi beliau berjaya melepaskan diri 15 minit selepas itu sebelum meminta pertolongan daripada jiran berhampiran seterusnya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Anak mangsa yang juga ibu kepada suspek berkata, beliau bekerja di sebuah kilang perabot di Pagoh manakala suaminya masih menerima rawatan di hospital sejak tiga hari lalu akibat penyakit batuk kering.

Katanya, sebaik dimaklumkan jirannya pada kira-kira jam 1 tengah hari, beliau segera menghubungi anak tunggalnya itu namun gagal malah cubaan menghubungi rakannya itu tidak berjaya kerana mereka mematikan telefon bimbit masing-masing.

Dia berkata, anaknya itu seorang yang bijak dalam pelajaran namun perangainya berubah selepas mengenali rakan wanita itu sejak awal tahun ini.

“Perangainya banyak berubah termasuk sering berkelakuan kasar terhadap keluarga dan juga kerap ponteng sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi menjelaskan tiada lagi tangkapan dilakukan.

“Kami masih lagi melakukan siasatan termasuk menjalankan gerakan mencari ketiga-tiga suspek itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merompak,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajarompakneneksendiri/Article
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Radhi OAG hisap dadah, masuk jemaah Tabligh


Mudah dan murah sahaja sebenarnya ubat mereka yang ketagih dadah ni. Sembahyang, itu saja.

Kisah sebelum ini berkaitan Bala Dadah di Malaysia :
- Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html
- Rawat penagih dadah dengan Selawat http://waghih.blogspot.com/2010/03/rawat-penagih-dadah-dengan-selawat.html

*****************************
Ramai yang terkejut apabila penyanyi Radhi OAG baru-baru ini membuat pengakuan terbuka telah menjadi 'pelanggan' setia najis dadah sejak berusia 15 tahun.

Katanya, pada malam sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, badannya tiba-tiba menjadi panas ketika sedang khayal akibat dipengaruhi najis dadah.

"Akhirnya saya kuatkan perasaan dengan berjalan ke surau untuk mendirikan solat. Alhamdulillah, selepas bersolat tiba-tiba hadir kekuatan dalam diri saya untuk terus meninggalkan tabiat buruk ini," katanya.

Ketika di Masjid Sri Petaling, Radhi telah bertemu dengan penyanyi Dr. Sam (penyanyi lagu Saya Anak Malaysia) yang memberi semangat termasuk mengajaknya mengikut kumpulan TABLIGH selama beberapa hari bermula di daerah Gombak.

"Hari pertama ikut mereka saya rasa betul-betul terseksa. Ketika azan subuh, saya tidak boleh bangun. Tapi dia orang tak paksa. Akhirnya saya gagahkan juga untuk melakukan solat.

"Dari tiga hari saya sambung sehingga sepuluh hari sehinggalah mengikut mereka ke Tanah Merah, Kelantan untuk mendekatkan diri dengan Islam," ujarnya yang sekarang ini masih lagi terlibat dengan kumpulan berkenaan.


Salah satu cara yang saya buat apabila teringatkan dadah, saya akan melakukan solat sunat dua rakaat.

Bayangkan kerana najis dadah, wang simpanannya hasil daripada lakonan dan nyanyian yang pernah dikumpul kira-kira RM500,000 lesap begitu sahaja.

Radhi yang turut mengamalkan puasa sunat dua kali seminggu berharap seluruh pembaca dapat berdoa supaya dia benar-benar berubah kerana sudah serik dengan kehidupan seperti ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_15.htm

20100501

Kereta Perisai RM8 B dan Ahli Parlimen Bangang



Kita ni kalau cakap sopan santun , kekadang tu orang ada yang tak endah.

Jadi kadang-kadang kenalah guna bahasa kasar untuk tarik perhatian orang yang berkenaan. Macam penduduk di Pasir Panjang, Port Dickson yang bakar geran rumah kerana dah terlalu bosan projek jalan depan rumah tak siap-siap bertahun-tahun lamanya.

Politik di Malaysia ni kekadang tu nampak bangang dan tak maju-maju. Pernah kita dengar di Amerika Syarikat 1000 ahli parti Demokrat lompat masuk parti Republican ? Pernah kita dengar di England 2000 ahli parti Buruh lompat masuk parti Konservatif ? Raso den tak ponah.

Tapi di Malaysia , polik bin ajaib. Lompat parti ni macam jadi isu utama politik dan media.

Isu nak bincangkan di sini ialah RM 8 Billion projek kereta perisai 8 tayar (AV8).

Yang poliknya ahli parlimen Cina yang bangkitkan isu ini di parlimen, tapi dari segi kos sahaja, tak dibincang dari aspek teknikal dan taktikal.

Mano poi ahli parlimen Melayu , terutama dari UMNO, PAS dan PKR ?

RM 8 Billion tu banyak tu bai. RM 2 Billion bajet Kementerian Pelajaran dipotong tahun 2010 huru hara sekolah satu Malaysia, sampai murid lepas pendidikan jasmani tak boleh pasang kipas sebelum pukul 10 pagi kununnya nak jimat kos.

Menteri Pertahanan ialah Zahid Hamidi, Timbalan Menteri ialah Dr Abd Latif (ex SDARIAN tak silap den). Yang kabinet bayangan Pakatan Rakyat ialah Saifuddin Nasutian dan Nizar Jamaluddin bahagian Kementerian Pertahanan.

Ada kita dengar ahli-ahli parlimen ini bincang isu RM 8 Billion ini dalam parlimen.

Pertahanan negara penting, ianya perlu perbelanjaan besar.

Agaknya sebab dah bosan tengok gelagat ahli parlimen di Malaysia ini, akhirnya seorang penulis senior akhbar The Malay Mail , Marhalim Abas yang mahir dalam isu ketenteraan dan persenjataan mengadakan Kempen TIDAK KEPADA Kereta Perisai AV8 ( Say No to The AV8) , macam kempen Say No To Drug dan Katakan Tidak Pada Rokok pula.

Alasan yang diberikan oleh Marhalim ialah, banyak bidang lain dalam pertahanan yang memerlukan kewangan dan lebih berkepentingan.

Alasan beliau lagi ialah takut projek AV8 ini akan gagal, sepertimana gagalnya projek Pesawat Peninjau Tanpa Pemandu ALUDRA UAV yang diakui sendiri oleh Zahid Hamidi bahawa UAV buatan Malaysia ini tidak boleh beroperasi dalam cuaca kritikal dan jarak penerbangannya hanya 150 km, sedangkan persisiran pantai negara 1700 km, dengan ini memerlukan 50 UAV.



Marhalim memberi alternatif untuk menjimatkan kos lebih baik dinaiktarafkan KIFV setanding dengan Adnan ACV.

Brigadier Jeneral Bersara Muhammad Arshad Raji pula menulis dalam blog beliau bahawa kereta perisai 8x8 tak kiralah apa jenis sekalipun, tidak sesuai digunakan di mukabumi Malaysia ini yang berlumpur, selut, bergaung dan sebagainya. Kalau nak digunakan di atas jalanraya ianya akan jadi sasaran mudah pihak musuh. Tak silap saya Jeneral Arshad ini bekas Panglima Briged Mekanise yang banyak mengendalikan kereta perisai dan merupakan Pegawai Memerintah Pasukan Malbatt 1 di Kemboja dulu.

Kita perlukan kereta perisai yang pantas bergerak di mana-mana mukabumi di Malaysia. Yang penting ialah persenjataan yang ada pada kereta perisai tersebut. Meriam yang ada pada kereta kebal Scorpion dan kereta perisai SIBMAS 6x6 mendatangkan masalah apabila beroperasi. Dikhabarkan Scorpion tidak boleh menembak semasa bergerak, ianya hanya boleh menembak apabila statik.

Blogger Shahpaskal pula tulis bahawa kelebihan AV8 ini berbanding mana-mana kereta perisai 8x8 dan Condor serta Sibmas ialah ia mempunyai ketebalan perisai sehingga ke tahap 4, ini bermakna ia mampu menangkis tembakan dari peluru perobek armor (AP Rounds) 7.62mm dan 14.5mm.

Peluru 14.5mm Oklah, macamana dengan RPG yang sekian lama digunakan oleh Mujahidin Iraq, pejuang Somalia, pejuang Chechen, pejuang Taliban yang menjadi kegerunan tentera Amerika, Russia dan NATO ?

Harap ahli-ahli parlimen kita, faham apa yang ditulis setakat ni. Kalau tak faham, pergilah jumpa Marhalim Abas atau Dr Azmi di UTM tu, sebab ini ialah RM 8 Billion yang kita bincangkan ni. Bukan RM 4 juta Kickdefella, bukan RM 70 juta APCO.

Yang kita terlepas pandang ialah media Indonesia melaporkan Malaysia akan membeli Kereta Perisai 6x6 PT Pindad dalam masa terdekat sebanyak 32 buah. Hmm, agak-agak berapa kosnya ? Adakah lebih murah atau lebih mahal dari AV8 ?


Jadi kepada ahli parlimen UMNO, PAS dan PKR, terutama Zahid, Dr Abd Latif, Saifudin dan Nizar bahaskan 3 perkara ini :

1. Kewajaran RM 8 Billion AV8
2. Status projek UAV Malaysia
3. 32 Panser dari Indonesia , berapa kosnya

Senator Ezam yang pahlawan bangsa Melayu abad ini, terpulanglah nak bincang isu apa-apa, mungkin RM 8 Billion ni perkara kecil. Mungkin AV 8 perkara kecil. Yang penting ialah tombak, pedang, keris, parang harus dikekalkan sebagai warisan budaya Melayu.

(Malu tengok politik Malaysia ni, orang lompat parti dilayan macam hero, tak kiralah lompat dari PAS ke UMNO, UMNO ke PAS , UMNO ke PKR dan seterusnya)


Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com/

*******************
SAY NO TO THE AV8
April 30, 2010 Marhalim Abas, a senior writer with The Malay Mail


I am against the AV8, the national 8X8 Armoured Combat Vehicle project.

The main reason? Its the money of course, or the lack of it.

There are other valid reasons for going against the AV8 project. The past failures of national interest programmes was to first things that come to mind.

The latest failure is the Aludra UAV project which had not benefited the armed forces at all in terms of capability and capacity. It is such failure that Mindef do not even have the stomach to sign a production contract nor the instinct to kill it off for good measure.



Furthermore, the Army, as we all know, has other numerous project which are as important as the 8X8 but the lack of funds has caused these projects to be shelved.

I would even argue we cannot even afford to purchase 200++ 8X8 ACV off-the shelf now as it would also cost us at least RM3 billion to get the whole lot with another RM2 billion thrown in to maintain them for the next 20 years or so.

Do we really need to replace the Condors and Sibmas? Of course we do and at the same time we must also helped our defence industry. How are we going to do it then? My solution is for us to embark an upgrade programme for the KIFV fleet bought for the Bosnian mission to the Adnan ACV standard. Done by Deftech in Pekan of course.

Since the UN paid for the KIFV, we already save almost RM1 billion in procurement costs and perhaps we need to spent only RM1 billion to upgrade these Korean imports and another RM1 billion to keep them working for at least another 15 years.

http://www.malaysiandefence.com/?p=1088

*******************

PT PINDAD JUAL 32 PANSER KE MALAYSIA

BANDUNG--MI: PT Pindad dalam waktu dekat akan menjual 32 unit peralatan tempur jenis panser kepada Malaysia.

Direktur Utama PT Pindad Adik Avianto Soedarsono, Jumat (30/4), mengatakan penjualan sebanyak 32 unit panser ke Malaysia tinggal menunggu kesepakatan akhir yang rencananya baru akan dilakukan Mei mendatang.

Namun demikian, PT Pindad belum memastikan apakah panser yang akan dijual ke Malaysia akan menggunakan mesin Benz. Adik mengemukakan ada dua pilihan mesin yang akan dipakai untuk panser tersebut, yaitu Mercedes-Benz atau Deutz yang hampir sama dengan mesin Renault berkapasitas 7.000 cc dan berkekuatan 320 tenaga kuda. (EM/OL-01)

http://www.mediaindonesia.com/read/2010/04/30/139603/17/1/PT-Pindad-Jual-32-Panser-ke-Malaysia

*******************

ERRATUM

Be that as it may, my position with regards to a statement that the 8 x 8 AFV regardless of model and manufacturer) is too cumbersome for the Malaysian terrain still remains. I am of the opinion that a smaller, lighter and a well armed AFV is the better choice. After all, it is the weapons systems used that are critical in battle.

http://mindnoevil.blogspot.com/2010/04/erratum.html

*******************

BILLIONS IN DEFENCE DEAL CLINCHED AT DSA 2010

However, questions has been raised as to why does the army need an 8 x 8 AFV that is far too heavy for deployment in the Malaysian terrain. The experience of the Sigmas on military exercises clearly points out the weaknesses of deployment and employment of such vehicles in our terrain environment. Compared to the Sigmas which is a 16 ton vehicle; the weight of the 8 x 8 AFV ranges from 18 tons to 26 tons, and at this weight, the vehicle will sink in most of our terrain. Certainly, deploying them in dry padi land and oil palm/rubber estates is out of the question.

So where will these heavy leaden vehicles be deployed, if it is not along the main highways and on firm tracks/roads which will make them easy targets.



Surely, the army does not want to be saddled with a similar problem faced by the primary weapons of the Scorpion AFV and similarly the Sibmas, where there are difficulties in traversing the primary gun.

What the army should be looking at are lightweight armoured vehicles, but equipped with sufficient fire power, is highly mobile and easy to maintain.

http://mindnoevil.blogspot.com/2010/04/billions-in-defence-deal-clinched-at.html

*******************

PROJEK RM8 BILION KERETA PERISAI

KUALA LUMPUR 20 April - DRB- Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. (DRB-HICOM) sedang membangunkan kereta perisai 8X8 - Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive

*******************

ALUDRA UAV TO BE LAUNCHED NEXT YEAR
August 3, 2009

Despite his reservations, it appears that the Defence Minister has approved the serial manufacture of the made-in Malaysia UAV, the Aludra. The UAV manufactured by CTRM subsidiary company, Unmanned Systems Technology Sdn Bhd, is already being tested under operational conditions in Sabah (see Bernama story below).

But it appears that even a Malaysian made UAV doesnt like our climate based on the observations of the Dear Minister. One wonder how much improvement Unmanned Systems Technology can do to the UAV as the decision to launch the aircraft has already been made.

From CTRM website, we learned that the Aludra has a range of 150km (the maximum limit of its data link) and an endurance of 6 hours. With a coastline that is 1,700km long one wonder whether we need at least 50 Aludra to cover all the blind spots and 24-hour coverage

It is interesting to note that Aludra’s range and endurance are mostly found in mini-UAVs already in service around the world.

Bernama story
Aludra UAV Will Be Launched Early Next Year – Zahid



SEMPORNA, Aug 3 (Bernama) — The ALUDRA UAV (unmanned aerial vehicle) deployed by the Malaysian Joint Forces in Ops Pasir at Pandanan and Sipadan Resorts will be launched early next year.

Defence Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi said the UAV was capable of sending data and photographs to the operation centre for analysis so that quick follow-up action could be taken.

“Although I am happy with the UAV, I hope that it can be improved particularly the area of coverage and length of flying time during operations.

“We have to make some improvements so that the UAV is suited to the local climate, wind circulation and topography,” he said after visiting Kem Sri Wangsa and witnessing a test drive of the ALUDRA UAV here Monday.

–Malaysian Defence
http://www.malaysiandefence.com/?p=711

*******************

MALAYSIA AWARDS ALUDRA UAV CONTRACT TO LOCAL CONSORTIUM

The Malaysian Ministry of Defence has awarded a MYR5 million (USD1.4 million) contract to a consortium of three local companies for further joint research, development and promotion of their Allianced Unmanned Developmental Research Aircraft (ALUDRA) tactical unmanned aerial vehicle.

