Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=193
****************************
Rintihan penghuni rumah orang tua
Sinar Harian 21 April 2010
REMBAU - Hidup sebatang kara dan tiada siapa mengambil tahu tentu menyedihkan apatah lagi terpaksa melalui hari tua seorang diri.
Itulah yang dilalui tiga sahabat di Rumah Sejahtera Rembau, dekat sini. Ketiadaan tempat tinggal dan saudara-mara untuk bergantung menyebabkan mereka memilih menetap di situ.
Melangkah masuk ke rumah itu sememangnya menyedihkan kerana keadaan di dalam tidak terurus, selain bau busuk menusuk ke hidung pastinya memberi petanda bahawa tahap kebersihan di rumah itu mendukacitakan.
Tidak tahu mana silapnya keadaan rumah itu sepatutnya dijaga rapi tetapi seolah-olah terbiar tanpa perhatian sewajarnya.
Penghuni, Jusof Talib, 76, berkata, dia sudah menjadi penghuni tetap selama sembilan tahun di rumah itu.
Dia yang tidak pernah berkahwin dan ditambah pula saudara-mara yang menjauhkan diri apatah lagi dia tidak memiliki sebarang harta menyebabkannya tinggal di sini.
Menurutnya, perasaan sunyi sering membelenggu dirinya walaupun ada penghuni lain di rumah ini tetapi tetap tidak sama jika bersama keluarga sendiri.
Jauh di sudut hatinya dia mengimpikan sebuah keluarga bahagia tetapi mungkin sudah suratan takdir dia hidup bersendirian hingga kini.
“Setiap hari yang dilalui sememangnya membosankan kerana hidup saya hanya tertumpu di dalam rumah ini.
"Jika terlalu bosan saya akan keluar ke pekan untuk membeli barang makanan,” katanya ketika ditemui di Rumah Sejahtera Rembau di Pekan Rembau, dekat sini.
Tiada pencen
Jusof berkata, dia tidak memiliki wang pencen kerana tidak memiliki kerja tetap dan terpaksa hidup bergantung harap pada orang lain. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan menetap di rumah orang tua supaya kehidupannya lebih terjamin.
“Di sini saya tidak keseorangan. Ada teman untuk berbual. Ada tempat tinggal berlindung daripada hujan dan panas. Setiap bulan ada terima bantuan.
"Cuma saya sedih kerana tidak memiliki kehidupan berkeluarga seperti orang lain kalau tidak mungkin hidup saya tidak sepi seperti sekarang,” katanya.
Dia tidak menafikan keadaan rumah ini tidak dijaga rapi dan kelihatan kotor terutama di bahagian dapur dan bilik air.
“Kami ini sudah tua. Kadangkala memang tidak sempat mengemas. Kami buat mana yang termampu sahaja. Ada juga pihak yang datang bergotong royong membersihkan kawasan rumah ini tetapi bukan selalu,” katanya.
Hidup merempat
Seselo Anthony, 76, pula berkata, dia tidak memiliki keluarga dan tiada saudara mara menyebabkan dia hidup sebatang kara. Sebelum menetap di rumah ini dia hidup merempat dan tidak memiliki tempat tinggal sempurna.
“Saya tidur di merata tempat. Kadangkala makan minum pun tidak terjaga sebab hidup seorang diri dan tidak memiliki pekerjaan menjadikan hidup saya tidak terurus. Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun,” katanya.
Menurutnya, setelah tinggal di rumah itu hidupnya tidak merempat dan berasa selesa kerana memiliki tempat tinggal lebih baik berbanding sebelum ini terpaksa tidur di kaki lima.
“Saya tidak kisah hidup seorang diri sebab sudah biasa. Lagipun dari dulu lagi tiada siapa mengambil tahu mengenai diri saya.
"Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan akan tinggal di sini sampai nafas terakhir,” katanya.
Disisih keluarga

Penghuni rumah itu, Ng Chin Chan, 61, berkata, dia sudah menetap di rumah itu hampir tujuh tahun. Dia memiliki keluarga tetapi keadaan diri yang tidak sihat menyebabkan disisih daripada keluarga.
“Kini hidup saya hanya di sini. Keluarga pun sudah tidak ambil tahu. Walaupun sedih kerana dipinggirkan keluarga tetapi saya kuatkan semangat kerana hidup ini perlu diteruskan.
"Saya bernasib baik kerana masih ada tempat untuk orang seperti saya di sini,” katanya.
Menurutnya, dia menggunakan tongkat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi masih mampu menguruskan diri di samping dibantu dua rakannya jika tidak mampu melakukan sebarang kerja berat.
“Kadangkala rasa rindu kepada ahli keluarga tetapi saya lontarkan jauh. Kalau mereka masih mengambil berat mengenai saya tentu mereka datang melawat satu hari nanti terutama ketika menyambut Tahun Baru Cina. Tentulah sedih kalau terpaksa beraya seorang diri di sini,” katanya.
Terima elaun
Sementara itu, Setiausaha Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia Cawangan Rembau, RD Ramesh Patel berkata, rumah itu di bawah jagaan Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia.
Menurutnya, setiap penghuni akan dibayar elaun sebanyak RM100 selain mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Penghuni di rumah itu perlu hidup secara berdikari kerana tiada pihak yang akan menjaga mereka sepanjang masa apatah lagi jumlah penghuni hanya tiga orang.
"Dulu penghuni rumah ini lebih daripada 10 orang tetapi ada yang sudah meninggal dunia dan pindah ke tempat lain," katanya.
Ramesh berkata, buat masa ini pihaknya tidak akan menerima penghuni baru sehingga bangunan itu dibaik pulih kerana terdapat kerosakan yang perlu diperbaiki.
"Sebelum ini pihak majlis menyediakan makan minum kepada penghuni di rumah ini tetapi mereka lebih suka membeli makanan di luar.
“Kita memberi wang elaun kepada mereka supaya dapat membeli barang makanan yang digemari,” katanya.
Beliau berkata, penghuni rumah itu sering menerima kunjungan luar seperti syarikat korporat yang ingin menyalurkan bantuan bersesuaian sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat terutama golongan susah dan warga emas.
“Pihak kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pihak luar untuk memberi sedikit kegembiraan buat diri mereka.
"Kehadiran orang ramai menunjukkan warga emas yang hidup sebatang kara ini masih mendapat perhatian daripada masyarakat,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7594987.asp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan