KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100405

Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah

Itulah luahan seorang ustaz yang menyampaikan kuliah malam tadi. Kampungnya di Pahang begitu serius penagihan dadah, hinggakan boleh dikatakan setiap isi rumah ada tidak kurang seorang penagih dadah.

Ini masalah 1Malaysia, bukan di Pahang sahaja. Pahang yang ditadbir BN ialah negeri tertinggi peningkatan penagih dadah pada tahun 2009 iaitu 195%. Sementara Kelantan yang ditadbir PAS kedua tertinggi iaitu 183%.

Majoriti ialah orang Melayu, orang Islam. Dadah tak kenal engkau anak orang UMNO ke, engkau anak orang PAS ke, engkau anak orang PKR ke.

Melayu terlalu fanatik politik, akhirnya Melayu hancur.

Sampai bila masalah dadah di Malaysia ini tak akan selesai , selagi politik diutamakan , agama dan bangsa dikesampingkan.

Ini adalah masalah kita bersama , tanpa mengenal sempadan fahaman agama, bangsa dan politik.

Nak salahkan PAS , negeri yang Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri paling parah masalah dadah. Nak salahkan UMNO, negeri yang ditadbir Tok Guru pula kedua tertinggi.

Yang salah ialah semua kita. Sikap majoriti orang Melayu samada terlalu fanatik politik, atau terlalu tak kisah apa yang berlaku sekeliling kita.

Saya dimaklumkan di sebuah tempat di Negeri Sembilan ini menjadi pusat dadah sintetik dan yang terlibat semua anak-anak Melayu , yang menjadi user dan juga pusher.

Ada anak-anak yang pergi tahfiz menjadi penagih tegar , apatah lagi anak-anak yang terbiar.

Ada orang PAS di Kelantan tidak mahu menyertai badan sukarela membanteras dadah kerana kata segelintir kecil mereka ini masalah UMNO.

Ada suara kecil ahli JIM di Pulau Pinang tidak mahu menyertai badan sukarela membanteras dadah kerana menyangkakan ianya sayap UMNO.

Itulah sikap orang kita, semua orang salah, dia sahaja betul.

Kita tengok sahaja kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor nanti, ada tak sesiapa mengetengahkan masalah penagihan dadah yang makin kritikal terutama di kalangan orang Melayu dalam saat bajet AADK , bajet Bahagian Narkotik banyak di potong tahun 2010 ini.

Artikel saya sebelum ini mengenai masalah dadah di Malaysia :

Dadah parah di N.Sembilan, siapa salah
http://waghih.blogspot.com/2010/04/dadah-parah-di-nsembilan-siapa-salah.html

Melayu makin hancur dek dadah, Cina bagus
http://waghih.blogspot.com/2010/03/melayu-makin-hancur-dek-dadah-cina.html

Paroi kawasan hitam penagihan dadah
http://waghih.blogspot.com/2010/03/paroi-kawasan-hitam-penagihan-dadah.html

Rawat penagih dadah dengan Selawat
http://waghih.blogspot.com/2010/03/rawat-penagih-dadah-dengan-selawat.html

Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah
http://waghih.blogspot.com/2009/08/saintis-bukan-islam-kata-merotan-ubat.html


*************************

Bilangan penagih bangku sekolah membimbangkan
Sinar Harian 28 Apr 2010

SEREMBAN – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Sembilan mendedahkan kira-kira 30 peratus daripada 529 suspek dikesan positif dadah pada saringan awal sepanjang Januari hingga April tahun ini merupakan penagih baru.

Pengerusinya, Datuk Abd Samad Ibrahim berkata, statistik itu amat membimbangkan kerana segelintir penagih baru masih berada di bangku sekolah.

“Kajian menunjukkan penagih kalangan pelajar sekolah lebih cenderung menggunakan dadah sintetik.

“Kerajaan Negeri dan Pemadam Negeri Sembilan memandang serius gejala kurang sihat ini serta bertekad menggandakan usaha memeranginya habis-habisan,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan Karnival Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah di Wisma Negeri, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, menurut Abd Samad, karnival berkenaan akan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang dekat sini, pada 3 hingga 11 Mei depan.

Jelas beliau, program anjuran bersama Pemadam Negeri Sembilan dan SMK Bukit Kepayang itu bertujuan menerapkan semangat anti dadah pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar Seremban.

“Program bakal dijayakan kira-kira 2,000 pelajar mewakili 13 sekolah. Pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang program berlangsung.

“Lebih menarik, artis terkenal yang juga Ikon Pemadam Negeri Sembilan, Hattan, sanggup meluangkan masa menghiburkan pengunjung karnival,” katanya.

Menurut Abd Samad, penganjuran karnival berkenaan akan diteruskan di daerah lain sekitar negeri ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7621677.asp

1 ulasan:

Apresiasi Wacana berkata...

Melayu memang sinonim dengan dadah, pusat serenti pun belum tentu dapat selesaikan masalah dadah ini. Oleh itu, kempen rakan cop atau kesedaran anti dadah mesti dipamerkan setiap hari di mana-mana tempat mesti ada poster anti dadah.