The funding went to Composite Technology Research Malaysia (CTRM), System Consultancy Services and Ikramatic System for a four-month mid-term developmental contract. CTRM's chief executive officer, Rosdi Mahmud, said the consortium hoped to secure a final development and production contract within the next three months.

http://www.janes.com/articles/Janes-Defence-Weekly-2007/Malaysia-awards-ALUDRA-UAV-contract-to-local-consortium.html

*******************

PESAWAT TINJAU

Bagi mengukuhkan lagi sistem maklumat dan keberkesanan komunikasi, pada tahun depan ATM dijangka melancarkan operasi pesawat Peninjau Tidak Berpemandu (UAV) ciptaan tempatan yang berfungsi membuat tinjauan di kawasan perairan negara.
Dr Ahmad Zahid ketika melawat dan menyaksikan demonstrasi UAV berkenaan di Kem Sri Wangsa, Semporna, amat berpuas hati dengan kemampuan pesawat tinjau berkenaan meskipun masih ada aspek tertentu yang perlu diperbaik.

http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2009/8/21/mstar_rencana/20090821073345&sec=mstar_rencana

*******************

Wednesday May 16, 2007
NAJIB: ARMY SET TO USE MADE-IN-MALAYSIA DRONES


MALACCA: The army will soon use made-in-Malaysia unmanned aerial vehicles (UAVs) to conduct surveillance of the country's land and sea borders.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said that once a contract is signed between the army and the manufacturer, the UAV would be upgraded to meet military specifications.

Three local companies – Composites Technology Research Malaysia (CTRM), Systems Consultancy Sdn Bhd (SCS) and Ikramatic Sdn Bhd – which formed a partnership called Unmanned Systems Technology Sdn Bhd (UST), manufacture the UAV.
http://star-techcentral.com/tech/story.asp?file=/2007/5/16/technology/20070516133831&sec=technology

*******************

CTRM AVIATION ALUDRA (MALAYSIA), UNMANNED AERIAL VEHICLES
Type : Short-range tactical UAV.

Although developed primarily for battlefield surveillance and reconnaissance, the Aludra is regarded as also suitable for maritime patrol, law enforcement, border patrol and monitoring of forest fires or other hazardous situations. Its name - also that of a star - is coined from Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft.After its involvement in the 2001 Eagle 150 ARV programme, CTRM began developing an indigenous unmanned aircraft, the EX-01, in 2003. This had a 2.44 m (8 ft) wing span, gross weight of 15 kg (33 lb), and was remotely piloted. In 2004, CTRM teamed with Ikramatic Systems to develop an autopilot for the EX-01, resulting in its redesign as the SR-01, of which eight were built. with increased wing span, more powerful engine and gross weight of 35 kg (77 lb). Elsewhere in 2004 a third company, System Consultancy Services (SCS), had separately developed a similar but smaller own-design UAV named Nyamok, and in December 2006 these three Malaysian companies formed a CTRM-led partnership entitled Unmanned Systems Technology (UST) to develop the SR-01 into the SR-02, which was subsequently renamed Aludra. The MX-01 prototype of this design reportedly made its maiden flight (minus payload) in September 2006, followed by the first fully equipped flight on 15 May 2007. First flight of a prototype equipped with the Agile sensor intended for the Mk 2 took place shortly before the LIMA defence exhibition in late 2007.

http://www.janes.com/articles/Janes-Unmanned-Aerial-Vehicles-and-Targets/CTRM-Aviation-Aludra-Malaysia.html

*******************

AV 8 GANTI CONDOR DAN SIBMAS

Akhirnya kita semua iaitu rakyat Malaysia berpuashati selepas kerajaan mengumumkan kereta perisai buatan Turkey dari syarikat FNSS, model 8X8 AV-8 akan menggantikan kereta perisai lama milik tentera darat iaitu Condor dan Sibmas.

Ini merupakan kali kedua, Malaysia menggunakan produk dari FNSS di mana sebelum ini, kereta kebal Adnan sebenarnya merupakan model keluaran syarikat itu, ACV-300.

Kilang Deftech dekat Pekan, Pahang itu sudah pasti sibuk kembali, rezeki melimpah ruah dan pekerja boleh dapat bonus banyak-banyak kerana selepas memasang Adnan, Deftech dapat projek buat PT-91 Pendekar dan tidak lama lagi, AV-8.
Yang nyata ia lebih berkemampuan dari perisai yang dipakai oleh Condor kerana AV8 ini mempunyai ketebalan perisai sehingga ke tahap 4, ini bermakna ia mampu menangkis tembakan dari peluru perobek armor (AP Rounds) 7.62mm dan 14.5mm.

