KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100426

Budak 9 tahun ugut Pegawai Anti Dadah


Baru-baru ini saya berbual dengan seorang pegawai KDN. Katanya masalah dadah di kalangan peneroka di N.Sembilan memang amat parah dan kritikal.

Sila baca artikel sebelum ini MELAYU , 1 RUMAH , 1 PENAGIH DADAH di http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

*********************
Budak 9 tahun ugut penguat kuasa AADK
Harian Metro 26 Apr 2010

SEREMBAN: “Jaga-jaga, siap kau!” Mengejutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun bukan saja melaungkan kata-kata amaran itu, malah turut berani mengacukan pisau terhadap anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang mahu menahan bapanya di Felda Palong, Jempol, dekat sini.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 3.45 pagi Rabu minggu lalu, sepasukan 13 pegawai dan anggota AADK Jempol diketuai Ketua Pegawainya, Zakryei Arip menyerbu rumah suspek berusia 42 tahun untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, ketika serbuan, isteri suspek berusia 39 tahun enggan memberikan kerjasama dan turut memaki hamun anggota penguat kuasa.

Tidak cukup dengan itu, anak lelaki suspek turut bertindak agresif apabila mengugut seorang anggota dengan sebilah pisau.

Suasana tegang itu memaksa AADK mengheret suspek keluar dari rumahnya bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek seterusnya didapati positif dadah jenis heroin.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budak9tahunugutpenguatkuasaAADK/Article

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik tak de polis yang datang sama. Kalu tak, habis mati lagi sorang kena tembak.....