KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100426

Murid 11 tahun cuba bunuh diri di Malaysia

Lagi kes cubaan bunuh diri di Malaysia. Kali ini murud umur 11 tahun.

Sila baca analisis isi sebelum ini Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri
di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Statistik 2007 menunjukkan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di Malaysia

Sabtu lepas saya merasmikan satu program di sekolah. Saya katakan kita hendakkan anak kita cemerlang, tapi yang penting doakan anak kita menjadi anak yang soleh dulu, cemerlang dalam akademik itu doakan kemudian.

******************
KOSMO 26 April 2010

Lagi murid cuba terjun dari bangunan sekolah
BACHOK - Satu lagi kes pelajar cuba terjun dari bangunan sekolah dilaporkan berlaku, kali ini di Bachok, Kelantan.

Puncanya juga sama seperti yang berlaku di Perlis dua hari lalu disebabkan pelajar itu tidak tahan diejek oleh rakan-rakan.

Dalam kejadian semalam, seorang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah dikatakan cuba terjun dari bangunan sekolahnya.

Murid tersebut memanjat koridor di tingkat empat dan menghayun kakinya ke bawah.

Bagaimanapun, cubaan kanak-kanak berusia 11 tahun itu gagal apabila dia berjaya diselamatkan oleh salah seorang guru.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Saipu Bhari Mohd. Noor berkata, tindakan guru berkenaan yang bertindak pantas menyambar tubuh kanak-kanak itu telah berjaya menyelamatkannya.

"Ketika kami tiba di tempat kejadian pada pukul 10.45 pagi selepas mendapat panggilan, kanak-kanak berkenaan sudah berjaya diselamatkan oleh gurunya selepas mengambil masa kira-kira lima minit untuk memujuk mangsa," katanya kepada pemberita.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Tiada ulasan: