KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100419

RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?

Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar.

Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan ?

Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.

Ikut komen-komen berkaitan RON 95 dan kereta terbakar apabila kemalangan di bawah ini :

KENAPA RON 95 MUDAH MELETUP ?
Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.
Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.
Sumber : http://marul77.blogspot.com/2010/02/kenapa-ron-95-mudah-meletup.html

MPV TERBABAS, TERBAKAR: ACHIK SPIN MAUT NAHAS NGERI
Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0417&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_39.htm&arc=hive


DUA PEMANDU MAUT, 2 PARAH
ALOR GAJAH 17 April – Dua terbunuh termasuk seorang daripadanya rentung manakala dua lagi parah apabila dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Jalan Solok Duku-Tanjung Bidara di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0418&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_07.htm&arc=hive

WANITA HAMIL NYARIS MAUT KERETA TERBAKAR
KUANTAN 15 Dis. - Seorang wanita hamil nyaris maut apabila kereta yang sedang diisi minyak oleh suaminya disambar api di sebuah stesen di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm

PEMANDU TOYOTA HARRIER RENTUNG DALAM NAHAS
SEREMBAN 21 Mac - Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 279.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

TIGA NYARIS MAUT KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN
BUTTERWORTH 10 Jan. - Tiga nyaris maut apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Permatang Pauh dekat Ampang Jajar di sini semalam.
http://www.panducermat.org.my/Tiga-nyaris-maut-kereta-terbakar-dalam-kemalangan.html

LELAKI RENTUNG KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN
KUANTAN: Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar selepas merempuh sebuah kereta lain di Kilometer 139.9 Jalan Kuantan-Seremban dekat Rompin, semalam.
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/2/7/mstar_jenayah/20100207180722&sec=mstar_jenayah

JABATAN KIMIA SIASAT PUNCA KERETA PERONDA TERBAKAR
KUALA LUMPUR 21 Mei – Kereta peronda Proton Waja yang terbakar dalam satu kemalangan selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) malam kelmarin telah dihantar ke Jabatan Kimia.
http://www.panducermat.org.my/news-Jabatan-Kimia-siasat-punca-kereta-peronda-terbakar.html

LELAKI RENTUNG KERETA YANG DIPANDUNYA TERBAKAR
IPOH 26 Feb. - Seorang lelaki yang memandu sendirian rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar di Kilometer 19, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dekat Pos Slim di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0226&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm&arc=hive

PELAKON RENTUNG DALAM KEMALANGAN MAUT SEMALAM
KOTA BHARU 19 Okt. - Dalam kejadian pukul 4.15 pagi semalam, Dayana bersama dua lagi rakannya rentung selepas kereta Proton Persona dinaiki terbabas lalu merempuh tembok jambatan di jalan itu. – Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1019&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive

ADUN TIOMAN PAHANG KEMALANGAN
Rakan saya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain, 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16, Jalan Pekan-Rompin, dekat Pekan, semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam tadi. http://angkasanuri.blogspot.com/2009/12/adun-tioman-pahang-kemalangan.html


4 BERANAK TERBUNUH KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN
Empat beranak terbunuh dengan tiga daripada mereka rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM6.4, Jalan Parit Bunga-Tangkak, di sini, malam tadi.
http://mran3238.wordpress.com/2009/12/27/4-beranak-terbunuh-kereta-terbakar-dalam-kemalangan/


LAGI KERETA TERBAKAR. MUNGKINKAH KERANA RON95?
Kejadian berlaku kira- kira jam 7.30 pagi saya terserempak dengan kebakaran yang berlaku ke atas sebuah kereta di Sauk, jalan Kuala Kangsar- Lenggong berhampiran dengan kuari.
http://mtdchenderoh.blogspot.com/2009/10/lagi-kereta-terbakar-mungkinkah-kerana.html



KESELAMATAN MINYAK PETROL RON95 DIRAGUI ?
Tahun lepas, kawan saya kehilangan isteri dan dua anaknya di Jalan Batu Pahat - Air Hitam apabila keretanya dirempuh dari belakang oleh bas ekspres. Pada saya, penggunaan minyak RON95 ini perlu dikaji semula, mungkin ada bahayanya. Sebelum ini, perlanggaran sebegitu, tidaklah sampai terbakar. http://kadikluang.blogspot.com/2010/02/keselamatan-minyak-petrol-ron95-diragui.html


DUA RENTUNG DALAM KEMALANGAN BABITKAN PACUAN EMPAT RODA, PIKAP
December 22, 2009
RANAU: Dua rentung apabila kenderaan jenis pikap yang dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 14, Jalan Ranau-Telupid, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
http://fizz.gapuranetwork.net/2009/12/dua-rentung-dalam-kemalangan-babitkan-pacuan-empat-roda-pikap.html


Mei 12, 09 1:03pm
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.
Apabila digunakan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.
http://www.malaysiakini.com/news/104113

7 ulasan:

Mohuz berkata...

Petrol mana yg tak terbakar klu terkena percikan api? Masalah sebenarnya kebanyakan kereta zaman sekarang semuanya guna elektronik.Bawah dashboard kereta sekarang berselirat wayar & macam2 ECU.Bila ada penggunaan elektronik bererti wujudnya sumber elektrik. Jadi faham2 lah klu kereta dah accident tak mustahil wujudnya sparking di bahagian2 yg berlanggar.klu dah kat fuel injector hancur dalam pelanggaran, tak mustahil minyak keluar.
Lain la klu sedang memandu tiba2 tangki minyak meletup.Itu mungkin berkaitan dgn formula minyak yg dihasilkan.
Yang penting berhati2 ketika memandu.

Adisa Afandi berkata...

Kandungan octane Ron 92 lebih tinggi dari Ron 95. Tapi kenapa masalah ini tidak timbul sebelum ini?

JohnShepard berkata...

Maaflah kalu terlalu straight forward, tp sume kemalangan yg diulaskan dlm article atas ade sedikit je relevancy dlm kesimpulan yg dibuat.

1) Mmg secara umum, RON 95 digunapakai oleh sume, ttp ade juga yg pakai RON 97. Mcm mana nak tau satu kemalangan tuh melibatkan RON 95?

2) Perbezaan pada RON 95 dan RON 97 adelah kandungan octane yg tinggi pda RON 95 dan activation energy yg rendah, maksudnye tenaga yg diperlukan utk membakar (menguraikan hidrokarbon kepada bentuk mudah) adelah rendah berbanding RON 97. Tetapi, perbezaan ini adelah sgt kecil, dan dibuat dlm pembakaran yg terkawal (aka dlm enjin). Ape2 petrol pon akan terbakar apebila kena percikan api (atau static)

Kesimpulannye, jgn ambil bulat2 artikel mcm nie, kerana kekurangan bukti.

theviper berkata...

minyak tanah pun klu kne spark bleh tbako.inikan pulak petrol yg lagi ringan tu..

aku sokong sgt2 komen en Mohd tu..

Tanpa Nama berkata...

sengal takgi sekolah.kalau ko search satu dunia pasal kereta terbakar mmg takkan habis.banyak faktor kereta terbakar.static effect pun bleh discharge ion yang menyebabkan kereta terbakar.ko main mancis dlm kete pun bleh terbakar kete.

Tanpa Nama berkata...

Tak de ke kereta yang boleh pakai air di jual lagi kat sini..

ery berkata...

adakah cuaca juga memainkan peranan dalam hal ini?