Kemampuannya untuk menahan robekan peluru 14.5 mm membuktikan kenderaan ini adalah lebih baik dari kereta perisai MOWAG Piraanha, ini juga bermakna PARS ini mempunyai kemampuan setanding dengan kereta perisai Stryker buatan Amerika Syarikat yang kini digunakan secara aktif di Iraq.

Jika satu perjanjian lain yang lebih konkrit dibuat, Deftech terpaksa membuat pelaburan baru sebanyak RM400 juta untuk menaiktaraf kilang pemasangannya di Pekan, membeli peralatan baru dan mengupah lebih dari 200 pekerja baru dan melatih mereka.

Satu laporan dari media barat menyebut, dengan harga lebih kurang RM9.8 juta seunit
(nilai keseluruhan RM8bilion), harga PARS ini sudah tentu sangat mahal tetapi seorang pegawai pertahanan Malaysia menyatakan, harga tersebut memasukkan keseluruhan jumlah total program penggantian kereta perisai ini.

Ini termasuklah, pembangunan rekabentuk, bantuan lojistik dan pelbagai bentuk pelaburan lain termasuklah pembesaran dan pembangunan semula kilang Deftech.
http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2010/04/av-8-ganti-condor-dan-sibmas.html

*******************

Shadow Cabinet” of Pakatan Rakyat
KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin,
YB Liew Chin Tong
http://teresakok.com/2009/07/02/shadow-cabinet-of-pakatan-rakyat/

YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi YB Menteri Pertahanan
YB Datuk Dr. Haji Abd Latiff Bin Ahmad Timbalan Menteri Pertahanan
http://direktori.mod.gov.my/direktori_list2list.php?cmd=reset

Encik Shahrul Zaman Bin Datuk Yahya
Setiausaha Politik kepada Y.B. Menteri Pertahanan,
http://www.kabinet.gov.my/?_dopage=subpage&_ccat=menu&_mcat=kerajaan&_cpage=spolitik&c0de=stylo
*****************************
Kereta perisai: Kementah jawab berita Malaysiakini
Kementerian Pertahanan Apr 28, 10 3:17pm

Bagi mencapai hasrat tersebut pihak Kementerian Pertahanan telah menyerahkan Surat Niat kepada syarikat DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTEC) bagi membuat kajian menyeluruh termasuk kajian berkaitan aspek teknikal serta kejuruteraan bersama-sama technical partner yang dilantik.

DEFTEC perlu menyediakan seal pattern untuk diuji oleh Tentera Darat.

Ujian ini bagi menentukan standard dan sekiranya ia mencapai piawaian yang ditentukan, barulah rundingan harga akan dibincangkan bersama kementerian ini.

Oleh itu sebarang penentuan terhadap harga masih belum diputuskan lagi oleh kementerian dan ianya akan didasarkan kepada ujian penilaian serta perbincangan yang akan dilaksanakan nanti.

Kementerian Pertahanan menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Tony Pua seperti laporan yang disiarkan di dalam akhbar Malaysiakini bertajuk 'Pua: Harga kereta perisai melebihi harga pasaran' dan Malaysian Insider bertajuk 'DAP wants government to explain RM 8b armoured vehicle buy' bertarikh 22 April 2010 adalah tidak tepat.

Nota: Kenyataan ini dari Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan Malaysia.

http://malaysiakini.com/letters/130430

Pua: Harga kereta perisai melebihi harga pasaran
Apr 22, 10 3:58pm

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kerajaan bercadang membeli 257 kereta perisai 8X8 (APC) jauh melebihi harga pasaran.

Menurut Pua, kerajaan akan membelanjakan RM31.1 juta bagi setiap kereta perisai itu meskipun terdapat model yang jauh lebih murah dan canggih di pasaran.

"Malah, model terbaik dalam kelas kereta perisai .. M1 Abrams M1A2... boleh didapati kurang daripada RM 20 juta," katanya.

Pua mengulas laporan Kementerian Pertahanan yang telah memeterai surat pernyataan hasrat bernilai RM8 billion dengan Deftech Sdn Bhd, bagi membeli APC berkenaan semasa pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Deftech adalah anak syarikat milik penuh DRB Hicom, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan (GLC).

http://malaysiakini.com/news/129917