KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100429

Ramai mengamuk bil air tinggi, senang je

Banyak juga keluhan, aduan, amukan yang dikhabarkan melalui teman-teman bil air melambung tinggi di N.Sembilan ini sejak ianya diswastakan melalui SAINS.

Kononnya sejak SAINS tukar meter baru , bil air naik.

Kisahnya pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Jangan marah-marah. Pengguna dan SAINS harus professional.

APA PENGGUNA PERLU BUAT ?
1. Periksa ada tak kebocoran pada paip dari meter ke rumah kita.
2. Caranya, tutup semua paip air dalam rumah termasuk yang naik ke tangki dalam rumah.
3. Kalau bacaan meter air tidak berpusing ini bermakna tiada kebocoran paip dalam rumah kita.


PERIKSA KETEPATAN METER AIR
1. Kita boleh memeriksa sendiri ketepatan meter air.
2. Ambil bekas air kosong yang ada penunjuk isipadu, seperti bekas air zam zam 10 liter.
3. Pastikan tutup semua paip air dalam rumah dan yang naik ke tangki dalam rumah.
4. Pastikan bacaan meter air tidak bergerak dan catatkan bacaan meter.
5. Isi bekas air tadi sehingga paras 10 liter dan catatkan bacaan meter.
6. Catatkan perbezaan bacaan tadi.
7. Kalau perbezaan bacaan sama dengan 10 liter bermakna tiada masalah pada meter.

CARA TENGOK BACAAN METER
Meter air di N.Sembilan warna biru. Ada 8 digit. 4 digit yang awal warna putih, 4 digit yang akhir warna merah.


Contoh :
1267 7431 = 1267.7431 meter padu (Bacaan awal)
1267 7529 = 1267.7529 meter padu (Bacaan akhir)
Perbezaan bacaan ialah 0.0098 meter padu lebih kurang 0.01 meter padu
1000 liter = 1 meter padu
10 liter = 0.01 meter padu

APA SAINS (Syarikat Air N.Sembilan) PERLU BUAT
SAINS sepatutnya menyediakan perkhidmatan kalibrasi atau mengukur ketepatan meter air apabila ada aduan pengguna bil air melambung tinggi.

Sekiranya didapati bukan masalah meter SAINS tapi disebabkan kebocoran paip di premis pengguna, maka pengguna perlu bayar kos kalibrasi dan bayaran bil tertunggak dan semasa.

Jika didapati ianya masalah meter SAINS maka pengguna tidak perlu membayar kos kalibrasi dan bil air perlu dikira semula mengikut anggaran penggunaan yang sebelumnya.

Antara faktor lain kepada masalah bil air tinggi ialah :
1. Apabila kerap berlaku bekalan air terputus, pembaikan paip utama dsbnya. Setiap kali bekalan air disambung semula , maka yang mula masuk ialah angin. Makin laju angin, makin tinggi bil air.

2. Ianya diburukkan lagi jika injap angin (air valve) di paip utama tidak berfungsi, akibatnya semua angin akan pergi ke rumah pengguna.

Boleh dicadangkan juga pihak SAINS meminta mana-mana universiti untuk membuat kajian secara percuma apa faktor yang mempengaruhi ketepatan meter air seperti yang dijalankan oleh universiti di Sepanyol di bawah ini.

KEY FACTORS AFFECTING WATER METER ACCURACY
Institute For Water Technology.
Universidad Politecnica de Valencia (Spain)

As any other measuring device, a water meter is not an ideal instrument and is not
capable of registering the exact amount of water consumed by a user.

Every water meter, no matter its type, has considerable measuring limitations.

Often, part of the water that is consumed is not registered and therefore not charged to the customer.

Other times, depending on the water meter technology, some particular factors may lead to the opposite result, that is, to an over registration of the water consumption.

However water quality and suspended particles greatly degrade the water meter
accuracy curve and in some cases produce a definitive blockage of the meter.

For many designs, in first instance, depositions may cause over registration, at medium-high flows and under registration at low flows.

However, on the long term, depositions grow so large that they can prevent the impeller from rotating, temporarily or permanently, causing a severe under registration of the meter.
http://waterloss2007.com/Leakage2005.com/pdf/Key%20Factors%20Affecting%20Water%20Meter%20Accuracy.pdf

HOW TO CHECK WATER BILL ACCURACY

Check Meter Accuracy
Use a bucket or container that is marked with litres. Check the meter, particularly noting the litres reading. Fill the container with 5 – 10 litres of water, making sure that no other water is used while testing (eg toilets flushed, taps turned on, washing machine). Check the meter again to ensure that the reading has changed the appropriate amount. If the reading is correct, then this should indicate that the meter is registering accurate water usage.
http://home-owner-tips.suite101.com/article.cfm/checking_water_bill_accuracy

Tiada ulasan: