Tahukah kita bahawa Malaysia adalah merupakan antara negara yang paling tinggi di dunia diserang petir dan kilat ? Maklumat lanjut pada Blog berikut http://kilatmalaysia.blogspot.com/
Masyarakat kita , ibu bapa dan anak-anak harus lebih prihatin akan bahaya kilat dan petir di Malaysia dan apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.
*****************************
SK Peria terbakar dipanah petir
Utusan Malaysia 6 April 2010
KUALA KRAI 5 April - Sebuah blok bangunan dua tingkat Sekolah Kebangsaan (SK) Peria di sini, kerugian kira-kira RM500,000 selepas musnah dalam kebakaran yang dipercayai akibat disambar petir hari ini.
Kebakaran di blok utama bangunan itu menyebabkan empat bilik darjah, makmal, guru dan pejabat pentadbiran hangus termasuk pelbagai peralatan pejabat.
Pengarah Pelajaran negeri, Che Hussain Awang berkata, api yang marak pada pukul 4.30 petang itu turut memusnahkan semua alat bantu mengajar termasuk 15 komputer riba dan 10 LCD.
"Kebakaran berlaku kira-kira sejam selepas 150 pelajar dari darjah empat, lima dan enam selesai mengikuti kelas tambahan petang ini.
"Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku kerana semua murid telah pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Menurut beliau, hujan lebat termasuk ribut petir dipercayai menjadi punca berlakunya litar pintas tersebut.
Ujarnya, kebakaran berkenaan disedari oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd. Nor Hashim yang kemudian segera menghubungi bomba.
Jelasnya, sesi persekolahan di sekolah yang menempatkan 315 pelajar dan 29 guru itu bagaimanapun tidak terjejas.
"Lima bilik darjah di blok bersebelahan tidak terjejas, oleh itu kita akan menempatkan semua pelajar di situ.
"Bantuan juga akan disalurkan oleh jabatan dan kita akan mendapatkan peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membaik pulih dan membekalkan peralatan," katanya lagi.
Kebakaran di sekolah itu merupakan yang terbesar berlaku di negeri ini sejak dua tahun lalu.
SK Peria kini dalam proses pembesaran, melibatkan pembinaan dua blok bangunan setinggi empat tingkat yang dijangka siap Disember ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_30.htm

3 ulasan:
Berita Indonesia ada di sini ....Klik juga .... salam kenal
-agung budi-
Bila ingin lihat perkembangan sepak Bola dunia ada disini....Klik juga yaaaaaa
Bencana Banjir juga ada disini
Catat Ulasan